Monday, November 30, 2009

Ahli baru warga SKSV...



GPI SKSV ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan En. Syamsul & Pn. Nafizah atas kelahiran anak kedua mereka pada Hari Raya Aidil Adha 1430H jam 6.45PM di Hosp. Slim River Perak. Semoga dengan kehadiran cahayamata ini menambahkan lagi seri kehidupan sehari-harian..

Tuesday, November 24, 2009

Lawatan Ke Pantai Timur




Alhamdulillah pada 13-15 Nov. yang lalu, Penyelaras Lawatan SKSV telah berjaya mengadakan satu lagi Lawatan Sambil Belajar. Seramai 32 orang peserta, yang majoritinya terdiri daripada murid Tahun 6 manakala selebihnya Tahun 3, 4 dan 5.


Bas bertolak dari sekolah yang tercinta pada jam 12.15PM Jumaat dengan diiringi oleh sebuah van kepunyaan Cikgu Noredah.

Kami melalui jalan Grik - Jeli - Rantau Panjang - Kubang Kerian - Tawang untuk sampai ke destinasi penginapan kami yang pertama. Perjalanan yang mengambil masa hampir 10 jam sangat menyeronokkan (dan juga memenatkan). Bas singgah beberapa kali untuk tujuan wajib. Antara: makan tengahari di RnR Tasik Raban, mengisi minyak di Pekan Grik, berehat sebentar di Puncak Banjaran, Kedai Barangan Bukit Bunga dan sampai di Kg. Pauh Sembilan, Bachok pada jam 10.00 mlm.

Setibanya di rumah penginapan (milik seorang guru SKSV) kami dijamu dengan nasi dan lauk-lauk yang sangat enak. Mungkin agak lewat untuk kami menikmati makan malam namun semua peserta rombongan menjamu selera dengan penuh semangat.

Selesai khidmat diri dan Solat Jamak Takhir, semua peserta berehat dan tidur awal setelah mengharungi perjalanan yang panjang siang tadi.

Sabtu 14 Nov. 2009

Seawal jam 7.30AM semua peserta menikmati sarapan di rumah penginapan. Jutaan terima kasih kepada Usth Mina kerana menyediakan tempat penginapan untuk kami. Kira-kira jam 8.00AM kami memulakan perjalanan hari kedua. Destinasi kami seterusnya ialah Cik Minah Songket dan Batik. Lawatan sambil belajar cara-cara menenun songket. Selepas itu, bas singgah di gerai menjual pakaian sekitar Pantai Cahaya Bulan. Ramai peserta tidak melepaskan peluang membeli pakaian yang bermotifkan Kelantan, batik dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Kami sempat bergambar di tepian Pantai Cahaya Bulan sebagai kenangan.

Bas kami berhenti di hadapan Muzium berhampiran Pasar Buluh Kubu bagi memberi peluang kepada para guru meninjau barangan keperluan di pasar Siti Khadijah. Kami berada di situ sehingga melewati jam 12.00PM sambil menunggu makanan tengahari yang dibungkus oleh pihak penaja. (dalam bas itu juga telah dibekalkan makanan jam 10.00AM)

Destinasi kami seterusnya ialah Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3-4 jam. Kami singgah Solat Jamak Taqdim dan makan tengahari di Masjid Permaisuri, Setiu, Terengganu. Bas meneruskan perjalanan menuju ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu dan tiba kira-kira jam 4.45PM. Kami memasuki taman berkenaan pada jam 5.00PM dan keluar sejam setengah kemudian. Kelihatan para peserta sungguh berminat dengan 21 monumen yang dibina dalam taman tersebut. Nyata 90 minit yang dperuntukkan tidak mencukupi buat mereka.

Kami mengambil peluang untuk menunaikan Solat fardhu Maghrib di Masjid Kristal yang terletak di kawasan berhampiran. Kemudian, kami (para peserta) menunaikan Fardhu Isya' (Qasar) di bahagian belakang dewan Masjid Kristal bersama sekumpulan pelancong lain.

Kenderaan kami keluar dari kawasan Taman Tamadun Islam untuk ke chalet penginapan di pantai Batu Buruk. Di sana kami menyewa dua buah rumah (untuk lelaki dan perempuan). Makan malam itu juga kami tempah dari pengusaha chalet berkenaan.

Chalet lelaki mempunyai 4 bilik, yang mana dua buah bilik yang besar diperuntukkan kepada murid lelaki dan dua buah bilik yang bersaiz kecil untuk guru pengiring serta pemandu bas.

Jam 9.30PM selepas menikmati makan malam, para peserta dibawa bersiar-siar (berjalan kaki) ke Pantai Batu Buruk, Taman Awam dan Medan Selera Batu Buruk. Selepas itu semua peserta kembali ke penginapan dan tidur dengan selesa.

Ahad 15 Nov. 2009

Pagi ini kami menikmati sarapan di Pasar Payang Kuala Terengganu. Menu biasa ialah Nasi Lemak dan teh tarik. Selepas itu kami menjelajah bahagian bawah pasar, yang mana ada menjual keropok dan produk berkaitan.

Selepas itu, kami melawat @ memanjat Bukit Puteri. Ianya adalah salah satu tempat bersejarah di bawah seliaan Jabatan Muzium Terengganu. Selepas itu kami singgah bergambar di Waterfront @ Depan Air. Apa yang menarik di situ? TANDAS EKSLUSIF.

Kami menyambung lawatan pada hari terakhir ke Muzium Terengganu dan Gerai Keropok Losong Kak Yah. Solat Zohor dan Asar kami taqdimkan di Masjid Terapung Tunku Zaharah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Marang untuk membeli keropok di Kedai 008 yang dikatakan terkenal.

Jam 5.00 PM kami singgah untuk makan di Gerai makan bersebelahan Stesen Bas Chukai, Terengganu. Kelam kabut tuan kedai menyediakan makanan untuk satu bas. Jumlah yang beliau perolehi hampir RM200.00. Di kawasan Cherating, kami singgah lagi. Penyelaras rombongan ingin membeli baju cenderahati untuk semua peserta rombongan. Sudah menjadi tradisi beliau, setiap kali rombongan jarak jauh beliau akan membelikan baju tanda kenangan.

Bas kami meneruskan perjalanan pulang memasuki Lebuhraya Pantai Timur. Kira-kira jam 8.45PM kami singgah di RnR Temerloh untuk bertukar pakaian dan solat jamak. Itulah persinggahan kami yang terakhir.

Kurang 10 minit ke 12.OOAM kami sampai di Tol Tg. Malim dan seorang guru turun di situ. Bas tiba di SKSV melewati 12.30AM dan semua peserta sampai ke rumah dengan selamatnya.

*****

Jutaan syukur kepada Allah kerana sepanjang perjalanan di Pantai Timur, kami tidak terganggu dengan ancaman hujan atau banjir. Bas kami juga tidak menghadapi sebarang masalah besar. Semoga lawatan ini memberi 1001 pengajaran bermakna untuk semua peserta.





Thursday, November 19, 2009

UPSR 2009.. Tahniah!


ucaplah Alhamdulillah.. Syukur kita kepada Allah.. (nyanyi mcm dalam klip)

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Esa...
Atas izinNya.. berkat doa semua pihak dimakbulkan olehNya dengan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2009 seramai 5 orang telah mendapat 5A daripada 67 orang calon yang menduduki UPSR , 2 orang mendapat 4A , dan 7 orang mendapat 3A.

Terima Kasih & Tahniah buat guru2 yang bertungkus lumus & tidak jemu mendidik anak2 hingga berjaya. Mereka yang mendapat 5A ialah:

1. Nurul Izzati Badiuzzaman
2. Nor Izzati Abd Latif
3. Laila Mahsuri Ahmad Termizi
4. Nor Aqilah Azian
5. Nur Aisyah Hyder Syah.

Sementara itu 2 orang telah mendapat 4A 1B iaitu Ros Aidil Zainuddin dan Syadiyah Irdina manakala yang mendapat 3A..

1. Farhiah Mohamed Basri
2. Mohd Farra Reza Abu Kari
3. Ezzah Syamimi Roslan
4. Siti Nor Zulaikha Samuwi
5. Siti Wardah Ramli
6. Siti Khadijah Rustam
7. Nor Hidayah Johary

* Buat julung kali dalam sejarah SKSV mendapat calon paling ramai 5A iaitu 5 orang.

dan juga buat pertama kali dalam sejarah SKSV berjaya menghasilkan seorang murid Asli lulus 5 MP. Beliau ialah: Floranikanee A/P Taisin

TAHNIAH kepada semua yang berjaya!!
TAHNIAH buat warga pendidik SKSV..
Tahniah juga buat semua...
Kejayaan mereka.. kejayaan kita..

Antara Harapan UPSR...

Berikut beberapa nama yang penulis harapkan (secara peribadi) dapat memperolehi keputusan UPSR yang memberangsangkan esok..


1. NUR IZZATI BT. ABD. LATIFF
2. NURUL IZZATI BT. BADIUZZAMAN
3. FARHIAH BT. MOHAMED BASRI
4. SYADIYAH IRDINA BT. SHAHRUL
5. NUR AQILAH BT. AZIAN
6. ROS AIDIL B. ZAINUDDIN
7. MUHAMMAD NAQIYUDDIN B. M. TABARANI
8. LAILA MAHSURI BT. AHMAD TARMIZI
9. NUR AISYAH BT. HYDER SYAH
10. MOHAMAD FIRDAUS AZRI B. SAFRI
11. MOHAMMAD ANWAR B. HABEEB RAHMAN
12. SITI KHADIJAH BT. ROSTAM
13. ZURAINI BT. MOHD NAZRI
14. NURHIDAYAH BT. JOHARI
15. EZZAH SHAMIMI BT. ROSLAN

atau mungkin berlaku kejutan, nama yang tidak tersenarai pula akan muncul sebagai pelajar terbaik UPSR 2009.. siapa tahu? Hanya Allah yang tahu...

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

18 Nov, Rabu - Hari ini, bertempat di Dewan SK Slim Village, telah berlangsungnya Sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2009 dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Basri B. Hashim YDP PIBG SK Slim Village.

Aturcara majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa pada pukul 8.30 pagi. Pengacara Majlis bertugas pada hari ini tidak lain dan tidak bukan, En. Zakaria Abdullah Sani bergandingan dengan Pn. Nurul Huda Mansor.

Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Us. Shariffuddin Bin Ahmad. Seterusnya ucapan wakil Guru Besar (Pn. Zaharah Bt. Saaid selaku Guru Pen. Kanan 1) dan kemudiannya ucapan perasmian berlangsung. Guru Besar SKSV tidak dapat menghadirkan diri atas urusan keluarga.

Persembahan Khas daripada Johan Azan Negeri Perak, adik Husin Abu Bakar dari kelas Pend. Khas dibawah bimbingan Us. Mohd Farhan Samsuddin.

Setelah selesai semua ucapan tetamu jemputan, beberapa persembahan yang bertemakan Satu Malaysia telah dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6. Mereka telah mempersembahkan satu koir yang menarik di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Cikgu Fadzyan Helmy Zulkifli. Di samping itu, persembahan Tarian Sewang oleh murid Asli turut diadakan di bawah seliaan Cikgu Redza Ahmad.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian sijil untuk pelajar-pelajar Prasekolah bersempena Hari Graduasi mereka.

Apabila tamat penyampaian sijil-sijil tersebut, penyampaian hadiah-hadiah kepada murid-murid cemerlang pada PKSR2 pula menyusul.

Acara kemuncak majlis adalah penganugerahan Tokoh Akademik Sekolah dan juga Tokoh Ko Kurikulum Sekolah. Anugerah Tokoh Akademik 2009 pada tahun ini telah menobatkan Adik Farhiah Bt. Mohamed Basri sebagai pemenangnya manakalah Tokoh Ko Kurikulum 2009 pula disandang oleh Adik Mohd Amirul Sufian B. Mohd Shahudi. Untuk makluman, adik Amirul adalah pemain bolasepak Bawah 12 Daerah Batang Padang dan pernah menerima Anugerah Tunas Sukan dari Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang.

Majlis tamat kira-kira jam 11.15 am dan semua tetamu menikmati jamuan ringan yang disediakan sebelum bersurai.

Wednesday, November 11, 2009

Class of '09

Monday, November 9, 2009

Sunday, November 8, 2009

Top 3 PKSR 2 Tahun 2009

Berikut adalah senarai penerima hadiah untuk 'Top 3 PKSR 2 bagi Tahun 2009:

* Majlis Penyampaian Hadiah anjuran Panitia Pendidikan Islam ini akan diadakan pada hari Isnin 9 Nov 2009.

Mata Pelajaran: PENDIDIKAN ISLAM

Tahun 1:

INSON ASNIDA BT. YAHAYA
KHAIRUL FIKRI B. AHMAD RASYID
SITI AMINAH BT. OSMAN

Tahun 2:

NUR HANIM AHMAD RASHID
NUR AFIFAH INSYIRAH M. TABARANI
FAIRUS HUSNA BT. ZAM

Tahun 3:

INSON SURAYA BT. YAHAYA
NUR FARIZATUL ZAFRISHA BT. AHMAD FAZLI
MUHAMMAD SHAFIQ B. MOHD ADAM

Tahun 4:

NURUL JANNAH BT. JAMALUDDIN
ZABARIAH BT. MOHD NAZRI
AHMAD FAIZ ZAFRAN AHMAD FAZLI

Tahun 5:

AMIRUS SYAHIR B. AMIZAN
MOHD FIRDAUS SYAMSUL
AQILAH MOHD BASRI

Tahun 6:

NUR IZZATI BINTI ABDUL LATIF
NURULIZZATI BT BADIUZZAMAN
NUR AQILAH BINTI AZIAN

Mata Pelajaran : JAWI

Tahun 1:

IBTISAM BT. ABD GHANI
KHAIRUL FIKRI B. AHMAD RASYID
SITI AMINAH BT. OSMAN

Tahun 2:

NOR AZIZIR AJDA BT. ZULKARNAIN
NUR AFIFAH INSYIRAH M. TABARANI
NUR HANIM AHMAD RASHID

Tahun 3:

HUSNUL KHOLILAH BT. MOHD RASHID
NOR FARIZATUL ZAFRISHA BT. A. FAZLI
NUR SYAZWANI NAJWA BT. SHAHIDAN

Tahun 4:

NUR AINI BT. ZULKIFLI
NURUL AINA MISHA BT. ABU KARI
AHMAD FAIZ ZAFRAN AHMAD FAZLI

Tahun 5:

AQILAH MOHD BASRI
MOHD FIRDAUS B. SYAMSUL
NOR SYAZWANI BT. SAMRI

Tahun 6:

SYADIYAH IRDINA BINTI SHAHROL
FARHIAH BINTI MOHAMED BASRI
NUR IZZATI BINTI ABDUL LATIF

Mata Pelajaran: BAHASA ARAB

Tahun 1:

NOR AISYAH BT. NASIR
KHAIRUL FIKRI B. AHMAD RASYID
HALIMATUS SAADIAH BT. SHAHRUL NIZAM


Tahun 2:

ROHANA BT. JAMALUDDIN
NUR AFIFAH INSYIRAH M. TABARANI
NUR HANIM AHMAD RASHID

Tahun 3:

INSON SURAYA BT. YAHYA
AMIRUL AIZAT B. ZULKIFLI
NOR FARIZATUL ZAFRISHA BT. AHMAD FAZLI

Tahun 4:

NURUL AINA MISHA BT. ABU KARI
MUHAMAD FIRDAUS B. ZAM
NURAINI BT. ZULKEPLI


~Tahniah kepada semua yang mendapat hadiah...~

Friday, November 6, 2009

Video Johan Azan

Video Johan Azan MTQ Pendidikan Khas 2009 Negeri Perak
Adik Hussin B. Abu Bakar
SK Slim Village



Rakaman video:
kredit kepada Us. Mohd Farhan Samsuddin.

Tuesday, November 3, 2009

Kempen Membaca 1Malaysia



Bersempena Minggu Membaca 1Malaysia, GPI Tahun 6 mengambil inisiatif untuk mengadakan Pertandingan Membaca Buku Cerita Jawi Tertutup untuk murid Tahun 6.

Seramai 5 peserta telah menyahut cabaran membaca buku cerita versi Jawi ini. Mereka ialah:


Nor Khalida Bt. Ariffin


Asmi Hasna Abd. Rani

Mohd Hadi Islam B. Hamizon.



Siti Aisyah Bt. Mad Hanim


Mohd Faris Irwan Mohd Farid



Pertandingan yang diadakan di Pusat Sumber SKSV ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Hadiah disampaikan kepada para pemenang pada hari yang sama.

E-Pelaporan jQAF

Perhatian kepada Semua Guru Besar sekolah j-QAF

Diminta semua guru data j-QAF setiap sekolah hadir menghantar data yang telah dikemas kini untuk 6 bulan kedua pada seperti butiran berikut:-


Tarikh : 5.11.2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan PPD Batang Padang
Keperluan :
1.disket/cd data yang telah disimpan

2. Laptop
3. Buku Despatch (surat tidak dikeluarkan)

Penghantaran Data j-QAF adalah wajib. Sila ambil perhatian.

Terima kasih.


Monday, November 2, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform




2 NOV. Slim River - Pada 30 Okt. hingga 1 Nov. yang lalu, Unit Beruniform SK Slim Village telah mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Padang Sekolah SKSV . Seramai 51 orang murid terdiri dari ahli Pengakap, PBSM, TKRS dan Puteri Islam telah berkampung di sini selama tiga hari dua malam.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya Cekal Diri, Masakan Rimba, Malam Kebudayaan, Pertandingan Kawad Kaki dan lain-lain lagi.

Perkhemahan ini turut disertai oleh 30 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya dari Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang dibawah seliaan Pn. Normala Abdullah.

Penyelaras Perkhemahan Perdana ini, Cikgu Samsul Zainal Abidin berkata, beliau sangat bersyukur kerana perkhemahan yang dirancang sekian lama ini berlangsung dengan jaya akhir. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sanggup meluangkan masa datang ke sekolah menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan, Panitia Pendidikan Islam telah diberikan tugas untuk mengendalikan Solat Fardhu Berjemaah dan juga Tazkirah / Bacaan Kalam Suci semasa perkhemahan ini berlangsung.

Berikutan, SKSV telah mengambil Cuti Peristiwa pada hari Isnin 2 Nov. 2009.

(Di sebelah atas telah dipaparkan sebahagian gambar pada hari kedua perkhemahan tersebut.)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin