Showing posts with label jpn. Show all posts
Showing posts with label jpn. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Anugerah Teknopen Perak

ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Blog Panitia Pendidikan Islam SK SLIM VILLAGE (http://sksv.blogspot.com/) telah dipilih sebagai salah satu pemenang / penerima Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Perak 2009 dalam


Kategori PENGHASILAN PORTAL P&P, kategori sekolah.

Majlis Anugerah tersebut telah selesai dilangsungkan pada hari Khamis, 27 Mei, 2010 di Atrium Gemilang, Jabatan Pelajaran Perak bermula jam 8.00 pagi.

Sedikit rakaman gambar untuk tatapan pengunjung blog...



Admin Blog sedang menerima hadiah daripada Pengarah JPN Perak





Bersama para pemenang dalam kategori yang sama, dari bidang yang berlainan.




Pertamanya, saya Admin Blog (GPI SKSV) merakamkan syukur ke hadrat Ilahi atas apa yang diperolehi ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semu guru SKSV yang bekerjasama memberikan maklumat dan sokongan bagi penghasilan laman blog ini. Sekalung penghargaan kepada En Sahariddun Abd Rani (bekas PTP PKG Tg. Malim 2008) selaku orang yang mula-mula memberikan kursus dan lontaran idea mewujudkan blog ini pada bulan April 2008. Terima kasih juga kepada para pelayar blog ini, pemberi komen dan nasihat bagi menghasilkan laman blog ini.

Sememangnya diakui, blog ini masih banyak kekurangan. Jika dibandingkan dengan blog sahabat-sahabat di seluruh negara.. Namun sebagai permulaan, diharapkan apa yang dipersembahkan dalam blog ini dapat memberi manfaat buat para pelayar.

GPI SKSV

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin