Oleh Nurhasyima Hasim
nurhasyima@bharian.com.my
Empat daripada 100 rumah ada sarang Aedes
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata Chikungunya mempunyai gejala klinikal seperti demam denggi iaitu demam panas mengejut dan berlarutan hingga seminggu, sakit sendi teruk, ruam dan sakit kepala.
Beliau berkata, daripada 107 orang yang diperiksa di daerah itu, 20 disyaki menghidap penyakit berkenaan tetapi ujian darah yang dilakukan mengesahkan hanya enam pesakit dijangkiti demam Chikungunya.
"Daripada 20 pesakit, lapan dikesan melalui pemeriksaan doktor, manakala bakinya diketahui melalui siasatan kementerian di tiga kampung di Slim River.
"Kes pertama dilaporkan di Kampung Rasau pada 17 Julai lepas," katanya semalam.
Hasan berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan kementerian di hampir 1,000 rumah mendapati empat daripada setiap 100 rumah menjadi sarang pembiakan Aedes.
"Penyemburan asap kabus dilakukan di 1,500 rumah dan 32 pemilik rumah dikompaun kerana tidak mempedulikan kebersihan hingga menyumbang pembiakan Aedes yang serius," katanya.
Mengulas penyakit sebenar gagal dikenal pasti awal walaupun ujian darah dilakukan, Hasan menjelaskan, ia mungkin disebabkan pesakit masih pada peringkat awal hingga ujian darah yang juga mengesan tahap antibodi pesakit, tidak menunjukkan keputusan positif.
"Proses tubuh mengeluarkan antibodi bagi melawan penyakit mengambil masa lima hingga tujuh hari selepas dijangkiti penyakit," katanya.
1 comment:
lebih kurang macam sympton demam denggi...
Biasanya kalau dah didapati sesuatu kawasan itu di'serang' wabak sedemikian,baru lah semburan asap dilakukan..dan adalah lebih baik semburan asap dilakukan berkala dan senantiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab agar wabak ini dapat dihindari..
Mencegah Sebelum Parah atau Prevention Is Better Than Cure..lebih kurang macam itu ler...
Dekat kawasan rumah saya tadi, baru jer disembur dengan asap...dan setelah disiasati didapati jiran beberapa blok rumah berhampiran diserangi demam macam demam denggi...dan dibawa ke hospital...
Samada ada demam ini dibawa oleh nyamuk atau 'perbuatan manusia sendiri' yang tidak menjaga kebersihan kawasan rumah dan tidak hygienic...Wallahualam...
Semoga 'wabak' sebenar dikenalpasti dalam kadar segera agar tidak menjangkiti manusia ya ng tidak berdosa...
Post a Comment