Thursday, April 17, 2008

Counting down: 3 days to...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Suasana di sekolah sungguh meriah. Guru-guru dan murid sangat sibuk mengemas dan mencantikkan kawasan-kawasan yang tertentu. Ada guru yang sibuk menampal BBM dan hiasan kelas, ada pula yang sibuk mengemas salinan Sukatan Pelajaran dan HSP, tak kurang juga ada yang mengecat kelas. Semua ini seolah-olah menyambut satu 'fiesta' yang akan bermula pada hari Isnin ini. Tentunya semua tak sabar untuk menanti hari-hari tersebut..

Yang pasti, beberapa orang guru tidak dapat sama-sama merasai hari-hari tersebut. Ada 2 guru yang cuti bersalin, ada pula yang masih cuti sakit dan ada guru yang terpaksa menghadiri Kursus Guru Bestari di IP Ipoh selama 4 minggu mulai Isnin ini.

Penulis harap semuanya berjalan dengan aman dan lancar, dan 5 hari yang akan dilalui pada minggu hadapan pastinya akan memberi kenangan (pahit? manis?) buat para guru di SKSV...

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...

ana tak fahamler maksud...'3 days to...'

Ada karnival ker kat sekolah GPI?Macam 'suspense' jer bunyi..Harap GPI dapat jelaskan kepada ana yer?

Terima Kasih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin