Monday, July 21, 2008

Solat Berlainan Tingkat

Fatwa makmum wanita dan lelaki berlainan aras berjemaah


Soalan 28

Pohon penjelasan atau fatwa berhubung dengan sembahyang berjemaah di dalam madrasah dua tingkat laki-laki di bawah, perempuan di atas?


Jawapan

Sah sembahyang berjemaah di dalam madrasah dua tingkat, laki-laki di bawah, perempuan di atas atau sebaliknya dengan syarat di antara lain – tiada suatu yang mendinding atau menghalang di antara makmum dan imam yang mana boleh makmum pergi kepada imam dengan tiada membelakangkan kiblat. Dan makruh hukumnya jika tiada sama kedudukan di antara makmum dan imam iaitu salah satunya tinggi dari yang lain dan tidak ada apa-apa hajat, maka jika ada hajatnya seperti imam di tempat tinggi kerana hendak mengajar makmum sifat-sifat sembahyang dan kelakuan sembahyang atau makmum di tempat tinggi kerana tujuan mentabligh takbir imam maka kedua-dua makmum dan imam boleh duduk di tempat yang sama tinggi rendahnya, jika tidak demikian umpama tempat sembahyang itu dibuat atas bentuk tinggi rendah maka tiadalah menjadi makruh.


-sumber: Jabatan Mufti Negeri Kedah


*Posting ini adalah bagi menjawab soalan yg diajukan oleh seorang guru SKSV. Harap maklum.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin