Tuesday, May 19, 2009

Ringkasan Hari ini..

Salam, pagi ini murid SKSV telah menyambung kembali menduduki PKSR 1. Khamis lepas adalah hari untuk ujian subjek tertentu seperti Muzik, PSV dan Kemahiran Hidup. Kertas Ujian kali ini sebahagiannya dibeli dari MGB Daerah Batang Padang. Semua guru memasuki kelas mengikut jadual pengawasan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Peperiksaan.

Hari ini, pihak sekolah menerima Kek Hari Guru dan minuman ringan (sumbangan Pengusaha Kantin SKSV) Terima kasih diucapkan.

PTK ? Bagaimana dengan keputusan anda? Untuk calon-calon di SKSV, hingga ke hari ini penulis belum mendengar mana-mana guru yang berjaya mendapat keputusan penuh 4 & 4. Namun, ada juga yang mendapat 4 pada satu kertas sahaja dan 2 @ 3 pada kertas yang lain..
Antaranya: Cikgu Azian, Cikgu Redza, Cikgu Yusry, Cikgu Noredah.
Ada juga dialog yang sempat didengari semalam..
Selagi ada PTK.. selagi itulah aku akan jadi calonnya.. jangan mimpilah nak dapat 4 & 4!

Kepada yang berjaya.. TAHNIAH! kepada yang 'belum' berjaya.. kita teruskan perjuangan kita... hingga ke titisan darah yang terakhir..Insya Allah.


2 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Antara dialog2 yg biasa didengari...

Ada yg nak daftar siap2 sblm result keluar...camner tu?

GPI said...

tadi ada taklimat PTK Ogos 09..

Banyak perubahan kali ini. Ada yg tak layak duduki Ogos, ada yg kena pi 'Pemulihan PTK' Oktober @ Disember.

Ada ura2 tak boleh ambil 1 paper. Mesti dua paper.

Mcm2 pula perubahan. Adakah ini ke arah kebaikan? atau lebih menyusahkan lagi guru?

NUTP? Di manakah anda? Inikah yg anda cadangkan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin