Saturday, April 4, 2009

Hari Pembebasan.. sahabat..

Senarai 13 orang yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak kelmarin.

1. R. Kenghadharan, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

2. V. Ganabatirau, 40, peguam - Hindraf, ditahan 2007

3. Mohd Nazri Dollah, 34, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan di Tawau, Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002 (2006?)




4. Pakana Selama, pemastautin tetap Malaysia - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

5. Artas A. Burhanuddin, 41, jurukur gred - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

6. Francis Indanan, 41, pemandu teksi - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002


7. Idris Lanama, 34, peniaga - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

8. Binsali Omar, 43, rakyat Filipina dengan taraf pemaustatin tetap Malaysia, penyelia syarikat - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

9. Pakana Selama dari Sabah - Anggota kumpulan militan Darul Islam Sabah, ditahan April 2002

10. Amir Hussain, warganegara Myanmar, berhubung kesalahan palsukan dokumen

11. San Khaing, warga Myanmar berhubung kesalahan palsukan dokumen

12. Sundaraj Vijay, warganegara India berhubung kesalahan palsukan dokumen

13. Wan Amin Wan Hamat, anggota Jemaah Islamiah : pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~

* Penulis sekadar mengucapkan terima kasih kepada PM kerana membebaskan mereka semua... juga ingin memberi perhatian kepada no. 3.. beliau merupakan rakan sekelas penulis semasa di sekolah menengah dulu.. sejak itu kami terputus hubungan...hampir 20 tahun yang lalu... teringat kembali semasa kami bersama-sama mengambil SPM.. Beliau yang mahir dalam subjek Sains dan Matematik.. bermurah hati berkongsi ilmu dgn sahabat-sahabat lain. Watak beliau (yang kelakar dan selamba) semasa kelas Form 5 masih terbayang-bayang bermain di fikiran penulis.


* Penulis langsung tidak mengetahui tentang kegiatan beliau sehinggalah berita mengenai penahanan beliau di Kem Kamunting pernah penulis baca suatu ketika dulu. Alhamdulillah, beliau sudah bebas! Bagaimana statusnya sebagai seorang guru? masih kekal? atau diberhentikan? Semoga beliau dan keluarga di bawah naungan dan hidayah daripada Allah..




1 comment:

Rosnizar Zakaria said...

Wah, kawan ustaz ye... Alhamdulillah...dh bebas pun dia...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin