Showing posts with label Panitia Pend Islam. Show all posts
Showing posts with label Panitia Pend Islam. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Tajuk: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Semua Guru SKSV

Tarikh/Hari:27 Mac 2009 / Jumaat

Masa: 7.30 am -10.45 am

Tempat: Dewan SK Slim Village & sekitar Kampung Sawa

Kumpulan Sasaran: Murid Islam SKSV dan semua Guru Islam

PENDAHULUAN :

Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu program iaitu Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Program ini bertujuan untuk mengingatkan kita kepada peranan besar yang dimainkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan syiar Islam. Selain itu, ia juga untuk mengingatkan kita kelebihan bulan Rabiul Awal serta fadhilat yang diganjarkan kepada kita.

Semuanya telah bersedia untuk memulakan perarakan.. Murid Tahun 6 bergandingan dengan murid Tahun 1, Murid Tahun 5 pula, mengapit murid Tahun2. Manakala murid tahun 4 bergandingan dengan murid tahun 3.




A: Bacaan Selawat dengan semangatnya dialunkan oleh Cikgu Fadzyan.
B: Murid-murid pula merujuk pada kertas selawat.
C: Bila nak jalan ni? dah lama 'panaskan enjin' ni..
D: Kumpulan murid tahun 4 sedang melintasi rumah-rumah di Kampung Sawa


Suasana semasa sedang berjalan mengelilingi Kampung Sawa..
Awas! Ada periuk api...



A-C: Sudah kembali semula ke kawasan sekolah..
D: 2 murid terpilih meneruskan Bacaan Selawat. Mohd Firdaus Azri dan Mohd Naqiyuddin


A-C: Di dalam dewan, untuk menyaksikan beberapa persembahan menarik
D: Pengacara majlis, Cikgu Zack. Beliau turut menyampaikan beberapa cerita menarik berkaitan peristiwa Kelahiran Nabi


A: Johan Bacaan Rawi membuat persembahan..
Al-Jannatu wa naiemmuha sa'dul liman yusolli wa yusallim.... (Allah..)
C: Jurukamera bertugas.



Segmen berikutnya: Pertandingan Azan.
A: Peserta giliran 1, yang juga merupakan Johan Pertandingan Azan. Adik Hussin B. Abu Bakar dari Kelas Pendidikan Khas. Beliau mendapat 81 markah. Di sini beliau ialah Guru Pendidikan Khas (Ustaz Farhan)
B: Mohd Raizil Haidie B. Shamsuddin (peserta giliran ke 4, mendapat markah sebanyak 55.5 )
C: Mohd Fathurrahman Johary (peserta giliran ke 9 , markah diperolehi sebanyak 69.5)




Hasil kerja guru & murid semasa aktiviti petang Rabu baru-baru ini.
Keputusannya, adalah seperti berikut:
Johan: Puteri Islam
Naib Johan: PBSM
Ketiga: Tunas Kadet Remaja Sekolah
Keempat: Pengakap
*keputusan hakim adalah muktamad.


Persembahan terakhir untuk hari ini. Kumpulan Nasyid SKSV yang dinamakan Soutul Mawaddah

Penutup:
Semoga dengan adanya Program SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H PERINGKAT SEKOLAH 2009 ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua murid dan warga S.K.S.V di dunia dan akhirat.
Semoga penganjuran pada masa akan datang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.


Monday, December 8, 2008

Wednesday, July 30, 2008

Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat SKSV

TERKINI!

Panitia Agama Islam akan menganjurkan sambutan Isra' dan Mikraj sebagaimana berikut :
  • Tarikh : 01 Ogos 2008
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 10.50 pagi - 12.20 tgh
  • Tempat : Dewan SKSV
Acara yang dicadangkan pula ialah :
  • Ceramah / Persembahan Power Point berkaitan Isra' Mikraj
  • Kuiz & Soal jawab

Thursday, July 10, 2008

30 minit pertama untuk Aktiviti Kerohanian

SKSV telah mengkhususkan 30 minit pertama pada setiap hari Jumaat untuk Aktiviti Kerohanian . Ini adalah melibatkan semua murid Islam Tahun 1-6.

Bagi murid Tahun 1 - 4, aktiviti dijalankan di kelas masing-masing. Antara contoh pengisian ialah, semakan Bacaan Dalam Solat, Hafazan Surah Lazim, Nasyid Asma'ul Husna, Ayat Kursi, dan Perkara Asas Fardhu Ain.
Untuk Murid Tahun 5-6, Bacaan Surah Yasin diadakan di Surau An-Nur, seterusnya murid Tahun 6 akan mendirikan solat Hajat yang dipimpin secara bergilir oleh dua orang guru lelaki SKSV.

Diharapkan semoga keberkatan ibadat akan diganjar Ilahi.

Wednesday, May 21, 2008

Salam Ukhuwwah dari penulis..

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sudi memberi komen, nasihat, teguran dan sebagainya. Penulis amat mengalu-alukan sebarang nasihat penambahbaikan blog ini dari masa ke semasa.

Juga pada blog-blog lain yang sudi merangkaikan blog ini pada blog kalian. Jazakallhu Khairan Kathira.

Adapun tujuan pembinaan blog ini pada asalnya adalah sebagai memenuhi syarat satu bengkel pembinaan blog yang diadakan pada pertengahan April yang lalu (rujuk posting 14 April 2008). Bagi meneruskan laman blog yang sudah terbina, penulis mula memikirkan akan halatuju blog ini. Adakah penulis layak untuk meneruskannya sebagai Blog Panitia Pendidikan Islam SKSV atau sekadar title blog yang 'tidak serupa bikin'.

Hasilnya, seperti mana yang anda tatapi sekarang.. Penulis belum fokus pada sesuatu tajuk. Sebaliknya, penulis akan menghantar 'posting' yang bercampur-campur seperti berikut:
1. difikirkan sesuai dengan dunia Pendidikan
2. yang ada hubungkait dengan Panitia Pendidikan Islam
3. yang dirasakan isu penting dalam masalah Umat Islam
4. khutbah mingguan
5. keratan akhbar yang sesuai dengan hal semasa
6. tulisan @ karya blogger lain yang menarik untuk dikongsi bersama
7. maklumat umum berkaitan SKSV
8. dan lain-lain...

Oleh yang demikian, diharapkan apa yang dipersembahkan ini membawa 1001 faedah buat penulis khususnya dan pembaca amnya.. baik untuk GPI (+ jQAF) seluruh negara dan guru-guru lain serta sesiapa sahaja yang singgah menjengok di blog ini.

Akhir kalam, moga dengan wujudnya blog sedemikian akan mencambahkan perkongsian pintar antara GPI seluruh negara seterusnya memantapkan kerjaya sebagai muallim & daie walau di mana jua kita berkhidmat.

Sebarang cadangan boleh ditinggalkan pada 'shoutbox' yang tersedia atau emailkan pada nawfal_07@yahoo.com.

Ma'as salamah

Thursday, May 8, 2008

Panitia: SENARAI TUGASAN

KETUA PANITIA


1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP) setiap tahun.

2. Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.

3. Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.

4. Membuat sasaran peratusan kelulusan.

5. Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.

6. Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.

7. Mempengerusikan mesyuarat panatia.

8. Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.

9. Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.

10. Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panatia.





SETIAUSAHA PANITIA

1. Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2. Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
3. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
4. Menyelenggarakan fail-fail panatia, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
5. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panatia atau mewakili ketua panitia Pendidikan Islam bila diperlukan


BENDAHARI PANATIA

1. Mengendalikan kewangan panatia.

2. Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.

3. Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun.

4. Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.



AHLI-AHLI PANITIA

1. Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia.

2. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan Agama Islam.

3. Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh
Panitia.

4. Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.

5. Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia
sebelum menyediakan kertas soalan.

6. Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.

7. Merekodkan merkah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan.

8. Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.

9. Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.

10. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau negeri) bila diwajibkan.

Wednesday, May 7, 2008

Panitia: Tujuan

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk Panitia Pendidikan Islam bagi pencapaian matlamtnya :

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Islam dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.

Panitia : STRUKTUR DAN ORGANISASI

1. Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru-guru beragama Islam.

2. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

3. Ketua Panatia Pendidikan Islam secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.

4. Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia
kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

Panitia: Pendahuluan

Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi Guru Pendidikan Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian Guru Pendidikan Islam berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar

Friday, May 2, 2008

Khutbah 2 Mei 2008

NAJIS RASUAH MENGUGAT INTEGRITI PENGURUSAN
klik di sini...

Monday, April 28, 2008

Pendidikan Islam mampu lahirkan generasi kukuh akidah

KLANG, 28 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melalui pendidikan Islam di peringkat awal akan mampu melahirkan generasi Islam yang kukuh akidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya.
Baginda bertitah, oleh itu sistem pendidikan Islam di negeri ini perlu dipertahankan dan dipertingkatkan ke arah memenuhi hasrat negeri dan negara pada masa hadapan.
"Beta percaya al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.
"Dengan memahami al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup," titah baginda yang dipetik Bernama pada majlis perasmian nama baru Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah Klang yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini.
SRAI Tengku Ampuan Fatimah siap dibina pada 7 Jun 2004 dengan kos RM6.66 juta dan kini mempunya 56 guru dan 777 murid.
Sultan Sharafuddin mahu para guru menjaga identiti, integriti diri dan sentiasa menjadi model kepada pelajar selain sentiasa meningkatkan daya saing, kecekapan, inovasi, kreativiti dan produktiviti.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ekoran permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), jabatan itu terpaksa menjalankan saringan atau peperiksaan bagi kemasukan ke Darjah Satu.
Sehubungan itu, JAIS merancang untuk menambah bilangan SRAI, khususnya di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu. Kini terdapat 10 buah SRAI di Selangor.
SRAI ialah satu konsep pendidikan sekolah rendah yang seimbang dan bersepadu melalui penyelarasan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS dengan matlamat melahirkan murid yang kukuh pegangan akidah, soleh, berakhlak dalam kehidupan, tinggi penguasaan bahasa, berbudaya dengan peradaban murni dan menguasai sains dan teknologi.-dipetik dari sebuah akhbar online tersohor.

Tuesday, April 22, 2008

2 hari berlalu.. 3 hari berbaki...

Hari ini masuk hari kedua Program Pemantauan Nazir secara besar-besaran di SKSV. Tidak terkecuali semua GPI (include jQAF) dipantau secara berjadual.. Pada awal pagi, semua KP dipanggil untuk majlis Taaruf ringkas. Setiap nazir ditugaskan dalam satu bidang khas mengikut kepakaran masing-masing.

Hari Isnin giliran saya dan Pn. RCD dipantau oleh Tuan Nazir Bahagian Agama Islam (Ustaz Nawawi) dengan cara mengejut. Untuk penulis, semuanya berjalan seperti biasa (mengajar tanpa BBM seperti waktu praktikum). Yang lebihnya bermodalkan air liur dan buku teks.

Selasa: penulis dipantau lagi. Kali ini dari Nazir bahagian PRA kerana mmg dalam jadual ada AGAMA untuk PRA 2 jam seminggu. Faham-faham aje lah kalau mengajar PRA, budak-budak bukan boleh diam lebih dari 20 minit. Oleh itu, terpaksalah kita sediakan pelbagai kegiatan yang difikirkan sesuai. (kdg2 idea kita x sesuai jugak..)

Jam 1130 pagi, Nazir Agama minta 10 murid tahun 6 berkumpul di surau untuk diuji dari segi PAFA nya... Apalah nasib 10 murid itu? Muslim, Najib, Zul, Nasha dan Haziq untuk kuota lelaki.
Hasanah, Syakila, Farrah, Ain dan Suhaiza untuk kuota perempuan. SEMOGA BERJAYA!

Sebelum pulang, penulis diminta menunggu di MKS untuk "bertanya khabar" apa-apa yang berkaitan. Pertemuan berlangsung hampir 30minit.

Itu sahaja dari saya, walaupun sebenarnya banyak lagi kisah2 menarik (dan tidak menarik) yang didengari daripada sahabat-sahabat lain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin