Wednesday, March 25, 2009

Ceramah AADK di SKSV


Ceramah Anti Dadah - AADK Batang Padang


Bertempat di Dewan SKSV, telah diadakan satu ceramah khas untuk murid-murid. Ceramah berkaitan Dadah dan penyalahgunaannya telah disampaikan oleh En. Mohd Faizal B. Shuhada, Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Batang Padang. Pejabat AADK ini terletak di Tapah.

Semua murid SKSV telah mendengar ceramah yang diadakan mulai jam 11.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian. Antara tajuk yang diperkatakan ialah Bahaya Rokok, Jenis-jenis Dadah, dan lain-lain.

Murid-murid sangat seronok mendengar ceramah yang disampaikan. Ia juga diselangi dengan soalan kuiz, teka-teki dan aktiviti lain serta menyediakan hadiah menarik. Pameran berkaitan dadah pula telah bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

Tahniah kepada Cikgu Zakaria kerana berjaya menguruskan program ini dengan lancar dan efektif.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin