Showing posts with label hari anugerah. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010
Wednesday, November 18, 2009
Hari Anugerah Cemerlang 2009
18 Nov, Rabu - Hari ini, bertempat di Dewan SK Slim Village, telah berlangsungnya Sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2009 dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Basri B. Hashim YDP PIBG SK Slim Village.
Aturcara majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa pada pukul 8.30 pagi. Pengacara Majlis bertugas pada hari ini tidak lain dan tidak bukan, En. Zakaria Abdullah Sani bergandingan dengan Pn. Nurul Huda Mansor.
Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Us. Shariffuddin Bin Ahmad. Seterusnya ucapan wakil Guru Besar (Pn. Zaharah Bt. Saaid selaku Guru Pen. Kanan 1) dan kemudiannya ucapan perasmian berlangsung. Guru Besar SKSV tidak dapat menghadirkan diri atas urusan keluarga.
Persembahan Khas daripada Johan Azan Negeri Perak, adik Husin Abu Bakar dari kelas Pend. Khas dibawah bimbingan Us. Mohd Farhan Samsuddin.
Setelah selesai semua ucapan tetamu jemputan, beberapa persembahan yang bertemakan Satu Malaysia telah dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6. Mereka telah mempersembahkan satu koir yang menarik di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Cikgu Fadzyan Helmy Zulkifli. Di samping itu, persembahan Tarian Sewang oleh murid Asli turut diadakan di bawah seliaan Cikgu Redza Ahmad.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian sijil untuk pelajar-pelajar Prasekolah bersempena Hari Graduasi mereka.
Apabila tamat penyampaian sijil-sijil tersebut, penyampaian hadiah-hadiah kepada murid-murid cemerlang pada PKSR2 pula menyusul.
Acara kemuncak majlis adalah penganugerahan Tokoh Akademik Sekolah dan juga Tokoh Ko Kurikulum Sekolah. Anugerah Tokoh Akademik 2009 pada tahun ini telah menobatkan Adik Farhiah Bt. Mohamed Basri sebagai pemenangnya manakalah Tokoh Ko Kurikulum 2009 pula disandang oleh Adik Mohd Amirul Sufian B. Mohd Shahudi. Untuk makluman, adik Amirul adalah pemain bolasepak Bawah 12 Daerah Batang Padang dan pernah menerima Anugerah Tunas Sukan dari Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang.
Majlis tamat kira-kira jam 11.15 am dan semua tetamu menikmati jamuan ringan yang disediakan sebelum bersurai.

Thursday, February 12, 2009
Corat-Coret Hari Anugerah
Berikut ialah 40 keping gambar terpilih sepanjang hari Rabu 11 Februari 2009 untuk dimuatkan di sini. Semua gambar adalah hasil kerja jurugambar tidak terlatih. Mungkin perlu dipanggil (lagi?) menjalani latihan kursus fotografi. Penulis mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada pengunjung blog ini..
Gambar 1 (Pagi Rabu)
A: Backdrobe yang disiapkan hasil kerja semua guru SKSV
B: Apa yang penting? ~kerja...sama...~
C: Kamu duduk di sana... tiket nombor 55..
D: Rehearsal elok-elok.. Jangan main-main!

Gambar 2 (Sesi Rehearsal)
A: Eh.. tengok sini.. pandang muka GB ni..
B: Yang mana satu ni? Tengok muka GB ke tengok kamera? Pening.. pening..
C: Tengok sana pulak.. kamera.. senyum kat kamera...
D: "Helo... helo... tolong beli lauk ye.. Mak balik lambat sikit.. ada rehearsal ni"

Gambar 3 (Petang)
A: Ketibaan VIP.. YDP PIBG... disambut oleh Cikgu Samsul
B: Alamak! VIP dah datang.. hadiah tak susun lagi ni..
Mana la AJK Hadiah lagi 2 orang ni...???
C: Kerja kami dah siap! Semua orang dah daftar.. Kaunter nak tutup dah..
D: Para ibubapa menunggu majlis bermula...
Trut! Trut! Hello.. hello.. (silent mode please...)

Gambar 4 (Di Luar Dewan)
A: Seronoknya! muka kita masuk blog SKSV ni...
B: Wajah-wajah dah TELAH meninggalkan alam sekolah rendah.. (naik Ting. 1)
C: Antara Pengurus Peserta yang berjaya...
D: Jangan lah geletek saya.. Nanti gambar kita tak cantik la...

Gambar 5 (Dalam Dewan)
A: Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..
B: Ucapan Guru Besar
C: Ucapan YDP PIBG
D: Pengerusi Majlis 1

Gambar 6 (Penerima Hadiah)
A: Tempat Pertama Tahun 1
B: Tempat Pertama Tahun 2
C: Pengerusi Majlis 2
D: Tempat Pertama Tahun 3

Gambar 7 (Penerima Hadiah)
A: Tempat Pertama Tahun 4
B: Tempat Pertama Tahun 6
C: Tempat Pertama Tahun 5
D: Anugerah Khas Pend. Khas
(Peringkat Negeri acara Azan dan Nasyid)

Gambar 8
A: Anugerah Khas Pend. Khas
(Peringkat Negeri Bola Jaring dan Bowling)
B: Psst! Tebalnya kening cikgu??
C: YDP PIBG bersama Imam Masjid Slim Village (Ustaz Mat)
D: Nurain Syafiqah bersama keluarga...

Gambar 9 (Selepas majlis)
A: Salah susunan ni.. yang rendah di tengah la..
B: Kami akan menyampaikan persembahan yang bertajuk...
SEPOHON KAYU DAUNNYA...
C: Kita berenam ni BUKAN exco Perak yang baru dilantik, kan?
D: "Hangpa ingat.. kalau makan, kemas la balik makmal tu..
Jangan tinggal macam tu je.."

Gambar 10 (Selepas majlis)
A: Manisnya teh o ni.. berapa kilo gula?
B: Damia.. tengok kamera tu...
C: Kamera ni... orang makan pun nak ambik gambar ke??
D: Cantik tak??? Baju baru rasmi ni...
* Peringatan: Semua dialog di atas adalah rekaan semata-mata... Sebarang keterlanjuran kata amatlah dikesali.

Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)