Monday, February 2, 2009

Pertandingan Sepak Takraw Daerah B.P



Pada hari ini telah berlangsung pertandingan sepak takraw peringkat daerah Batang Padang di dua venue yang berhampiran. SKSV telah menghantar 2 regu. Regu A (seliaan Cg Samsul) bermain di SK Pendita Zaaba. Manakala Regu B (seliaan penulis) bermain di SMK Dato Panglima Perang Kiri. Kedua-dua sekolah ini terletak di Tapah Road.

Dengan latihan dan kemampuan yang agak terhad, hasilnya..
Regu A tewas dalam ketiga-tiga perlawanan. Namun, yang agak menyedihkan 2 daripada perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan tipis iaitu 29-30. Agak malang buat regu ini.

Regu B pula dapat membawa 'game saguhati' apabila berjaya menundukkan Team SK Pos Bersih. Akan tetapi mereka tumpas kepada SK Behrang dan SK Satu Tapah.

Perlawanan peringkat kumpulan berlanjutan hingga ke lewat tengahari. Cuaca panas terik sedikit sebanyak mengganggu persembahan para pemain.

Berdasarkan pemerhatian.. antara sekolah yang mencuri perhatian ialah SK Slim River, SK Pos Jernang, SK Behrang dan SK Sg Kelah. Semoga mereka dapat mewakili Daerah Batang Padang dengan jayanya.

Kepada murid SKSV.. jangan putus asa. Tahun depan kita masuk lagi...





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin