Tuesday, April 22, 2008

2 hari berlalu.. 3 hari berbaki...

Hari ini masuk hari kedua Program Pemantauan Nazir secara besar-besaran di SKSV. Tidak terkecuali semua GPI (include jQAF) dipantau secara berjadual.. Pada awal pagi, semua KP dipanggil untuk majlis Taaruf ringkas. Setiap nazir ditugaskan dalam satu bidang khas mengikut kepakaran masing-masing.

Hari Isnin giliran saya dan Pn. RCD dipantau oleh Tuan Nazir Bahagian Agama Islam (Ustaz Nawawi) dengan cara mengejut. Untuk penulis, semuanya berjalan seperti biasa (mengajar tanpa BBM seperti waktu praktikum). Yang lebihnya bermodalkan air liur dan buku teks.

Selasa: penulis dipantau lagi. Kali ini dari Nazir bahagian PRA kerana mmg dalam jadual ada AGAMA untuk PRA 2 jam seminggu. Faham-faham aje lah kalau mengajar PRA, budak-budak bukan boleh diam lebih dari 20 minit. Oleh itu, terpaksalah kita sediakan pelbagai kegiatan yang difikirkan sesuai. (kdg2 idea kita x sesuai jugak..)

Jam 1130 pagi, Nazir Agama minta 10 murid tahun 6 berkumpul di surau untuk diuji dari segi PAFA nya... Apalah nasib 10 murid itu? Muslim, Najib, Zul, Nasha dan Haziq untuk kuota lelaki.
Hasanah, Syakila, Farrah, Ain dan Suhaiza untuk kuota perempuan. SEMOGA BERJAYA!

Sebelum pulang, penulis diminta menunggu di MKS untuk "bertanya khabar" apa-apa yang berkaitan. Pertemuan berlangsung hampir 30minit.

Itu sahaja dari saya, walaupun sebenarnya banyak lagi kisah2 menarik (dan tidak menarik) yang didengari daripada sahabat-sahabat lain.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah3 n syabas3 coz d pantau oleh 3 nazir sekaligus(walaupun 2 hari berturut2)Memang 'pecah rekod'pemantauan!!!

apa-apa dapatan dari hasil pemantauan,diharapkan agar penulis dapat berkongsi dengan kami kat sini...Moga dapat kami jadikan panduan n kalau boleh 'diterimapakai' akan kami abadikan dalam laporan sulit kami..

Mekasih kalao GPI sudi mnegeshare ilmus dengan kita orang dengan cara mengepos kat ruangan kat sini amatler di alu-alukan..dan didahului dengan jutaan terimakasih.Kalau tak moh share pun kita orang tak pakser..

Tapi ada kata-kata yang boleh diterima pakai kata..Kalau ilmus bermenfaat dishare dengan sumer insyaAllah ditambahkan ilmus itu oleh Allah tanpa pengetahuan kita...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin