Friday, October 24, 2008

Fatwa on tomboys


Fatwa on tomboys

KOTA BARU: The National Fatwa Council has ruled that tomboyism, where a girl behaves or dresses in a boyish manner, is forbidden in Islam.

Its chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin said the decision was prompted by recent developments as there had been cases of young women inclined to behave like men and indulging in homosexuality.

Parents must stop their children from indulging in disruptive activities that are against Islamic teachings, he told reporters here yesterday. ~ Bernama

from The Star

-------------------------------------------

Pengkid difatwa haram


KUALA LUMPUR - Kecenderungan segelintir wanita mengamalkan budaya pengkid, istilah yang menggambarkan penampilan dan kelakuan umpama lelaki mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan ia sebagai haram.

Namun, pengharaman itu lebih menjurus kepada kelakuan melampau bagi pasangan sejenis memandangkan aspek pakaian bukan lagi satu isu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ketetapan itu berdasarkan kepada kecenderungan wanita untuk berkelakuan seperti lelaki semasa bergaul dengan pasangan mereka yang juga kaum sejenis.

"Ia bukan sekadar (merangkumi) pakaian sahaja. Etika pakaian dah jelas halal dan haram.

"Tapi yang kita tekankan ialah yang kelakuan menyerupai lelaki dan menjadikan pasangan wanitanya sebagai teman seksual,'' kata beliau ketika dihubungi di Kota Bharu selepas menghadiri muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.

Ia reaksi segera beliau terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam mengenai keputusan mengharamkan perbuatan wanita yang cenderung kepada kegiatan seksual sebagai lelaki sedangkan mereka adalah wanita sejati.

Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.

dari akhbar Kosmo






1 comment:

Anonymous said...

salams..

Salah 1 ciri-ciri DOSA-DOSA BESAR (yang ke 33)dalam buku bertajuk DOSA-DOSA BESAR (edisi baru)oleh Al-Hafizh Muhammad Bin Ahmad Bin Usman Adz-Dzahabi terjemahan SYED AHMAD SEMAIT ialah:

WANITA MENYERUPAI LELAKI dan

LELAKI MENYERUPAI WANITA...

Jadi,memang sahihlah menjadi TOMBOY or PENGKID...

Allah dah jadikan kita sempurna dah/elok dah....so pergunakanlah kesempurnaan itu ke jalan yang Allah redhai...

Ibubapa memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik anak-anak gadis dan besar sangatlah tak terhingga pahalanyer kalau mendidik anak perempuan mengikut jalan yang Allah redhai..jadi,ibubapa kene pastikan betul-betul agar anak-anak tidak terjebak ke DUNIA PENGKID...dan tak boleh memandang acuh- tak acuh(remeh) hal yang seumpama ini dengan harapan mereka akan kembali ke pangkalan jalan..

Tanpa pengawasan dan pemantauan yang sempurna DAN DIDIKAN islamik penyakit ini sukar diubati...

CEGAH LAH SEBELUM PARAH...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin