Maka untuk sampai kepada keampunan Allah SWT itu di antaranya perlu sekali disulami dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah. Akhlak mahmudah itu hanya akan dapat diperolehi oleh orang yang berpuasa bila segala adab dan tertib puasa dipelihara sebaik mungkin tanpa ada unsur-unsur pencemaran yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Walaupun manusia itu ada kalanya membuat kesilapan dan alpa kerana itulah fitrah kejadiannya.
Untuk tatapan bersama dan untuk tujuan menjaga adab dan tertib puasa sekaligus menyempurnakan Fasa ke Dua Ramadhan marilah sama-sama kita meneliti beberapa kekeliruan amalan di bulan Ramadhan ini yang sekaligus jika dilakukan silap haribulan bukan sahaja mengurangkan fadhilat puasa seperti yang disebutkan sebelum ini bahkan mungkin akan mensia-siakan puasa kita sehari suntuk itu.
Jangan hanya Puasa tidak makan dan tidak minum sahaja sebaliknya puasa kan segala pancaindera kita seperti mata dari melihat benda-benda yang tidak elok seperti terlalu banyak menonton Televisyen, Video dan CD ataupun tenggelam berinternet (Chatting@ FB) berjam-jam lamanya jika masa terluang banyak bulan ini penuhilah setahun sekali itu dengan
1. menggunakan mata memerhati huruf dan ayat-ayat Allah yang telah lama kita tinggalkan dengan menyimpannya di dalam gerobok almari di rumah. Telinga juga harus dijaga dari terlalu banyak mendengar perkara yang lagha (sia-sia)banyak mendengar lagu-lagu rancak walaupun perut berkeroncong, Gunakanlah telinga itu untuk mendengar Ceramah dan Tazkirah yang menceritakan perihal kebesaran Ramadhan. Disamping itu kaki yang kita empunya ini sekurang-kurangnya ajarlah kaki itu melangkah ke surau atau masjid untuk berjemaah. Dahulu kecil kaki diajar bertatih oleh ibubapa kita agar pandai berjalan dan berlari, kini bila dewasa kenapa pula kita malas untuk mengajar kaki kita bertatih ke Surau atau Masjid untuk bertemu dengan Allah SWT. Jangan pula akibat malas berkunjung ke masjid dan surau menjadikan kita menjadi makin rajin berkunjung ke pusat karoeke atau puasat membeli belah sedangkan di masjid Terawikh sedang dilaksanakan.
2. Tidak mahu langsung bersahur atas alasan mengantuk untuk bangun di awal pagi, ataupun sahur awal di tengah malam agar dapat memenuhi keinginan tidur sepanjang malam. Hadith ada menyebutkan :
“ Bersahurlah kamu kerana dengan bersahur itu ia berkat”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sahur juga membawa maksud waktu terakhir dihujung malam. Para Ulamak telah mendefinisikan sahur itu ialah waktu terakhir malam itu ialah 1/6 dihujungnya.
3. Berpuasa tetapi leka dan lalai mendirikan solat Fardhu 5 waktu, walaupun tidak menjadi syarat sah puasa itu dan tidak termasuk olehnya dengan mendirikan solat 5 waktu, akan tetapi solat dan puasa itu merupakan rukun Islam yang lima. “Ponteng” solat sah puasanya akan tetapi tetap dilaknat oleh Allah kerana cuai dari mendirikan solat, umpama pokok rambutan yang lebat dahannya akan tetapi tidak pernah berbuah….
-dipetik dari sini
-dipetik dari sini
No comments:
Post a Comment