Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Daulat Tuanku



- gambar diambil dari sini

Friday, March 6, 2009

Program Lawatan DYMM Sultan Perak


Rakyat negeri Perak khususnya warga SK Slim Village mengalu-alukan kehadiran D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak ke Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad 8 Mac 2009.

Masa: mulai jam 9.00 pagi
Tempat: SK Pos Bersih, Ulu Slim.

Maklumat dipetik dari laman web rasmi Majlis Daerah Tapah




Thursday, January 29, 2009

Perak umum 3 Februari cuti umum

29/01/2009 8:59pm

IPOH 29 Jan. — Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata cuti ini juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.

“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang telah banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.


— BERNAMA

dipetik dari Utusan Online

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin