Friday, January 9, 2009

Terkini dari SKSV

Salam untuk semua pengunjung. Berikut adalah ringkasan berita di SKSV.


Kenduri di rumah GB

Insya Allah esok GB SKSV akan mengadakan Kenduri Kesyukuran & Aqiqah cucundanya yg tercinta di rumah beliau di sebuah taman yg berhampiran dengan SKTM. Semua guru (SKSV) dijemput hadir bagi meraikan majlis tersebut. Majlis dijangka bermula jam 12 tgh. Kepada blogger yang berhampiran dengan rumah GB, jumpa anda di sana...

Pengerusi Kelab Guru

Dukacitanya dimaklumkan tentang keadaan seorang guru otai SKSV (Pengerusi Kelab Guru) yang kurang menggembirakan. Dikhabarkan beliau mengalami masalah pada urat saraf kakinya, menyebabkan hari ini beliau terpaksa mengambil cuti sakit. Kami di SKSV mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Kehadiran Ahli Baru

Untuk pengetahuan semua, beberapa warga SKSV telah selamat menerima cahayamata sepanjang Disember sehingga hari ini.
1. Us. Sharif - Anak perempuan (keempat) 17 Dis 08 (Hosp Slim)
2. Usth Nor Azian - Anak lelaki(kedua) 30 Dis 08 (Hosp Tapah)
3. Cgu Syed - Anak perempuan (ketiga) 3 Jan 09 (Hosp Slim)

Tahniah diucapkan kepada mereka...
Semoga kehadiran ahli baru ini membawa 1001 rahmat buat mereka.


Latihan Sukan

Mulai Rabu lalu (7 Jan 09) SKSV telah memulakan latihan sukan iaitu pada jam 3-30 hingga 5-30 ptg. Jadual latihan telah diedarkan kepada semua guru dan ditampalkan di papan notis ko-kurikulum. Gabungan latihan antara Rumah Merah dan Kuning, manakala Rumah Biru berganding dengan Rumah Hijau.

Sekian buat kali ini.




2 comments:

sonata anak kancil said...

Nasib baik blogger ni jauh ke selatan...kalau berhampiran dengan GB , tak pasai2 GPI kena letak extra pinggan...Semoga majlis berjalan lancar...

GPI said...

Hehehe.. Mesti GB teman seronok sgt kalo ramey2 dtg kenduri dia.. dengor2 dua 'ekor' kambing tombang besok!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin