Sari Berita Penting:
Ahli Baru di SKSV, Lawatan Nazir, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Bacaan Yasin Perdana.
1. Seorang Guru Pendidikan Islam SKSV telah selamat melahirkan cahayamata kelimanya pada hari Sabtu 21 Ogos 2010. Semoga kelahiran putera yang diberi nama Imad Syariffuddin ini akan membawa 1001 keberkatan buat keluarga Ustazah. Dengan bercutinya seorang GPI, maka kelas yang melibatkan PnP Pend Islam akan digabungkan berdasarkan bilangan murid. Ustazah dijangka akan masuk bertugas semula pada hari Khamis 21 Oktober 2010.
2. Pada hari Isnin 30 Ogos ini, diberitakan seorang Nazir (Opsyen Pendidikan Islam) akan hadir ke SKSV untuk membuat pemantauan. Diharapkan semua GPI bersedia dan mengemaskini apa saja yang berkaitan.
3. Majlis Penutup Ihya Ramadhan dijadualkan berlangsung pada hari Rabu 1 September 2010. Mengikut perancangan, majlis ini akan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Di antara pengisian program ialah; Bacaan Ayat Suci Al-Quran dari adik Mohd Hariz Imran B. Hamizon, Khatam Al-Quran, Kuiz Ramadan Siri 2, Penyampaian Hadiah dan Penyampaian Sumbangan untuk Murid Anak Yatim dan Miskin.
4. Bacaan Yasin Perdana akan berlangsung pada hari Khamis 2 September. Masa yang ditetapkan olah mulai jam 3.30 petang sehingga waktu Asar.
Showing posts with label Nazir. Show all posts
Showing posts with label Nazir. Show all posts
Friday, August 27, 2010
Tuesday, April 22, 2008
2 hari berlalu.. 3 hari berbaki...
Hari ini masuk hari kedua Program Pemantauan Nazir secara besar-besaran di SKSV. Tidak terkecuali semua GPI (include jQAF) dipantau secara berjadual.. Pada awal pagi, semua KP dipanggil untuk majlis Taaruf ringkas. Setiap nazir ditugaskan dalam satu bidang khas mengikut kepakaran masing-masing.
Hari Isnin giliran saya dan Pn. RCD dipantau oleh Tuan Nazir Bahagian Agama Islam (Ustaz Nawawi) dengan cara mengejut. Untuk penulis, semuanya berjalan seperti biasa (mengajar tanpa BBM seperti waktu praktikum). Yang lebihnya bermodalkan air liur dan buku teks.
Selasa: penulis dipantau lagi. Kali ini dari Nazir bahagian PRA kerana mmg dalam jadual ada AGAMA untuk PRA 2 jam seminggu. Faham-faham aje lah kalau mengajar PRA, budak-budak bukan boleh diam lebih dari 20 minit. Oleh itu, terpaksalah kita sediakan pelbagai kegiatan yang difikirkan sesuai. (kdg2 idea kita x sesuai jugak..)
Jam 1130 pagi, Nazir Agama minta 10 murid tahun 6 berkumpul di surau untuk diuji dari segi PAFA nya... Apalah nasib 10 murid itu? Muslim, Najib, Zul, Nasha dan Haziq untuk kuota lelaki.
Hasanah, Syakila, Farrah, Ain dan Suhaiza untuk kuota perempuan. SEMOGA BERJAYA!
Sebelum pulang, penulis diminta menunggu di MKS untuk "bertanya khabar" apa-apa yang berkaitan. Pertemuan berlangsung hampir 30minit.
Itu sahaja dari saya, walaupun sebenarnya banyak lagi kisah2 menarik (dan tidak menarik) yang didengari daripada sahabat-sahabat lain.

Thursday, April 17, 2008
Counting down: 3 days to...
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Suasana di sekolah sungguh meriah. Guru-guru dan murid sangat sibuk mengemas dan mencantikkan kawasan-kawasan yang tertentu. Ada guru yang sibuk menampal BBM dan hiasan kelas, ada pula yang sibuk mengemas salinan Sukatan Pelajaran dan HSP, tak kurang juga ada yang mengecat kelas. Semua ini seolah-olah menyambut satu 'fiesta' yang akan bermula pada hari Isnin ini. Tentunya semua tak sabar untuk menanti hari-hari tersebut..
Yang pasti, beberapa orang guru tidak dapat sama-sama merasai hari-hari tersebut. Ada 2 guru yang cuti bersalin, ada pula yang masih cuti sakit dan ada guru yang terpaksa menghadiri Kursus Guru Bestari di IP Ipoh selama 4 minggu mulai Isnin ini.
Penulis harap semuanya berjalan dengan aman dan lancar, dan 5 hari yang akan dilalui pada minggu hadapan pastinya akan memberi kenangan (pahit? manis?) buat para guru di SKSV...

Tuesday, April 15, 2008
Lawatan Pemantauan Nazir

SK Slim Village akan dikunjungi Jemaah Nazir pada 21 - 25 April 2008 untuk tujuan pemantauan. Rombongan seramai 15 orang ini dijangka akan tiba di PKG Slim River pada hari Ahad 20 April 2008. Semoga dengan kunjungan Nazir ini akan meningkatkan prestasi SKSV secara keseluruhan Insya Allah. Web Jemaah Nazir
Subscribe to:
Posts (Atom)