Showing posts with label bekas guru. Show all posts
Showing posts with label bekas guru. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

Datang & Pergi.. Lama & Baru...

Sekadar menulis sedikit info, berkaitan tajuk di atas..

Yang datang, esok 1 April.. mula melapor diri di SKSV, orang di pejabat, sebelum ini bertugas di SMKA Slim River.. seorang lagi dikatakan dari SK Pos Tenau.. manakala dikhabarkan juga seorang GSTT (GPI) akan melapor diri esok.. Beliau sebelum ini pernah menjawat GSTT di SJKC Ho Pin. Dijangka ada rombakan jadual untuk subjek Pend. Islam (khususnya kelas Tahun 5 & 6)

Yang pergi.. mulai esok juga.. En. Mat Puad B. Suri atau lebih mesra dengan nama Abg Puad. Akan bertukar ke SJKC Chin Hua, Slim River. Berdasarkan maklumat, Abg Puad telah berkhidmat di SKSV sejak 1988.. 21 tahun?) Lama tu... Beliau mempunyai kebolehan dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi sekolah. Namun, jawatan pengacara majlis nampaknya telah mula beralih arah kepada seorang guru baru.. iaitu.. Cikgu Z.A.S

Yang lama & baru pula merujuk kepada AJK PIBG yang baru dilantik semasa Mesyuarat Agung PIBG Isnin lepas..

YDP: YM Raja Razak (lama) En. Mohd Basri (baru)
NYDP : Cikgu Razak (lama) En. Hamizon (baru)

Setiausaha: En Samsul Ali Mohd Basir digantikan oleh En. Zakaria Abdullah Sani
Bendahari: Pn. Rozita Mat Zain digantikan oleh Pn. Zalifah Noor

AJK PIBG (kuota guru)

1. Pn. Rosmawati Che Darof (kekal)
2. En. Fadzyan Helmi Zulkeply (kekal)
3. Pn. Norlela digantikan oleh Pn. Normala
(Pn. Norlela telah bertukar ke SKAB)

4. Tn. Hj. Anuar digantikan oleh En. Samsul Zainal Abidin
( beliau telah bertukar ke SK Lanai, Kedah)

5. Tn. Syed Yahya digantikan oleh Pn. Nor Kalsum
6. emm..em.... (*sapa pulak lagi sorang ni.. lupa dah!)

itu saja untuk kali ini.. ilal liqa' ma'as salamah.. bit tawfiq wan najah..


Wednesday, January 7, 2009

Offline Messages dari bekas guru SKSV...

"Assalamualaikum ust. SK Lanai ada wifi. Saya dah bukak (blog) Panitia Pend. Islam SKSV. Ada 1st. time day di sksv pulak. Ada info terkini guru bertukar & guru baru. Bila tengok gambaq tu semua, hai rasa macam di sana pulak. sedih pun ada.Maklumlah 10 tahun di sana. Saya tinggal di Quarters Teloi Timur. Rumah di Bedong (sebut Bidong) balik hujung minggu saja. Dekat sikit ke sekolah. SK Lanai ada 51 org. guru, 799 murid. Kelas ada 4. Atas bukit sikit. Pentadbir semua lelaki. Okeylah serba ringkas dulu.Tolong ingatkan Cikgu halipah pasai Fail peribadi anak saya yg. tertinggal di sana. Tolong cari sat yaaa!. T/ Kasih. Off line dulu, nak masuk kelas pulak nie. Wslm."

Demikianlah rangkuman offline messages yg saya terima dari Tn. Hj. Anuar. Kami di SKSV mendoakan semoga beliau sukses di negeri kelahirannya itu.. Insya Allah blog ini akan terus menjadi wadah penghubung mengeratkan silaturahim dengan beliau dan juga bekas SKSV yang lain....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin