KLANG, 28 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melalui pendidikan Islam di peringkat awal akan mampu melahirkan generasi Islam yang kukuh akidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya.
Baginda bertitah, oleh itu sistem pendidikan Islam di negeri ini perlu dipertahankan dan dipertingkatkan ke arah memenuhi hasrat negeri dan negara pada masa hadapan.
"Beta percaya al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.
"Dengan memahami al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup," titah baginda yang dipetik Bernama pada majlis perasmian nama baru Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah Klang yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini.
SRAI Tengku Ampuan Fatimah siap dibina pada 7 Jun 2004 dengan kos RM6.66 juta dan kini mempunya 56 guru dan 777 murid.
Sultan Sharafuddin mahu para guru menjaga identiti, integriti diri dan sentiasa menjadi model kepada pelajar selain sentiasa meningkatkan daya saing, kecekapan, inovasi, kreativiti dan produktiviti.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ekoran permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), jabatan itu terpaksa menjalankan saringan atau peperiksaan bagi kemasukan ke Darjah Satu.
Sehubungan itu, JAIS merancang untuk menambah bilangan SRAI, khususnya di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu. Kini terdapat 10 buah SRAI di Selangor.
SRAI ialah satu konsep pendidikan sekolah rendah yang seimbang dan bersepadu melalui penyelarasan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS dengan matlamat melahirkan murid yang kukuh pegangan akidah, soleh, berakhlak dalam kehidupan, tinggi penguasaan bahasa, berbudaya dengan peradaban murni dan menguasai sains dan teknologi.-dipetik dari sebuah akhbar online tersohor.

No comments:
Post a Comment