Showing posts with label kertas kerja. Show all posts
Showing posts with label kertas kerja. Show all posts

Friday, November 7, 2008

Himpunan Kertas Kerja

Al-Kisah: Khamis... seorang guru dtg membawa sehelai kertas.. meminta semua KP mengisikan maklumat semua program yang telah dijalankan oleh Panitia masing-masing dalam tahun 2008. Bila cikgu tu datang pada penulis.. penulis 'divert' kan nya pada KP Pend. Islam (penulis sekadar SU yang menurut perintah..)

Ingatkan dah selesai la.. balik je rumah.. dapat pula SMS dari KP...

SMS 1.. "Salam.. maaf ganggu.. td cikgu X kata GB nak semua kertas kerja program agama tahun ini dans enaraikan apa yang telah dibuat tapi tanpa kertas kerja, cuma pamplet..."

SMS 2... "Yang kita dah buat, Minggu Semarak Jawi, Sambutan & Pamplet Isra Maikraj, Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Bacaan Yasin Perdana & So0lat Hajat UPSR dan lain-lain lagi.. tolong print dan bawa esok"

SMS 3... "ada satu lagi.. Kem Ibadah Tahun 6"

Pagi ni dengan kebenaran Guru Pemulihan, penulis menebalkan muka untuk tumpang print (dengan izin) Himpunan Kertas Kerja sepanjang tahun..juga beberapa Laporan aktiviti serta laporan bergambar yang sempat penulis sediakan.. Jenuh juga mencarinya dalam folder-folder komputer di rumah tu.. SEARCH...


Mujurlah ada tempat yang sudi memberi kerjasama untuk urusan cetak mencetak ni.. agaknya bagaimana senario di sekolah-sekolah lain? adakah mudah dalam urusan cetak-mencetak ini?

Jadinya.. baru sebentar tadi.. telah selesai urusan-urusan berkenaan..

* Kredit pada En. Roslan Mohd Noor (Guru Pemulihan SKSV) atas kerjasama yang diberikan.


Monday, August 4, 2008

Koleksi Soalan Ujian / Peperiksaan




Kepada semua pelawat blog yang ingin mencari contoh soalan ujian & peperiksaan, di sini ada beberapa kertas soalan untuk rujukan kita semua.. mana yang baik... jadikan teladan, mana yang buruk.. tak payah amik... buang aje... :)


Untuk link sebenar, sila skrol ke bawah.. penjuru kanan..

Tuesday, June 17, 2008

Contoh Kertas Kerja

Penulis cuba untuk berkongsi contoh kertas kerja Kem Ibadah yang akan dilaksanakan di sekolah pada hujung minggu ini. Jika ada kesilapan, sememangnya kelemahan penulis. Itupun diceduk dari beberapa kertas kerja kawan-kawan. Harap maaf.

Saturday, June 7, 2008

Pentingkah Kertas Kerja?

Kertas kerja sama pentingnya dengan orang yang menulis kertas kerja dan orang yang melaksanakan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu.Tidak kurang pentingnya orang yang mengajukan kertas kerja itu kepada pihak penaja.
Saya ingin bertanya kepada saudara/ri pembaca sama ada saudara/ri pembaca percaya kepada seseorang yang memohon sumbangan daripada saudara bernilai beribu-ribu ringgit hanya dengan menulis sepucuk surat?


Ini wang saudara. Saudara perlu tahu ke mana wang itu dibelanjakan atau disalurkan.Apatah lagi kalau wang kerajaan,syarikat dan badan-badan korporat yang melibatkan audit. Di sinilah pentingnya kertas kerja.

Fungsi kertas kerja ialah untuk meyakinkan penaja menghulurkan sumbangan atau bantuan kepada kita. Penaja berhak tahu sejauh manakah syarikatnya atau agensinya boleh ditonjolkan daripada program yang dibuat. Mereka tak mintalah,tetapi kitalah yang kena faham.

Sebab itu kertas kerja mesti mengandungi objektif, bukan sekadar matlamat yang umum. Di samping itu mesti ada tarikh pelaksanaan, tempat, target sasaran, jumlah penyertaan dan anggaran perbelanjaan.
Anggaran pendapatan dengan sumbernya sekali dan ke mana ia dibelanjakan mesti ditulis dengan terperinci dan jujur.

Jika keuntungan dipentingkan dalam program itu, baki terakhir mesti ditunjukkan. Dari sinilah penaja dengan mudah membuat pertimbangan. Dari sinilah juga pihak penaja akan buat keputusan tentang jumlah yang ia dapat sumbangkan.


Hakcipta Abd Bashid Harun

*semoga petikan dari blog ini dapat difikirkan bersama. Maaf kepada Us. Bashid kerana mengambil dari blognya tanpa izin, untuk kepentingan pendidikan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin