Friday, August 27, 2010

Berita Ringkas

Sari Berita Penting:
Ahli Baru di SKSV, Lawatan Nazir, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Bacaan Yasin Perdana.

1. Seorang Guru Pendidikan Islam SKSV telah selamat melahirkan cahayamata kelimanya pada hari Sabtu 21 Ogos 2010. Semoga kelahiran putera yang diberi nama Imad Syariffuddin ini akan membawa 1001 keberkatan buat keluarga Ustazah. Dengan bercutinya seorang GPI, maka kelas yang melibatkan PnP Pend Islam akan digabungkan berdasarkan bilangan murid. Ustazah dijangka akan masuk bertugas semula pada hari Khamis 21 Oktober 2010.

2. Pada hari Isnin 30 Ogos ini, diberitakan seorang Nazir (Opsyen Pendidikan Islam) akan hadir ke SKSV untuk membuat pemantauan. Diharapkan semua GPI bersedia dan mengemaskini apa saja yang berkaitan.

3. Majlis Penutup Ihya Ramadhan dijadualkan berlangsung pada hari Rabu 1 September 2010. Mengikut perancangan, majlis ini akan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Di antara pengisian program ialah; Bacaan Ayat Suci Al-Quran dari adik Mohd Hariz Imran B. Hamizon, Khatam Al-Quran, Kuiz Ramadan Siri 2, Penyampaian Hadiah dan Penyampaian Sumbangan untuk Murid Anak Yatim dan Miskin.

4. Bacaan Yasin Perdana akan berlangsung pada hari Khamis 2 September. Masa yang ditetapkan olah mulai jam 3.30 petang sehingga waktu Asar.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin