Friday, March 27, 2009

Minggu yang sibuk...

Salam.. sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, mungkin ada yang mencebik muka.. atau terlintas dihati anda.. "Ahh! macam dia sorang je sibukk..?" "Biasa lah tu.." atau beberapa telahan lain yang saya tak dapat meneka dengan tepat..

Kadang-kadang kita rasa seronok.. kerana kita ada kerja untuk dilakukan.. kita rasa bersemangat untuk selesaikan tugasan yang diberi kepada kita... Kita anggap ianya sebahagian daripada tugasan kita.. nama pun.. KERJA.. dan kita semuanya adala PEKERJA...

Tapi, ada kalanya..kita mungkin terfikir.. Banyaknya kerja? Eh! Penatnya... Mati le macam ni... Tugas hakiki kita adalah 'mengajar'.. tapi mutakhir.. kita disibukkan dengan 1001 tugas.. yang sebenarnya berkaitan juga dengan tugas asal kita.. cumanya kaitan mungkin secara tidak langsung...

Di sini saya cuba senaraikan beberapa program yang berkaitan dengan para guru di SKSV... dan Insya Allah gambar- gambar untuk program Maulidur Rasul dan hari Profesional akan dikirimkan dalam entry berikutnya...

Isnin 23 Mac 09:
Mesyuarat Kewangan
Taklimat Pertukaran Guru Online
Kursus Keselamatan Jalan Raya
Pengurusan @ Jurulatih Utama SPBT Daerah

Selasa 24 Mac 09:
Mesyuarat AJK Sambutan Maulidur Rasul
Kursus Keselamatan Jalan Raya
Pengurusan @ Jurulatih Utama SPBT Daerah
Mesyuarat Guru Besar untuk Sambutan Hari Guru 2009

Rabu 25 Mac 09:
Pameran & Ceramah Anti Dadah
Mesyuarat Guru Tahun 6
Kem Bestari Solat - Tahun 3 sahaja
Pertandingan Melukis Kain Rentang
Pengurusan @ Jurulatih Utama SPBT Daerah
Karnival Bahasa Peringkat Kelompok

Khamis 26 Mac 09:
Kursus Asas Kaunseling
Pengurusan @ Jurulatih Utama SPBT Daerah
Karnival Bahasa

Jumaat 27 Mac 09 :
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Pengurusan @ Jurulatih Utama SPBT Daerah
Mesyuarat Bola Tampar Daerah (SKSV selaku Tuan Rumah)

Sabtu 28 Mac 09:
Hari Profesional Peringkat Kelompok (serentak seluruh negeri Perak)
Latihan Bolasepak Persahabatan SKSV vs SK...

Isnin 30 Mac 09:
Mesyuarat Teknikal Karnival Kaunseling Kerjaya Pendidikan
Mesyuarat Penyelarasan AJK untuk Persiapan Mesy. PIBG
Mesyuarat PIBG SKSV kali ke...

* kepada semua guru SKSV.. Syabas! Anda memang hebat!

4 comments:

nur_qaseh dyLLa said...

RENUNG2KAN...FIKIR2KAN...

1. Terkejar2 kerana buat keje drdp dikejar sbb xbuat keje.

2. Siang mlm pikirkan cane nk buat keje drpd fikir mngelak keje.

3. Mkn gaji ngn org buta drpd mkn gaji buta.

4. Suka bnyk keje drpd suka bnyk tmpt keje.

5. Jdi hntu keje drpd keje hantu.

6. Susah nk buat keje drpd susah xde keje.

7. Susah org bekeje drpd susah org xbekeje.

7 kata keramat ku berikan tuk mu wahai pendidik.

sonata anak kancil said...

Orang yang banyak kerja saja yang cukup masa...Allah sediakan 24 jam seorang, tak lebih tak kurang...Jika direnungkan semula, semua kerja bereskan? Cuba perhatikan orang yang tak ada kerja / kena buang kerja - mereka tu "jealous" tengok kita sibuk kerja! Sibuk kerja - badan cergas otak cerdas!

Kita cikgu sama saje....

GPI SKSV said...

kepada Nur Qaseh:

Terima kasih atas kata-kata keramat itu..
Tak sangka awak sangat kreatif..

kepada Sonata:
Alhamduillah.. beres..

Ingat Lima Perkara..Sebelum Lima perkara...
Waktu lapang sebelum datangnya Waktu Sempit..

hizbi76 said...

bukan sekadar waktu sempat...bila dah masuk tempat sempit....amalan kurang rohani kena perit...salam ukhuwah buat kalian sahabat...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin