Friday, November 5, 2010

Kem Bestari Solat Perdana


Pada hari Khamis yang lalu (4 Nov. 2010), Panitia Pend. Islam dengan kerjasama guru-guru telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Perdana. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir pada jam 1.00 tgh.

Slot pertama dimulakan dengan Taklimat Umum dan diikuti dengan sesi Riadhah bersama Cikgu Farhan.

Slot berikutnya pula, murid ditayangkan multimedia berasaskan tajuk-tajuk berkaitan Bersuci, Bacaan Dalam Solat, Syarat Wajib Solat, Syarat Sah Solat dan Perkara yang Membatalkan Solat.

Selepas rehat, murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibawah seliaan dua orang guru.

Tajuk-tajuk yang ditekankan pada hari ini ialah semakan Amali Wuduk, Amali Solat, Bacaan dalam Solat.

Program pada hari ini sepatutnya melibatkan jumlah murid seramai 160 orang dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Namun, disebabkan mutakhir ini kehadiran semakin berkurangan maka jumlah kehadiran hanyalah 120 orang. Tugas guru dipermudahkan dengan bantuan semua murid Tahun 6 (bukan kohot jQAF) sebagai pemudahcara dan pembantu murid dalam menyemak serta mengawal pergerakan murid.

Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KBS Perdana pada kali ini. Hanya Allah jua lah yang mampu membalas jasa baik kalian.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin