Showing posts with label pra sekolah. Show all posts
Showing posts with label pra sekolah. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

GPI menjadi Guru Prasekolah?

Mulai minggu ini, seorang Guru Pendidikan Islam SKSV (Pn. Rosmina) telah bertukar opsyen kepada Guru Pra Sekolah (kelas Pra Sentosa).

Walaubagaimanapun, beliau bertukar selama 60 hari sahaja bagi menggantikan Guru Pra Sekolah (Pn. Normala Mohd Ali) yang telah mengambil cuti bersalin.

Kelas-kelas Pend. Islam yg beliau ajar (Tahun 1 dan Tahun 3) akan diambil alih oleh Pn. Hjh. Siti Jamaliah, manakala bagi subjek lain (Muzik & PJK) akan diagihkan kepada guru akademik lain.

Monday, January 4, 2010

Day 1 2010



Hari Pertama di SKSV..

Cuaca hujan renyai-renyai..

Perhimpunan diadakan secara ringkas di kantin..

Ucapan ringkas daripada Guru Besar Pn. Hjh. Jamilah Ismail berkaitan beberapa perubahan waktu di SKSV.

Murid-murid beredar untuk masuk ke kelas masing-masing.

Suasana di Pra Sekolah.

Taklimat Pra Sekolah disampaikan oleh PK HEM Pn. Faridah Mat Khalil.

Friday, December 5, 2008

Guru Agama Prasekolah

Mungkin para pembaca (khususnya di kalangan warga pendidik) sedia maklum akan kewujudan guru agama di kelas prasekolah yang ada di sekolah masing-masing. Namun begitu mungkin ramai dari kita tidak mengetahui tentang status guru yang mengajar subjek agama di kelas prasekolah tersebut. Dan juga dari segi kekangan tenaga yang dihantar untuk mengajar di kelas prasekolah.

Dari segi latihan ikhtisas, sememangnya ramai guru agama telah dihantar mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan KDP Prasekolah Pendidikan Islam selama 2 minggu di maktab-maktab (sekarang berstatus IPG) terpilih. Oleh itu, guru yang menghadiri kursus akan diminta untuk mengajar subjek Agama di kelas prasekolah dengan kekerapan 4 masa (2 jam) seminggu. Itu juga bergantung pada arahan pentadbiran sekolah dan juga jumlah waktu agama normal guru tersebut..

Apa yang ingin penulis highlightkan di sini ialah tentang berita ‘hearsay’ yang mengatakan mulai sesi 2009, sekolah-sekolah terpilih akan mula menerima “Penempatan Guru Agama Prasekolah Luar Kuota”. Ini termasuklah dua buah sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal penulis. Bagaimana pula dengan SKSV? Atau sekolah anda? Maksud luar kuota… sama seperti guru jQAF yang juga termasuk dalam kategori luar kuota…

Dari segi penempatan tersebut, tidaklah dapat dipastikan samada ianya terdiri dari guru lepasan IPG yang fresh, atau lantikan di kalangan guru yang telah menghadiri kursus KDP dan berpengalaman mengajar Agama Prasekolah pada tahun-tahun sebelum ini..

Oleh itu, penulis ingin mendengar feedback dari pelawat blog ini yang mempunyai maklumat tentang perkara yang dinyatakan.. silalah berikan komen @ info..

* Penulis juga pernah menghadiri KDP 2 Minggu tersebut pada bulan September 2005 di M.P.Ipoh… masih ingat hanya ada 3 peserta lelaki.. dari SK Selat Pulau, SK Changkat Lada 2 dan SK Seri Pangkor… yang lainnya.. perempuan…


Thursday, July 10, 2008

Karnival Pra Sekolah Kelompok 6

SKSV akan menjadi tuan rumah Karnival Pra Sekolah Kelompok 6 seperti berikut :
  • Tarikh : 12 Julai 2008
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tgh
  • Tempat : SKSV

9 buah sekolah kelompok 6 Pra Sekolah akan mengambil bahagian dalam beberapa acara yang akan dipertandingkan pada kali ini. Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin