Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Murid Asli


Program Motivasi Murid Orang Asli

Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 11.00 hingga 12.30 tgh
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 80 orang Murid Asli tahun 1 - 5


Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama Unit HEM SKSV (bahagian Murid Asli) telah berjaya mengadakan program motivasi khusus untuk Murid Asli. Program ini melibatkan seramai 80 pelajar terdiri dari kelas Tahun 1 hingga 5.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan ransangan, galakan dan motivasi kepada pelajar Asli supaya hadir ke sekolah dan tidak ponteng. Ini juga selaras dengan satu program khas sekolah ' Program : Meningkatkan Peratus Lulus Subjek UPSR bagi Murid Asli'

Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 pagi.
Slot diisi dengan rangkaian 3 guru yang terbabit iaitu : 1. En. Shariffuddin 2. En. Zakaria 3. En. Redza
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menawarkan hadiah khas untuk Murid Asli terbaik bagi setiap kelas untuk PKSR1 yang akan bermula 14 mei ini.

Program ini amat berguna dan memberikan galakan kepada murid-murid untuk hadir setiap hari ke sekolah dan juga menjawab soalan peperiksaan PKSR 1.

Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran murid Asli SKSV.





3 comments:

sonata anak kancil said...

ada orang asli jugak?

dah tak "asli" lagi kot...

ada juga kaki ponteng ? - ponteng tolong mak bapak gamaknya.

baguslah adaprogram seperti ini...

GPI said...

Untuk pengetahuan, jumlah murid Asli di SKSV Tahun 1 - 6 terkini ialah seramai 100 org.

Kami juga sangat bertuah kerana mendapat khidmat seorang GURU TERLATIH dari kalangan mereka.

DUN Behrang 2020 said...

OOO...sampai hatiiiii...uwaaaaaaaaa!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin