Friday, January 7, 2011

Blogger telah bertukar...


Entry terakhir...

dari saya... selaku blogger SKSV yang telah bertukar ke SK Lambor Kanan mulai 5 Januari 2011.
Saya mengharapkan ada warga SKSV yang berminat untuk meneruskan / mengaktifkan blog yang telah dibangunkan sejak April 2008 ini.

Sedikit lipatan sejarah, bertukar ke SK Slim Village pada 17 Februari 2007. Sebelum itu pernah bertugas selama 2 tahun 2 bulan (penempatan pertama ) di SK Selat Pulau Kg Gajah yang terletak kira-kira 15 KM dari sekolah terkini.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada diantara entri sebelum ini yang menyentuh perasaan atau mengguris hati anda secara sedar atau tidak sengaja.

Sesungguhnya medium blog ini adalah sangat bermanfaat untuk kita (terutama warga pendidik) dalam menyampaikan maklumat semasa / menyalurkan info terkini berkaitan dunia pendidikan,

Apa yang baik itu adalah dariNYA manakala kesilapan dan kekurangan itu adalah dari saya selaku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan...

Sehingga bertemu lagi...

Harap kalian bersabar menunggu update baru dari editor yang baru...


************

Tahniah kepada murid2 ku yang berjaya masuk ke sekolah berasrama...

1. Amirus Syahiir Amizan : SBPI Gopeng
2. Syadiyah Nazahah Shahrol : SMSains Tapah
3. A'qilah Mohd Basri : SMSains Tapah
4. Mohd Firdaus Shamsul : SMSains Tapah (menarik diri)
5. Nurhanis Safa Zaini : SMKA Slim River
6. Farah Diana Mohd Ariff : SMKA Slim River

-----------
Senarai yang berjaya ke KAA dan RK belum diperolehi...


2 comments:

YB said...

Salam Ustaz/cikgu

Ini sekolah saya dulu 72-76. Banyak Nostalgia. Tahniah utk anak murid yg masuk sbp. Yg binti Amizan tu jiran saya di kampung.

Unknown said...

tahniah buat ustaz din... sy mengenali beliau melalui blog juga sejak 2007. semoga dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan lebih cemerlang lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin