Showing posts with label pibg. Show all posts
Showing posts with label pibg. Show all posts

Monday, March 22, 2010

2 program besar minggu ini

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 34
SK Slim Village
Tarikh : 24 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SKSV
Perasmi: Dr. Anurrdin Abdul Ghani, Universiti Malaya KL.

* Semua ibubapa/guru dijemput hadir.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


2. Hari Kantin SKSV
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat : sekitar kawasan sekolah..
* Semua ibubapa/guru dan penduduk kampung berhampiran dijemput hadir.

Antara yang menarik:
* Gerai Jualan
* Jualan Baju Bundle
* Cabutan Bertuah
* Permainan Sains
* Rumah Hantu
* Permintaan Lagu (termasuk Nasyid)

Tuesday, February 23, 2010

Blog baru di SKSV

Hari ini blog ini menerima kehadiran 'sahabat' baru di arena blog. Pagi tadi, lahirlah sebuah blog di bawah nama "Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK SLIM VILLAGE".

Blog kendalian Setiausaha PIBG ini adalah hasil daripada program "Guru Sebagai Pemimpin Di Sekolah dan Komuniti" Anjuran Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah UPSI pada 5 - 6 Februari yang lalu.

Syabas diucapkan! Juga diumumkan, Blog ini telah dipilih sebagai Blog Terbaik Kategori SR dalam Kursus membina Blog hari ini. Terima kasih kepada pihak penganjur dan tenaga pengajar.

Layari Blog PIBG SKSV.. http://pibgsksv.blogspot.com/

Tuesday, March 31, 2009

Datang & Pergi.. Lama & Baru...

Sekadar menulis sedikit info, berkaitan tajuk di atas..

Yang datang, esok 1 April.. mula melapor diri di SKSV, orang di pejabat, sebelum ini bertugas di SMKA Slim River.. seorang lagi dikatakan dari SK Pos Tenau.. manakala dikhabarkan juga seorang GSTT (GPI) akan melapor diri esok.. Beliau sebelum ini pernah menjawat GSTT di SJKC Ho Pin. Dijangka ada rombakan jadual untuk subjek Pend. Islam (khususnya kelas Tahun 5 & 6)

Yang pergi.. mulai esok juga.. En. Mat Puad B. Suri atau lebih mesra dengan nama Abg Puad. Akan bertukar ke SJKC Chin Hua, Slim River. Berdasarkan maklumat, Abg Puad telah berkhidmat di SKSV sejak 1988.. 21 tahun?) Lama tu... Beliau mempunyai kebolehan dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi sekolah. Namun, jawatan pengacara majlis nampaknya telah mula beralih arah kepada seorang guru baru.. iaitu.. Cikgu Z.A.S

Yang lama & baru pula merujuk kepada AJK PIBG yang baru dilantik semasa Mesyuarat Agung PIBG Isnin lepas..

YDP: YM Raja Razak (lama) En. Mohd Basri (baru)
NYDP : Cikgu Razak (lama) En. Hamizon (baru)

Setiausaha: En Samsul Ali Mohd Basir digantikan oleh En. Zakaria Abdullah Sani
Bendahari: Pn. Rozita Mat Zain digantikan oleh Pn. Zalifah Noor

AJK PIBG (kuota guru)

1. Pn. Rosmawati Che Darof (kekal)
2. En. Fadzyan Helmi Zulkeply (kekal)
3. Pn. Norlela digantikan oleh Pn. Normala
(Pn. Norlela telah bertukar ke SKAB)

4. Tn. Hj. Anuar digantikan oleh En. Samsul Zainal Abidin
( beliau telah bertukar ke SK Lanai, Kedah)

5. Tn. Syed Yahya digantikan oleh Pn. Nor Kalsum
6. emm..em.... (*sapa pulak lagi sorang ni.. lupa dah!)

itu saja untuk kali ini.. ilal liqa' ma'as salamah.. bit tawfiq wan najah..


Monday, March 30, 2009

Saturday, May 17, 2008

Mesyuarat PIBG SKSV

MESYUARAT PIBG SK SLIM VILLAGE

Tarikh: 17 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 2.30 p.m
Tempat: Dewan SKSV

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin