Friday, January 16, 2009

Espipi... oh espipi..

Senario pada satu petang jumaat.. di sebuah rumah..

Tekan telefon SPP seperti yang tertera pada laman webnya...: 03 - 8871 7300.. trutt.. trutt..
Sebelum tu beberapa kali tekan 03-8888 7300 tapi tak dapat... (rupanya dah tukar nombor)

Hello.. Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..

Boleh sambungkan ke Bahagian Perkhidmatan.
Untuk apa ye encik?

Tentang pengesahan Masuk ke Skim Pencen... Talian disambungkan..

Hello, selamat petang.. Assalamualaikum.. saya En. S nak bertanya tentang status saya sekarang.. untuk memasuki skim pencen...

Dah buat permohonan? Dah.. Surat Dari JPN ke SPP Putrajaya pun dah hantar. Bulan September 2008.
Minta IC baru encik... **0806-08-****. Pass talian pada orang lain pula..

Ye encik...
(Ulang lagi soalan saya..)

Minta No. IC encik.. (ulang lagi no. IC di atas..)
Gred ape encik? .... Kami dah hantar encik.. dah lama dah..

Aiks! dah hantar? Lama dah?
Dah. hantar pada 28 hb 11... ke SK Slim River...

Ke mana? SK Slim River... Eh, tu bukan sekolah saya cik puan. La... sekolah saya SK Slim Village.
Macam ni... En. cuba tengok dulu di SK Slim River, kalau takde.. nanti bagitau saya.

Kalau takde? Kami akan pos ke alamat encik.. macam mana yang sebenar nya?
SK Slim Village.. 35800 Slim River, Perak.

Hemm.... sabor je lah...

Terus saya mencari no. tel pejabat SRK (nama popular untuk SK Slim River) dan dapat bercakap dengan Pembantu Pejabat. Ceritakan serba ringkas tentang perkara yang telah berlaku. Dia akan cuba cari (jika masih ada) dan akan dipanjangkan surat berkenaan ke SKSV..




7 comments:

sonata anak kancil said...

Bila urusan rasmi macam ni berlaku salah alamat, kita la yang jadi mangsanya...Harap dapat semak cepat2.

Sama juga dengan sekolah saya...surat SKBB dihantar ke SMKBB...Selalu tersasul, bila dah terbuka, eh salah!

GPI said...

Ini bukan kejadian pertama yg menimpa sy... sebelum ni.. polisi insurans (cover note) pun di hantar ke sana... tapi dah ilang bendanya.. bila dah lama sgt.. surat tak di tuntut.. emm...

Walhal.. jauh sangat beza nya

SK Slim Village (SK Kampung Kurus) dengan SK Slim River (SK Sungai Kurus)

Beza tak antara KAMPUNG dengan SUNGAI?

Differ between VILLAGE and RIVER?

* Apa yg penting, saya harap surat 'kemasukan ke skim pencen' saya tu masih wujud di SK Slim River. Atau saya perlu menelefon semula minta dia resend... dan mungkin terpaksa tunggu beberapa minggu lagi..

Mu`allim said...

Kes naya tu...nampaknya pihak berkenaan kena la pakai cermin mata yang besarrr tu supaya alamat tak tertukar lagi...kalau kerap berlaku macamni kesian la pada individu yang terbabit...kalau surat biasa takper tapi kalau surat yang penting...silap2 melenting tuan empunya badan..:)

sonata anak kancil said...

Bukan salah ibu mengandung...

agaknya 'pengantar' surat tu orang luar kawasan...tak jumpa cari slim village ,
main taram hantar ke slim river...asal ada 'slim' udah le agaknya...river dalam village...

Kot ya pun, penerima salah surat,tolonglah redirect la pulak ...Usah le main peram aje...

DUN Behrang 2020 said...

Tu tak lama lagi jd GPI kat SK Slim River le tu...dekat skit kita...hehehe! Kampung ke sungai ke yang penting "SLIM"...yang kat SK Slim tu pun poning..sapolah En. S nih...ahli muzik? Kaunselor? Penyanyi nasyid? Tu yang tak jumpo tu!

GPI said...

Terkini pasal isu ini... carian surat yg dihantar ke SK Slim River gagal. Dalam erti kata lain.. surat itu tidak dijumpai a.k.a hilang.

Saya terpaksa menghubungi pihak espipi buat kali kedua. Bercakap dengan p.i.c surat saya.. dia meminta tempoh untuk carian fail peribadi saya di espipi.. dlm masa dua hari... saya diminta menghubungi semula ke situ..

Rupanya ada kes lain juga melibatkan seorang guru di SKSV.. Kes pelik juga kiranya.. seorang yg belum mendapat surat pengesahan jawatan.. telah menerima surat perakuan masuk skim pencen. lagi pelikkk....

Saya membuat kesimpulan ringkas... yg bertugas di espipi juga adalah manusia seperti kita semuaa... maka mereka juga tidak dpt lari dari kesilapan. Tp...kesilapan dalam hal2 penting kadangkala mengundang banyak masalah lain...

GPI said...

Alhamdulillah.. segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Surat yang ditunggu akhirnya tiba jua.. dan diserahkan pada saya jam 9 pagi tadi...

Terima kasih pada Pembantu Pejabat SK Slim River.. kepada abg posmen yang menjalankan tugas dengan amanah, kepada semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mencari surat saya yg hilang itu...

Alhamdulillah syukur..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin