Showing posts with label kalendar. Show all posts
Showing posts with label kalendar. Show all posts

Friday, December 12, 2008

Bayaran Kalendar: JELAS



HARI
ini penulis telah berjaya menyelesaikan bayaran tertunggak untuk Kalendar Panitia SKSV
(seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ini) kepada Penerbit @ Syarikat Percetakan Al-Azhar Media secara Deposit Tunai melalui Bank CIMB Cawangan Tanjung Malim.

*Syarikat ini beralamat di: Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Namun dengan kemudahan ICT sedia ada.. segala urusan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah sekarang penulis tidak lagi berhutang dengan pihak berkenaan.. kerana seperti dijanjikan dalam telefon sebelum ini, BAYARAN BOLEH DIJELASKAN SELEPAS AIDIL ADHA..

Untuk pengetahuan, penulis telah mengemukakan wang pandahuluan sebanyak RM150 pada 1 Disember 2008 melalui CDM CIMB cawangan Simpang, Taiping.

Cara Penghantaran Kalendar ini pula pada asalnya ialah secara Poslaju (Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli). Akan tetapi, pada saat-saat akhir ditukarkan secara kiriman melalui seorang kakitangan syarikat berkenaan yang ingin berhari raya di Kg. Rasau, Slim River.

Jadi, kotak tersebut dihantar terus ke rumah penulis pada petang Sabtu 6 Dis. 2008, dengan kadar RM20.

Sebagai tambahan, penulis turut membantu dua buah sekolah lain yang ingin turut menempah kalendar bagi sekolah masing-masing iaitu:

a) Panitia Pendidikan Islam SK Kalumpang, Hulu Selangor.
b) Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Nurul Islamiyah,
Jalan Kubu Gajah, Semanggol, Perak.


dan kedua-dua sekolah telah selamat menerima kalendar yang ditempah. Kepada pembaca yang berminat menempah Kalendar seperti ini.. bolehlah melayari laman webnya http://www.kalendar-islamik09.blogspot.com/


***
Tujuan penjualan kalendar ini tidaklah ke arah mencari keuntungan semata-mata.. Tetapi pelbagai ilmu boleh didapati bagi sesiapa yang membeli kalendar ini.. pengisiannya tidak sama seperti
KALENDAR KUDA yang kita gunakan saban hari. Di samping membantu syarikat percetakan bumiputera Islam. Ini juga mungkin boleh dianggap sebagai salah satu aktiviti Panitia bagi awal tahun 2009. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredhaanNya. Amin.

Monday, December 8, 2008

Tuesday, October 7, 2008

Kalendar 2009

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya. (5 Januari 2009)

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.

Bagi negeri-negeri lain, (Termasuk Sarawak)

  • Cuti Penggal Pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac
  • Cuti Pertengahan Tahun 30 Mei hingga 14 Jun
  • Cuti Penggal Kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos
  • Cuti Akhir Tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.

Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin