Showing posts with label masalah sosial. Show all posts
Showing posts with label masalah sosial. Show all posts

Friday, February 13, 2009

Pedulikah Kita?

Pedulikah kita?
Jika murid kita sekarang tak pandai mengaji..
Walaupun jenuh diajar..
Tambah lagi waktu tasmi'... Pun tak dapat juga...
Apa puncanya?

Pedulikah kita?
Jika murid kita tak dapat hafal doa qunut..
Dari Tahun 1 - Tahun 6..
Berapa doa yang dia hafal?

Pedulikah kita?
Jika ada murid kita yang tak pernah solat di rumah...
Kat sekolah pula sibuk dengan kelas tambahan..
SBT.. ETEMS... dan macam-macam lagi...
Bila pula dia nak solat Zohor nya?

Pedulikah kita?
Jika ada rakan sekerja kita tak pernah dilihat solat...
Ingat! kadang kerja kita sampai lewat petang..
Di mana Zohornya.. kalau Asar mungkin di rumah...

Pedulikah kita?
Setiap majlis rasmi akan dimulakan dengan doa..
Diikuti dengan acara-acara yang melalaikan..
Di mana datang keberkatannya?

Pedulikah kita?
Jika murid kita selalu mencari kita..
Memberitahu: "Sekarang masa cikgu masuk kelas kami.."
Kita pun buat-buat terlupa..

Pedulikah kita?
Jika dalam kelas.. murid kita nampak baik...
Tapi di luar.. dia lebih hebat dari kita...
Dia lebih handal dari kita..
Dia sudah merasa 'nikmat dunia'
Bukan satu.. bukan dua.. tapi.. tak terkira banyaknya...

Pedulikah kita?
Jika dalam kelas kita mengajar bagai nak rak...
Murid di belakang.. sibuk send bluetooth..
Bukan sebarang klip... tapi klip orang miskin...
Bukan orang lain... tapi lakonan sendiri...

Pedulikah kita?
Jika surau yang ada berhampiran rumah kita itu jarang dikunjungi..
Sampai orang surau / masjid tanya kita.. Baru pindah sini ke?

Pedulikah kita?
Apa yang berlaku hari ini?
Di sekeliling kita...

Ahhh.... Kalau kita ambil peduli semua ini..
Tentunya kita akan sedar...
Sedar dari lamunan di siang hari...


*Coretan spontan
GPI SKSV @ Kalumpang @ 13022009 (c)

# Ditujukan secara am buat semua.. tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa...

Wednesday, July 30, 2008

Budak Bikin Aksi Terlampau - Harian Metro

Oleh : Mohd Azam Shah Yaacob (mohdazam@hmetro.com.my)

Apakah perasaan anda (sebagai seorang guru? mahasiswa? orang awam?) apabila membaca artikel sebegini saban hari..? Mungkah 'INI BUDAYA KITA' ? Bukan isu Siapa dan bila?
Ini BUKAN SURUHAN AGAMA KITA..


KUALA LUMPUR: Ibu bapa gempar apabila klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ yang memaparkan aksi ‘main-main seks’ sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebar secara meluas di seluruh negara.

Klip video selama 30 saat itu memaparkan sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai berusia lapan tahun cuba melakukan adegan seks dengan melucutkan pakaian selain berciuman.

Paparan aksi lucah itu dipercayai diambil dari atas sebuah bangunan terbiar, namun tidak dapat dipastikan sama ada membabitkan kanak-kanak di negara ini.

Namun, perbuatan pelakon cilik terbabit jelas memaparkan masalah sosial masa kini berikutan kanak-kanak tertarik untuk mencuba melakukan hubungan seks dipercayai kerana terlalu banyak menonton VCD dan DVD lucah.

Harian Metro pada 25 Julai lalu melaporkan pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak permainan seks dengan saudara-mara berikutan ketagih menonton VCD lucah.

Pengedaran klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ itu didedahkan seorang pekerja swasta, Fahmi Mohd Aslan, 19, yang menghubungi Harian Metro, semalam.

Menurut Fahmi, dia memperoleh klip video itu daripada jiran yang bersekolah menengah dan sangat terkejut apabila perlakuan itu bukan dilakukan orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak dipercayai berusia lapan tahun.

“Dua minggu lalu, saya berjumpa rakan yang menyatakan terdapat klip video aksi pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan cuba melakukan seks.

“Saya yang tidak mempercayai kata-katanya kerana menyangka ia hanya gurauan kemudian terperanjat apabila menyaksikan klip video itu,” katanya yang percaya klip video itu tersebar secara berleluasa di seluruh negara melalui e-mel dan telefon bimbit.

Sementara itu, seorang bapa, Azman Salleh, 41, yang ditemui Harian Metro, berkata dia tidak menyangka klip video berkenaan memaparkan aksi ‘main-main seks’ kanak-kanak.

“Setahu kita, kebanyakan klip video membabitkan remaja tetapi kini, kanak-kanak yang langsung belum mencapai tahap baligh,” katanya.

Katanya, pasangan kanak-kanak itu mungkin meniru apa yang dilihat mereka seperti bahan lucah atau iklan atau program televisyen yang mempunyai unsur lucah.

“Pendedahan kanak-kanak terhadap bahan seperti itu akan menyebabkan mereka tertarik untuk mencubanya kerana mungkin ia sesuatu menyeronokkan.

“Mungkin juga mereka terlihat perlakuan ibu bapa tanpa sengaja,” kata Azman yang mempunyai tiga anak.

Malah, dia mengakui risau dengan penyebaran klip video itu kerana boleh menjadi tontonan kanak-kanak lain.

“Yang menjadi kerisauan saya juga ialah kanak-kanak dipergunakan pihak tertentu untuk mencari keuntungan,” katanya.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Faizah, pula menyebut paparan dalam klip video terbabit membuktikan keruntuhan moral golongan muda masa kini yang terlalu bebas dan gemar berpeleseran di tempat awam tanpa segan silu.

Katanya, faktor kemajuan negara tanpa kawalan ketat memungkinkan kanak-kanak didedahkan dengan kecanggihan teknologi tanpa pemantauan daripada ibu bapa.

“Tengok kebanyakan remaja kini yang berpakaian menjolok mata ibarat tak cukup kain nak pakai...itu sudah cukup membuktikan bahawa ibu bapa sendiri tidak kisah mengenai anak mereka dan apa yang dilakukan.

“Apa perlu yang dihairankan jika kini kanak-kanak seawal usia lima tahun pun sudah mula menonton dan menggayakan aksi terlampau terbabit,” katanya yang menempelak sesetengah pihak, terutama ibu bapa yang mengabaikan anak kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Faizah meminta masyarakat kembali kepada pegangan agama yang ternyata sudah banyak menyelamatkan individu bermasalah rendah moral

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin