Tuesday, June 17, 2008

Laporan Informal Family Day SKSV

Tajuk:
Hari Keluarga SKSV 1429H / 2008

Anjuran:
Kelab Guru SKSV

Tarikh/Hari:
14-15 Jun 2008 (Sabtu - Ahad)


Tempat:
Slim Village – D'Muara Marine Park. Sg. Hj. Dorani


Kumpulan Sasaran:
Warga SKSV

Aktiviti:
Treasure Hunt
Sukaneka
Futsal
Santap Perdana
Pertandingan Memancing

Laporan Am:


Secara keseluruhannya, program Hari Keluarga pada tahun ini berjaya dijalankan dengan baik hasil kerjasama semua guru SKSV.

Sabtu – 14 Jun 2008

Program bermula pada jam 8.30 pagi – berkumpul di Dewan JKKP Kg. Selisek dengan disertai seramai lebih 100 orang peserta dari warga SKSV beserta ahli keluarga masing-masing. Perjumpaan didahului dengan sarapan pagi yang disediakan oleh beberapa orang guru.


Seterusnya taklimat ‘Treasure Hunt’ disampaikan oleh Marshall Cikgu Sam. Semua peserta dilepaskan pada jam 9.15 pagi dengan setiap kenderaan berpelekat perlu menyelesaikan 11 soalan yang diberikan. (terdapat 4 set soalan yg berlainan).

Untuk set soalan penulis, arahan pertama ialah mengambil gambar Dewan JKKP Kg. Selisek. Arahan kedua: Gambar Dewan Orang Ramai Kg. Selisek. Kedua-dua soalan itu berjaya diselesaikan dengan mudah.




Soalan ketiga: Apakah produk yang dihasilkan oleh Institut Kulinari Anjung Utara?
– Jawapan yang didapati dari petugas di Institut berkenaan.. Kami melatih usahawan untuk menjadi tukang masak / chef yang berkualiti. (Skema jawapan: Produk Roti dan Kek) namun penulis tetap redha dengan keputusan yang diberikan...




Soalan keempat: apakah bangunan yang terdapat di sebelah Masjid Nurul @ Nur Hidayah, Kg. Belia 2, Sg. Panjang? Jawapannya ialah:










Ringkaskan cerita: Kesemua peserta berjaya menyelesaikan soalan yang diberi.. dan ini adalah antara gambar yang berkaitan dengan set soalan penulis. Replika KLCC di sebuah kampung di kawasan Bagan Terap, Sabak Bernam...

~~~~~~
Di atas kecekapan menyelesaikan soalan, beberapa kereta tiba di lokasi D’Muara Resort sebelum jam 12PM.. sejam lebih awal dari yang dijangkakan. Kelihatan kereta Cg Kharol, Cgu Amri, Cgu Halin, kereta penulis. Diikuti kereta GB dan Cgu Yus... Kami menunggu peserta lain yang sesat dan singgah menyinggah tanpa mengikut laluan yang diberikan. Makanan tengahari yang disediakan oleh Marshall juga agak lambat... sambil itu, kami berbual-bual mengenai pengalaman menarik sepanjang Treasure Hunt tadi.


Selepas menikmati makan tengahari pada 1.20 PM, kami dibenarkan check-in (waktu sepatutnya jam 2PM) maka masing-masing bergerak ke chalet penginapan yang sedia menanti. 10 buah chalet ditempah, manakala 2 apartment menjadi pilihan keluarga besar.

Aktiviti bebas jam 2 pm – 5 pm.

Sukaneka:
Acara 1 : ‘Pasangan Bahagia’ dimana guru akan menjawab soalan berkaitan pasangan masing-masing.

Acara 2: Rebut gula-gula.. untuk bawah 6 tahun sahaja.

Acara 3: Tuju Dart... khusus untuk kaum wanita sahaja.

Acara 4: Bowling Tin.. khusus untuk kaum bapa...

Acara kemuncak: Futsal 11 sebelah. Keputusan 2-1 memihak kepada Team Cgu Arshad (GK world class) menewaskan Team Hj Hassan. Pengadil jemputan dari pasukan Ragbi, meniup wisel sekadar beberapa kali. Jimat katanya...

Sesi sukan tamat kira-kira jam 7.15 pm.

Pada sebelah malam, program santap perdana diadakan di Anjung Seri Restoran D’Muara (yang terkenal dengan masakan yang enak) pada jam 8.30 malam. Acara selesai kira-sejam selepas itu.

Kaum-kaum ibu kembali ke penginapan masing-masing... Beberapa keluarga juga telah memohon diri untuk pulang lebih awal tanpa menginap atas alasan peribadi. Beberapa guru lelaki masih setia di restoran tersebut sehingga jam 12pm untuk menonton Euro 2008 (Swe – Spain). Selepas tamat game Euro, pertandingan memancing pun dimulakan..?

Ahad – 15 Jun 2008

Jam 8AM terima SMS dari Cgu Fadzian : kepada semua peserta, anda diminta mengambil kupon di kaunter untuk memilih menu sarapan pilihan anda. Antara menu pilihan, nasi lemak 7 kupang, kuih karipap dan donat 4 seringgit.. Jam 9.. aktiviti bebas. Bersiar-siar di pantai... mengutip lala, kepah, remis dsb.

Bermula jam 8 AM tadi, beberapa keluarga telah beransur pulang lebih awal.. mungkin ingin shopping di Arked Man, Yang-Yang, atau Kedai Perabot Sg. Besar. Ada juga yang ingin ke Rawang, Ipoh dan lain-lain. Oleh sebab itu, Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah terpaksa ditunda dan diadakan di SKSV.

Cadangan/Penyelesaian:

Semoga pada masa akan datang, semua pihak dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada program sebegini supaya hubungan sesama guru akan lebih erat.
Semoga diadakan lagi pada tahun depan, di lokasi yang berbeza. Penyertaan adalah menggalakkan terutama dari guru lelaki.

Penutup:

Sesungguhnya program ini bertepatan dengan objektif kerja yang dicadangkan, dengan pengisian aktiviti berfaedah. Semoga penganjuran pada masa akan datang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin