Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Sekolah Ganti Raya

Perhatian kepada :
Semua Ibubapa / Penjaga
Murid-murid Tahap 1 dan 2

MAKLUMAN KELAS GANTIAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Kelas Gantian Hari Raya Aidil Fitri 2010 (Isnin 13.09.2010) akan digantikan pada 24.04.2010 (Sabtu)

Semua Murid Tahap 1 & 2 dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa dengan menggunakan jadual waktu hari Isnin. Tiada perhimpunan, waktu kedua jadual Isnin dianjakkan kepada waktu pertama, dan seterusnya.

*Maaf atas kelewatan berita ini

Friday, September 18, 2009

Saturday, September 5, 2009

Risalah Ramadhan + Kad Raya


Alhamdulillah Risalah Ramadhan SKSV 1430H telah berjaya disiapkan. Insya Allah ianya akan mula diedarkan kepada semua warga SKSV mulai hari Selasa ini. Edaran percuma.

Mulai Selasa ini juga, Panitia Pendidikan Islam akan mula menjual Kad Raya dengan harga RM 0.20 sekeping sahaja. Jualan ini adalah lebih berkonsepkan jualan amal. Memandangkan ekonomi global tidak begitu baik, eloklah rasanya kita menjualnya dengan harga paling rendah yang mampu ditawarkan.

Semoga ianya mendapat sokongan daripada murid-murid di SKSV.

Friday, April 3, 2009

Cuti Ganti Raya

Penulis baru saja menerima info dari pihak pengurusan SKSV.

Berikut adalah Jadual Cuti Ganti Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini:

Ahad-Isnin 20-21 Sept. 09: Hari Raya Aidil Fitri
Selasa 22 Sept 09: Cuti Hari Raya (forward Ahad)
Rabu 23 Sept 09: Cuti Peristiwa
Khamis 24 Sept 09 : GANTI PADA 11 APRIL 09
Jumaat 25 Sept 09 : GANTI PADA 27 JUN 09

Harap maklum. Terima kasih.

*Semua perkara diatas adalah tertakluk pada pindaan.


Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha





GPI SKSV dan seluruh warga kerja yang terlibat
dalam blog ini ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA"

kepada seluruh muslimin dan muslimat yang melayari blog ini...

Friday, October 17, 2008

Soalan Kuiz Hari Raya




Sempena segmen kuiz Hari Raya..berikut adalah soalan yang dikemukan kepada murid-murid (sekadar suka-suka sahaja)

1. Apakah warna yg biasa untuk dodol? Pink / Hitam / Putih

2. Sebutkan inti kuih tart yg biasa dimakan? Tart Kendondong / Tart Nenas / Tart Almond London

3. Antara berikut yang manakah kuih raya? Batang Buruk / Batang Kali / Batang Berjuntai

4. Panjang normal bagi sebatang lemang ialah...50 cm / 50 m /5 cm

5. Jika 1 Syawal jatuh pada hari rabu, pada hari apakah jatuhnya Hari Raya ke 4?

6. Berikut adalah beberapa jenis kuih raya kecuali: Samperit / Bangkit / Bolos

7. Pada waktu apakah solat hari raya diadakan? 6AM / 9AM / 5PM

8. Yang manakah budaya diamalkan pada hari raya ? Rumah Teres / Rumah Terbuka / Rumah Flat.

9. Hari ini adalah Hari Raya ke ..... (17 Syawal)

10. Lengkapkan 2 rangkap lagu raya ini:
Di masa bulan ramadhan..
Kita berpuasa hingga sebulan

................................
................................

11. Dalam kalendar Islam, Hari Raya AidilFitri jatuh pada berapa hari bulan....

12. Sebutkan dua jenis ketupat yang kamu tahu... Ketupat palas dan ketupat bawang.

Friday, September 26, 2008

Majlis Khatam SKSV berjalan lancar

Alhamdulillah, pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Khatam Quran, Penutup Ihya' Ramadhan dan Salam Aidilfitri.

Majlis yg dipengerusikan oleh Ustaz Farhan dimulakan pada jam 845 pagi. Seterusnya Khalifah Khatam Al-Quran mengambil alih tugas dan menjemput seramai 23 orang murid ke atas pentas untuk membaca ayat2 suci al-Quran.

Pada masa yg sama, peserta Tadarus yg berada di frontline dlm dewan tersebut dapat mengikuti bacaan melalui paparan Al-Quran Flash yg disediakan.

Majlis Khatam diakhiri dengan bacaan Doa Khatam Quran pada jam 9.30 pagi.

Seterusnya hadirin dihidangkan dengan satu persembahan Rawi @ Berzanji yg disampaikan oleh Tn. Hj. Anuar.(untuk sesi ini, beliau memilih utk membaca versi bahasa melayu supaya ianya lebih mudah difahami oleh murid dan guru lain)

Majlis berhenti rehat selama kira-kira 30 minit... dan mereka semua masuk ke dewan semula kerana terpanggil untuk menonton klip Upin dan Ipin yang ditayangkan semasa penghujung rehat. (saja je pasang.. walau dah berulangkali tengok)

Seterusnya, persembahan dari Team Kalam Jamaa'ie yg akan bertanding pada Khamis 9 Okt untuk peringkat kelompok. Juga bacaan Al-Quran dari wakil lelaki dan perempuan...

Kira-kira jam 11 pagi.. majlis penyampaian Wang Raya untuk 12 murid Yatim, 23 murid Khatam dan 72 peserta Tadarus untuk tahun ini. Kesemua mereka menerima sampul yang berlainan jumlah RM.. serta bunga telur sebagai tanda kenangan.

Selebihnya, semua murid Islam beratur untuk menerima duit raya masing-masing. Kemudian majlis diakhiri dengan ucapan Salam Lebaran dari pihak pentadbiran sekolah dan beberapa guru yg 'terpilih' (termasuk saya)

Majlis bersurai kira-kira jam 12tgh selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara guru dan murid..

***

Gambar-gambar majlis akan dimasukkan dlm posting lain slps Hari Raya insya Allah...

Sunday, September 21, 2008

Saturday, September 20, 2008

Saturday, July 19, 2008

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H

*maklumat berikut diambil dari laman web rasmi KPM*

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum akan terdapatnya banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga kalangan ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008 yang akan disambut pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) 2008.

Sila muat-turun surat siaran seperti yang dilampirkan di bawah (format .PDF)

Surat Siaran Cuti Berganti Hari Raya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin