Showing posts with label murid asli. Show all posts
Showing posts with label murid asli. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Murid Asli


Program Motivasi Murid Orang Asli

Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 11.00 hingga 12.30 tgh
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 80 orang Murid Asli tahun 1 - 5


Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama Unit HEM SKSV (bahagian Murid Asli) telah berjaya mengadakan program motivasi khusus untuk Murid Asli. Program ini melibatkan seramai 80 pelajar terdiri dari kelas Tahun 1 hingga 5.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan ransangan, galakan dan motivasi kepada pelajar Asli supaya hadir ke sekolah dan tidak ponteng. Ini juga selaras dengan satu program khas sekolah ' Program : Meningkatkan Peratus Lulus Subjek UPSR bagi Murid Asli'

Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 pagi.
Slot diisi dengan rangkaian 3 guru yang terbabit iaitu : 1. En. Shariffuddin 2. En. Zakaria 3. En. Redza
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menawarkan hadiah khas untuk Murid Asli terbaik bagi setiap kelas untuk PKSR1 yang akan bermula 14 mei ini.

Program ini amat berguna dan memberikan galakan kepada murid-murid untuk hadir setiap hari ke sekolah dan juga menjawab soalan peperiksaan PKSR 1.

Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran murid Asli SKSV.





Sunday, January 25, 2009

Program Bersama Ibubapa Asli

Program: Bersama Ibubapa Murid Asli SKSV
Tarikh: 22 Jan. 2009 (Khamis)
Masa: 12.30 tgh



1. En Redza A/L Ahmad sedang menyampaikan ucapan dalam bahasa Semai
2. Antara kaum ibu yang sudi meluangkan masa hadir ke SKSV
3. Pimpinan tertinggi di SKSV
4. Tok Batin Kg. Pisang (Rasau) berseluar cerah ada mengemukakan masalah pengangkutan. Jam 4 AM bas sudah datang... awal.. SANGAT AWAL! Manakala En. Karim (berbaju merah) meminta adakan dialog sebegini lagi, melibatkan JHEOA.. dan agensi kerajaan lain.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin