Saturday, February 7, 2009

Sedikit info

Maaf atas ketiadaan posting baru sejak beberapa hari lalu.

Di sini disampaikan info ringkas berkaitan..

Jumaat (6-2-09)
SKSV telah menghantar Team Bola Jaring ke Peringkat Daerah. Diadakan di SK Bidor 2 (Jalan Bidor - Teluk Intan). Maklumat terkini mengenainya belum diperolehi.

Isnin (9-2-09)
Cuti Thaipusam

Selasa - Khamis :
Dua guru SKSV akan ke SMT Seri Iskandar, Perak Tengah untuk Pertandingan Ragbi Sentuh Peringkat Negeri. Cg Fadzyan akan bertugas sebagai Pengadil (sejak 2006) manakala Cg Yusri selaku Pegawai Teknikal Pasukan daerah Batang Padang. SELAMAT BERTUGAS.

Rabu (11-2-09)- Petang
Insya Allah akan diadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sesi 2008. Masa 2.30 - 5.00 petang. Setakat ini, nama perasmi belum dimuktamadkan dan tertakluk pada pindaan terakhir.

Persiapan akhir telah berjalan rancak terutamanya pada hari Jumaat lalu, di mana AJK Pentas yg diketuai oleh Cg Samsul telah mula menggantung langsir pentas baru dan mengecat dinding dewan. AJK Hadiah pula sedang sibuk membalut Hadiah untuk murid-murid. SU majlis telah mengedarkan surat jemputan kepada ibubapa murid yang terlibat sahaja. Manakala AJK Persembahan tidak dapat dikesan sejak awal minggu ini, dan dipercayai telah dilarikan ke Shah Alam untuk lompat parti (gurau sikit! jangan serius sgt..) Oleh yang demikian, persembahan pada hari tersebut DIBATALKAN.






1 comment:

sonata anak kancil said...

Sekolah kita lagi best, jadi tuan rumah mengelola ragbi peringkat negeri, sedang berlangsung semalam,hari ni dan esok - penutup.Kena attend jemputan penutup..

Nanti peringkat kebangsaan sekolah kita jadi tuan rumah, so GPI boleh datang le...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin