Sari Berita Penting:
Ahli Baru di SKSV, Lawatan Nazir, Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan Bacaan Yasin Perdana.
1. Seorang Guru Pendidikan Islam SKSV telah selamat melahirkan cahayamata kelimanya pada hari Sabtu 21 Ogos 2010. Semoga kelahiran putera yang diberi nama Imad Syariffuddin ini akan membawa 1001 keberkatan buat keluarga Ustazah. Dengan bercutinya seorang GPI, maka kelas yang melibatkan PnP Pend Islam akan digabungkan berdasarkan bilangan murid. Ustazah dijangka akan masuk bertugas semula pada hari Khamis 21 Oktober 2010.
2. Pada hari Isnin 30 Ogos ini, diberitakan seorang Nazir (Opsyen Pendidikan Islam) akan hadir ke SKSV untuk membuat pemantauan. Diharapkan semua GPI bersedia dan mengemaskini apa saja yang berkaitan.
3. Majlis Penutup Ihya Ramadhan dijadualkan berlangsung pada hari Rabu 1 September 2010. Mengikut perancangan, majlis ini akan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Di antara pengisian program ialah; Bacaan Ayat Suci Al-Quran dari adik Mohd Hariz Imran B. Hamizon, Khatam Al-Quran, Kuiz Ramadan Siri 2, Penyampaian Hadiah dan Penyampaian Sumbangan untuk Murid Anak Yatim dan Miskin.
4. Bacaan Yasin Perdana akan berlangsung pada hari Khamis 2 September. Masa yang ditetapkan olah mulai jam 3.30 petang sehingga waktu Asar.
Showing posts with label ahli. Show all posts
Showing posts with label ahli. Show all posts
Friday, August 27, 2010
Friday, February 5, 2010
Ahli baru SKSV 2010

GPI SKSV mewakili guru-guru ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Pn. Normala (Guru Kelas Pra Sentosa) & suami En. Kamal atas kelahiran anak kedua mereka (LELAKI) pada hari ini jam 5:00PM di Hosp. Slim River Perak. Semoga dengan kehadiran cahayamata ini menambahkan lagi seri kehidupan sehari-harian, dan bertambah rezeki dengan kelahiran ahli keluarga baru InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)