Showing posts with label SPI. Show all posts
Showing posts with label SPI. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah SPI 2010

Segala puji bagi Allah..

Kertas Jawapan SPI 2010 telah siap disemak dan dipulangkan kepada calon semula. Keputusan baik. Cuma yang menjadi isu di sini, bagaimana untuk memujuk @ mempengaruhi murid-murid yang berkelayakan untuk memohon masuk ke SBPI @ SMKA @ KAA ? Ini kerana mereka lebih terpesona dan terpengaruh untuk memohon sekolah berasrama penuh (Aliran Sains) dan risau belajar di sekolah aliran Agama ini satu perkara yang berat. Di sinilah peranan guru-guru dan ibubapa untuk memberi pendapat dan mencadangkan supaya mereka memohon di sekolah yang dinyatakan di atas.


Tuesday, October 13, 2009

Pengisian Markah SPI... SYABAS

Pastinya kebanyakan GPI yang memegang kelas Tahun 6 telah siap mengisi markah secara online di portal yang disediakan. Bagi kami di SKSV cuma tinggal dua orang calon yang masih belum selesai dimasukkan markah.

1. Khairul Hisyam : Calon UPSR di SK Ulu Slim dan SPI di SKSV
2. Mohd Zulhaiqal Arif : Calon UPSR di SK Sungai Kertas, Batu Caves dan SPI di SKSV.

Mengikut apa yang difahami, sekiranya nama asal calon itu di dalam JPN Perak, GPI sekolah asal murid itu perlu memadamkan nama murid yg tidak mengambil peperiksaan SPI di sekolahnya. Ini bagi membolehkan GPI di sekolah baru dapat mendaftarkan Calon Tambahan di sekolah baru.

Manakala bagi kes kedua, dari Selangor.. mungkin tiada masalah. Kerana SPI ini hanya wujud di negeri Perak.

Apa yg ingin saya paparkan di sini diambil dari ruangan komen di portal berkenaan:


Kekalkan cara pengisian markah secara online begini sampai bila2,senang...
saya dah ikuti pep sijil agama tahun6 hampir 10 tahun,dari menaip sijil kosong sendiri hingga online sebegini, rakan2 dari opsyen lain terkejut tengok sistem online kita bila saya tunjukkan cara pengisian markah..tahniah


Sebenarnya secara peribadi juga saya ingin mengucapkan tahniah dan SYABAS kepada 3 tenaga ini:

1. Us. Mohd Shah Ramli (JPN)
2. Us. Abd Rashid Shafie (JPN)
3. Us. Azharul Faiz Zainal Abidin (SKPHA)

yang telah berjaya menyediakan dan memurnikan portal pengisian markah ini. Ianya lebih baik dari yg tahun sebelumnya. Semoga kita semua dapat belajar menggunakan dan mengaplikasikan konsep ini di sekolah masing-masing. (jika mampu)

Berikut pula adalah pesanan dari ADMIN Portal untuk semua GPI yang ingin mengisi markah:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*
Tarikh pengisian markah 5 hingga 19 Oktober 2009. Talian ditutup 20 Oktober 2009.

*
Setelah menekan Butang Simpan, anda telah pun menghantar markah tersebut ke server JPN. Harap maklum.

* PENGISIAN MARKAH
1. Calon tidak hadir = Tandakan 0 (Gred bertukar menjadi TH).

* KES CALON BERPINDAH

(ANTARA DAERAH)

1. Sekolah lama calon perlu hapus data murid tersebut.
2. Sekolah baru calon perlu tambah murid baru (Angka Giliran UPSR).

*
(DALAM DAERAH)
1. Sekolah lama calon perlu hapus data murid tersebut.
2. Sekolah baru calon perlu tambah murid baru (Angka Giliran UPSR).
3. Lebih mudah jika hubungi Penyelia Agama Daerah tersebut (Login PPD boleh menukar calon ke sekolah dalam daerah tanpa perlu hapus atau tambah murid.


* Sebarang persoalan boleh diajukan melalui menu Tanya Ustaz dalam block Menu pengguna.

Monday, October 5, 2009

Isi Online mulai hari ini

Salam untuk semua guru Pend. Islam Tahun 6 seluruh negeri Perak...

Kita semua boleh mula mengisi markah Sijil Pendidikan Islam Negeri Perak secara online di SINI mulai hari ini 5 Okt. hingga 19 Okt. 2009.

www.jpnperak.edu.my/spi_online

Jangan lupa kod sekolah masing-masing dan juga kata laluan yang telah diserahkan semasa taklimat tempohari.

Selamat mengisi.

Thursday, July 30, 2009

Untuk GPI Tahun 6 Perak sahaja

Salam. Makluman ini adalah untuk semua GPI Tahun 6 (Perak sahaja)

Sijil Pendidikan Islam Tahun 6

Ujian Syafawi Bacaan dan Hafazan
30 Julai 09: Ambil kertas soalan di PPD
31 Julai 09: mula menguji murid..


Peperiksaan Bertulis
14 Sept 09 : Pendidikan Islam
15 Sept 09 : Pelajaran Jawi

Key-In markah online: di sini mulai 4 Sept 09. Taklimat mengenai cara mengisi data akan diberikan nanti.

Harap maklum dan terima kasih. Kepada guru yang ada nota ringkas Pend Islam Tahun 5 & 6 boleh kongsikan bersama saya. Sila emailkan kepada nawfal_07@yahoo.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin