Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Saturday, August 8, 2009

Doa sesat?

Hari ini saya membaca satu tulisan tentang doa tolak selesema babi yang sesat , dari blog Panitia Pend Islam SK Telipok Sabah... yang saya sangat pastinya, penceramah Isra Mi'raj & Nisfu Syaaban di SKSV semalam ada membacakannya. Dan beliau mengajak semua murid SKSV mengikut beliau membacanya.. sekali imbas, bila dia sebutkan maksud doa itu. ada menyebut nama Saidina Ali, Hasan, Husin dan Fatimah... saya sudah terdetik di hati.. (mungkin ustaz ini mengambilnya dari internet)

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..

Untuk penerangan lanjut.. sila baca di sini dan di sini.

Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Dan Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

-dipetik dari web SK Serkam Darat & Darul Numan


Thursday, August 28, 2008

DOA BULAN KEMERDEKAAN


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat
pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.
Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada
yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh
rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan
yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau
anugerahkan kepada kami.

Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan
dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan
dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan
keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan
kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami
dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
tercinta ini.

Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau
peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang
kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam
keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormatmenghormati
serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran
negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi
bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.


Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang
akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan
kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai
dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis
oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang
sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan
masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda
kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan
negara dan bangsa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin