Wednesday, November 12, 2008

Program Penempatan Guru di Pusat Sains Negara

TAHNIAH!

Itulah kata-kata yang paling sesuai diucapkan kepada seorang guru di SKSV kerana terpilih mengikuti PROGRAM PENEMPATAN GURU di PUSAT SAINS NEGARA..

Untuk pengetahuan, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah memilih EMPAT orang guru dari seluruh negara untuk mengikut program tersebut.. dan salah seorang daripadanya ialah warga SKSV iaitu En. Mohd Halin Othman.

Beliau merupakan Penyelaras Bestari di SKSV dan sememangnya calon yang layak untuk mengikuti program sedemikian..

Program selama 3 minggu ini akan diadakan di Pusat Sains Negara dan penginapan pula adalah di Hotel Kuala Lumpur International.

2 orang guru terpilih mewakili Sek Rendah dan 2 orang lagi mewakili Sek Menengah.

SR : En Halin dan seorang guru dari SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang.
SM : Guru dari SMK Seri Desa, Tjg Karang dan SMK Seri Saujana, Bndr Baru Petaling.

Semoga En. Halin dapat memberikan komitmen 100% terhadap kursus ini dan SKSV akan beroleh manfaat sekembalinya beliau dari kursus ini nanti.

MABRUK! MABRUK!
MABRUK! MABRUK!



1 comment:

apih kelate said...

boleh saya dapatkan no hp cikgu halin b othman. saya cikgu syed dari smk kelapa sawit. hp 019-7583224

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin