Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah


Kemalangan maut melibatkan seorang guru SK Trolak Utara, Zamiruddin Abd Rahman pada hari Sabtu 11.50 pagi di H-way area Bukit Beruntung.

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang arwah baru saja terima APC 5 Ogos lalu di MRSM Felda, Trolak Jaya.

Semoga ruhnya ditempatkan dikalangan para solihin dan muttaqin..

Sunday, May 31, 2009

Al-Fatihah buat seorang guru j-QAF


Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah buat
Allahyarham Ustazah Aizazura Bt. Hussain yang telah meninggal dunia pada 30 Mei 2009.



Status:
Guru jQAF Ambilan 2009 (Inst Perguruan Islam Bangi)

Sekolah sekarang: ..... (tidak diketahui)

Bekas Graduan Peng. Islam UKM Bangi


Bekas Pelajar SMA Amir Indera Petra

Berasal dari Bachok Kelantan.

Sumber dari : sini dan sini

Wednesday, March 4, 2009

Al-Fatihah.. buat seorang GPI

Ini berita sedih yang baru saya terima...

Seorang GPI dari SK Ulu Bernam, Hilir Perak telah meninggal dunia pada hari Khamis yang lalu akibat serangan jantung.

Ustazah Siti Aisyah Bt. Hamid kembali ke rahmatullah, meninggalkan suaminya Ustaz Ghafur yang mana merupakan GPI di SMK Ulu Bernam, Hilir Perak.

Penulis mengenali beliau kerana pernah berkursus KDP 2 Minggu di Maktab Perguruan Ipoh pada 2005.

* En. Redza A/L Ahmad juga merupakan bekas rakan sekerja beliau sebelum bertukar ke SKSV tahun 2009.

* Pn. Rosmawati (SKSV), Pn. Siti Hajar (SKTM) dan Pn. Aishah Hamdi (SK Seri Bidor) juga pastinya mengenali beliau kerana mengikuti kursus yang sama...

* Maklumat ini diperoleh secara SMS dari Us. Shakirah Bt. Ahmad SK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan

Al-Fatihah..

Wednesday, December 3, 2008

Belasungkawa: Bonda En. Shamsuddin Hassan

Sekalung takziah diucapkan kepada En. Shamsuddin Hassan; Guru Bimbingan Kaunseling dan pasangannya Pn. Adila di SKSV di atas kepulangan bondanya yang tercinta ke rahmatullah pada hari Rabu minggu lepas 26 Nov. 2008. Bonda beliau menghembuskan nafas terakhir semasa berada di rumah kediaman Cikgu Shamsuddin di Behrang 2020. Jenazah diberitakan telah disemadikan di Kg. Pulau, Teluk Sena di Lambor Kiri sejurus selepas solat zohor pada hari tersebut. Panitia Pend Islam SKSV mendoakan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. Semoga Cikgu sekeluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan yang berat ini. Al-Fatihah..

* maaf atas kelewatan berita ini


Monday, December 1, 2008

Al-Fatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran

dipetik dari BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat hari ini bertafakur untuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia secara mengejut Jumaat lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan sesi pagi ini telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Razali dan meminta anggota dewan beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Kuala Terengganu itu.

Ucapan takziah juga dibuat oleh anggota dewan, baik daripada BN dan pembangkang yang bangun untuk mengemukakan soalan lisan, serta menteri dan timbalan menteri yang menjawab soalan.

Razali meninggal dunia semasa bermain badminton semasa menghadiri konvensyen mengenai pelan induk pembangunan pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di Genting Highlands.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. - Bernama


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin