Showing posts with label SPP. Show all posts
Showing posts with label SPP. Show all posts

Friday, January 16, 2009

Espipi... oh espipi..

Senario pada satu petang jumaat.. di sebuah rumah..

Tekan telefon SPP seperti yang tertera pada laman webnya...: 03 - 8871 7300.. trutt.. trutt..
Sebelum tu beberapa kali tekan 03-8888 7300 tapi tak dapat... (rupanya dah tukar nombor)

Hello.. Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..

Boleh sambungkan ke Bahagian Perkhidmatan.
Untuk apa ye encik?

Tentang pengesahan Masuk ke Skim Pencen... Talian disambungkan..

Hello, selamat petang.. Assalamualaikum.. saya En. S nak bertanya tentang status saya sekarang.. untuk memasuki skim pencen...

Dah buat permohonan? Dah.. Surat Dari JPN ke SPP Putrajaya pun dah hantar. Bulan September 2008.
Minta IC baru encik... **0806-08-****. Pass talian pada orang lain pula..

Ye encik...
(Ulang lagi soalan saya..)

Minta No. IC encik.. (ulang lagi no. IC di atas..)
Gred ape encik? .... Kami dah hantar encik.. dah lama dah..

Aiks! dah hantar? Lama dah?
Dah. hantar pada 28 hb 11... ke SK Slim River...

Ke mana? SK Slim River... Eh, tu bukan sekolah saya cik puan. La... sekolah saya SK Slim Village.
Macam ni... En. cuba tengok dulu di SK Slim River, kalau takde.. nanti bagitau saya.

Kalau takde? Kami akan pos ke alamat encik.. macam mana yang sebenar nya?
SK Slim Village.. 35800 Slim River, Perak.

Hemm.... sabor je lah...

Terus saya mencari no. tel pejabat SRK (nama popular untuk SK Slim River) dan dapat bercakap dengan Pembantu Pejabat. Ceritakan serba ringkas tentang perkara yang telah berlaku. Dia akan cuba cari (jika masih ada) dan akan dipanjangkan surat berkenaan ke SKSV..




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin