Friday, August 29, 2008

Erti MERDEKA... salah kah?

Kisah 1

Jumat pagi yang cerah. Nampak Nipah berjalan tergopoh-gopoh memasuki pejabat.
Seorang rakan sejawat menyambutnya dengan kehairanan.

Aimee: Ei, hang ni dari mana? Tak salin baju kah? (sambil memerhati pakaian Nipah ) Baju semalam kan?

Nipah: hehehe (sambil duduk di kerusinya)

Aimee: Jangan kata hang pi dating lagi dengan jantan tu semalam. (seolah tahu apa jawaban yang akan ia dengar)

Nipah: ala, apa salahnya. Lagi pun aku buat ni bukan free tahu.

Aimee: habuan apa pulak dia nak bagi kat hang? (sinis)

Nipah: tengok je nanti, mesti hang pun surprise. Hehehe (seronok)

Aimee: Hang tak tahu dosa kah? Hang tu bini orang tau. Ada anak, semua cukup. Apalagi yang kurang? (musykil)

Nipah: habis tu yang dia pasang bini 3-4 orang tu apa? Kira betul lah tu? (mendengus marah)

Aimee: Kalau ya pun hang marah kat laki, dosa tau tidok dengan jantan lain.(berbisik)

Nipah: suka hati aku lah. (sambil merapikan rambutnya) Biar dia tahu, “saham” aku masih tinggi lagi

Aimee: sekarang hang cakap lah macam tu, esok lusa dia cerai hang, baru tau, menangis dibuatnya…………..(berusaha menyedarkan sang rakan yang tengah dibuai nafsu)

Nipah: kalau dia ceraikan aku, lagi bagus. Merdeka lah. (mencabar)

Aimee: habis tu, anak-anak hang macam mana? (menanti hiba)

Nipah: ala, depa dah besak, tahu lah macam mana nak jaga diri. Depa nak ikut pak depa pun lagi elok. Senang, tak payah aku runsing bab depa. Dah lah, aku nak pi toilet sat. (sambil bangkit dari kerusinya. Melangkah penuh bongkak, kerana menganggap dirinya “terlalu berharga” sehingga layak berbuat apa saja yang di suka)

~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah 2
Ahad petang yang panas. Bonda terduduk kaku di sofa. Tangannya menggenggam erat sesuatu. Tiba-tiba Alisha muncul di depan pintu. Tanpa ucapan salam, terus meluru masuk lalu membuka kasut tingginya.

Alisha: Bonda pegang apa tu? (hairan)

Bonda; apa ni nak? Kitab apa ni? Ini, risalah apa pula? (sambil menunjukkan bible dan beberapa risalah di tangannya)

Alisha: elok lah bonda dah tahu.(sambil duduk di hadapan bondanya). Saya nak convert. (ringan dia bercakap)

Bonda: nak convert apa pula? Alisha, kita ni orang Islam, bonda, arwah ayah, tok ,nenek semua……..orang Islam. Awat tiba-tiba alisha jadi macam ni?

Alisha: tak tiba-tiba pun. Alisha dah kaji kesemua.

Bonda: habis tu? (hairan)

Alisha: kita ni kan jadi orang Islam pasal tok nenek moyang kita orang Islam kan. Alisha tak suka lah bonda. Dah lah tiap hari kena “menungging” 4-5 kali. Kena bangkit pula awal pagi. Leceh lah bonda. Bising lah hari-hari kena dengar bunyi sumbang tu. Jadi tak boleh buat apa lagi. Tak da kerja lain.

Bonda: Astaghfirullah………..mengucap nak. Kita sholat tu perintah tuhan, supaya kita jadi umat yang baik.

Alisha: Baik apa dia? Tengok je perangai orang Islam. Teruk betul. Kata sembahyang tapi yang depa buat tu, langsung tak bermoral. Ibu tahu, Johannes kan, dia cukup baik. Akhlaknya bagus bonda. Tak pernah marah, tak pernah dengki kat orang. Tak macam orang Islam, buat silap sikit pun dia maki hamun.

Bonda: siapa Johannes? Sejak bila pulak alisha kenal dia? (hatinya makin pilu)

Alisha; tak payah tahu lah bonda.(selamba) Ha, orang Islam kan tak boleh makan ini, tak boleh minum itu. Alisha dah berapa kali dah makan barbeque khinzir dan white white. Hm, sedap. Tak sakit apa pun. Yang Islam tegah-tegah tu buat apa? Tak suka tengok orang seronok kan? (bangga) La ni kan jaman merdeka, dah maju, lepas makan tu, minum ubat lah. Sihat lah badan.

Bonda: lailahaillallah……..alisha, benda tu haram tahu. Benda tu bukan setakat boleh tak boleh dimakan, tapi itu larangan Allah. (air matanya mula mengalir)

Alisha: bonda……….bonda sedar tak, yang bonda tu masih cantik lagi. Tak payah lah pakai benda kat kepala bonda tu. (sambil menunjuk tudung yang dipakai bondanya) Sally punya grandma kan sudah umur 65 tahun, tapi tak pakai pun baju selekeh macam ………….(memonyokkan mulutnya). Walau dah tua, grandma masih bergaya. Pakai mini skirt. Malah pakai you can see. Tak apa pun.

Bonda: oooooo jadi pasal tu lah kebelakangan ini alisha tak mau pakai tudung lagi. (nadanya lemah)

Alisha: leceh lah bonda, pakai tudung tu. Panas. Bonda…bonda….. antara Alicia dan Natalia, mana nama yang lebih bagus? (tersenyum)

Bonda: buat apa? (hatinya makin bergetar)

Alisha: nama untuk convert nanti(ringan ia menjawab)

Bonda:…………(lidahnya kelu, hatinya perih, tak tahu apa yang mesti dibuat untuk menyelamatkan anak kesayangannya yang hendak “memerdekakan” imannya)


dipetik dari Blog ini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin