Tuesday, July 22, 2008

Genap 100 hari GPI SKSV di alam blog...

Salam untuk semua pembaca..

Pejam celik..pejam celik.. esok genap 100 hari GPI SKSV melibatkan diri dalam dunia blog ini. Terima kasih pada penganjur kursus pembinaan blog untuk Guru Pendidikan Islam yang dianjurkan oleh PKG Slim.. Tidak lupa juga pada penceramah jemputan kursus tersebut (En. Saharidun), juga terima kasih kepada Ketua Panitia Pend. Islam (Ustazah Rosmawati) yang sudi memberi laluan pada saya menghadiri kursus @ bengkel tersebut.

Dapatan dari bengkel tersebut, penulis terus mengamalkan apa yang telah diajar.. dan dengan sedaya upaya cuba untuk mengembangkannya pada sahabat-sahabat di SKSV. Juga kepada beberapa sahabat online yang ingin berkongsi ilmu dengan penulis.

Namun, sebagai seorang manusia.. yang sentiasa tamak.. (dalam mencari ilmu) penulis merasakan blog ini masih lagi di tahap yang amat lemah, jika dibandingkan dengan blog-blog sekolah di negeri lain, kemas, tersusun dan menarik.

Penulis juga mengucapkan syabas pada beberapa Blog Panitia Pendidikan Islam @ jQAF yang sangat menarik dan informatif. Dalam erti kata lain, guru agama sekarang celik IT setaraf dengan guru biasa.

Blog Panitia Pendidikan Islam SKSV tidaklah sehebat blog-blog yang disebut tadi. Inilah hasilnya yang anda semua sedang layari.. ada yang berkaitan dengan SKSV sahaja, ada yang berkaitan dengan dunia pendidikan Islam, Khutbah Mingguan (khusus untuk Khatib-khatib terpilih) endek kata, macam-macam ada..

Penulis juga membuat penelitian betapa kurangnya bahan rujukan @ contoh soalan untuk pelajaran Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi Tahun 1 hinga Tahun 6 di internet. Apakah guru-guru agama masih lagi menulis soalan dengan tangan setiap kali ujian bulanan diadakan? Jika sudah menggunakan komputer, kenapa kita terlalu berkira untuk menguploadkan soalan-soalan itu di internet? Seperti yang sahabat kita lakukan... Barakallah fik.

Alangkah beruntungnya kita kalau dapat berkongsi bahan-bahan ujian yang kita telah buat, untuk dibandingkan dengan kawan-kawan lain.. supaya ada pembaikan dan pembetulan. Kalau guru-guru akademik dengan mudah mendapatkan contoh-contoh soalan ujian dan latihan topikal di internet, bagaimana pula dengan guru agama di seluruh negara? Adakah kita rasakan.. itu bukan untuk dikongsi? "Buatlah sendiri... Bukannya susah sanagat..." Sikap begini patut diubah mulai sekarang.

Kepada guru-guru yang telah menyediakan bahan-bahan untuk Pendidikan Islam, sangat-sangat dihargai..

Akhir kalam, penulis mendoakan semoga segala amal kebaikan kita di dunia maya ini diganjar Ilahi dengan seadilnya.. Janganlah kita merasa ini semua sia-sia, tetapi untuk kebaikan guru dan murid secara amnya...

Wassalam.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin