Friday, April 18, 2008

Pusat Akses Sekolah...


Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid dan guru boleh mencari dan memilih sumber pengajaran dan pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.


Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Sekalung tahniah buat Guru Pusat Akses: MHO.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin