Showing posts with label tahun 6. Show all posts
Showing posts with label tahun 6. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Keputusan Tahfiz Muda

Berikut adalah keputusan rasmi Tahfiz Muda yang dijalankan mulai 11 Oktober 2010 dan berakhir hari ini. Pihak juri telah bersepakat dan bersetuju dengan keputusan di bawah:

Sunday, October 10, 2010

Program Tahfiz Muda


Panitia Pend. Islam SKSV akan menganjurkan buat julung kalinya program khas untuk Murid Tahun 6. Ianya dinamakan Program Tahfiz Muda. Konsepnya mudah: Setiap murid Tahun 6 diberi Borang Senarai Surah dari Juzuk 30. Mereka hanya perlu memperdengarkan bacaan mereka pada mana-mana Guru Pendidikan Islam pilihan mereka. (Terdapat 8 Guru Pendidikan Islam di SKSV) Guru terbabit akan memberi skor (1-5 bintang) untuk setiap surah yang dihafaz.

Tempoh untuk murid menghafaz adalah 30 hari (sebulan). bermula 11 Oktober hingga 11 November 2010. Pemenang dikira berdasarkan bilangan surah dan bintang yang diperolehi. 3 Penghafaz Tertinggi lelaki dan perempuan akan menerima hadiah pada penghujung persekolahan nanti.

Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah SPI 2010

Segala puji bagi Allah..

Kertas Jawapan SPI 2010 telah siap disemak dan dipulangkan kepada calon semula. Keputusan baik. Cuma yang menjadi isu di sini, bagaimana untuk memujuk @ mempengaruhi murid-murid yang berkelayakan untuk memohon masuk ke SBPI @ SMKA @ KAA ? Ini kerana mereka lebih terpesona dan terpengaruh untuk memohon sekolah berasrama penuh (Aliran Sains) dan risau belajar di sekolah aliran Agama ini satu perkara yang berat. Di sinilah peranan guru-guru dan ibubapa untuk memberi pendapat dan mencadangkan supaya mereka memohon di sekolah yang dinyatakan di atas.


Thursday, July 30, 2009

Untuk GPI Tahun 6 Perak sahaja

Salam. Makluman ini adalah untuk semua GPI Tahun 6 (Perak sahaja)

Sijil Pendidikan Islam Tahun 6

Ujian Syafawi Bacaan dan Hafazan
30 Julai 09: Ambil kertas soalan di PPD
31 Julai 09: mula menguji murid..


Peperiksaan Bertulis
14 Sept 09 : Pendidikan Islam
15 Sept 09 : Pelajaran Jawi

Key-In markah online: di sini mulai 4 Sept 09. Taklimat mengenai cara mengisi data akan diberikan nanti.

Harap maklum dan terima kasih. Kepada guru yang ada nota ringkas Pend Islam Tahun 5 & 6 boleh kongsikan bersama saya. Sila emailkan kepada nawfal_07@yahoo.com

Wednesday, July 15, 2009

Thursday, May 14, 2009

Program Motivasi Murid Tahun 6





Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 59 orang murid Tahun 6

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama guru-guru SKSV telah berjaya mengadakan program motivasi murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 59 pelajar terdiri dari kelas 6 marikh dan 6 Musytari.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan rangsangan dan motivasi kepada pelajar tentang kepentingan mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan yang akan diduduki. Ianya juga bertujuan untuk menghindarkan gejala ponteng semasa minggu peperiksaan. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi.

Program ini amat berguna dan memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan nanti . Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak SKSV. Untuk masa akan datang Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menumpukan pula kepada penumpuan teknik menjawab soalan secara sistematik.

Terima kasih kepada guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Khususnya pada En. Zakaria yang telah sudi berkongsi pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan kepadanya untuk kebaikan murid SKSV ini. Jasa anda sangat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathirow.




Friday, November 21, 2008

Album Tahun 6

Mulai esok Sabtu hingga Rabu 22-26 Nov. 2008, penulis akan memaparkan gambar murid-murid Tahun 6 SKSV yang beragama Islam, buat kenangan dan tatapan guru-guru dan bekas guru yang pernah mengajar mereka..


Ini juga sebagai tanda kenangan mereka yang pernah mengikuti program-program di SKSV sepanjang tahun 2008 (kerana penulis dengan sedaya upaya mengesan kembali wajah-wajah mereka yang ada dalam simpanan komputer penulis)

Paparan dalam bentuk muka kecil setiap seorang dan berlabel nama masing-masing. Setiap hari satu gambar mengandungi muka lapan orang murid...

Selamat Bercuti..

Wednesday, October 22, 2008

Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 3


Di atas Gunung Mat Cincang.. Stesen terakhir Kereta Kabel.
Cuaca agak panas.. jam 3.50 pm.
Kalau di Genting cuacanya sejuk berkabus... tapi di Langkawi.. panasnya...



Pn. Noredah sedang menjaga keselamatan murid-murid sebelum naik kereta kebal..
Terpancar kegembiraan murid menaiki Kereta Kabel.. buat kali pertama..
Takut pun ada... seram pun ada... rasa nak terkucil, ada juga???
(Diskaun untuk rombongan sekitar 50%,
kalau harap harga normal.. alamat tak merasa la.. RM 25 untuk dewasa!)



Dont judge the bus by it color...
kenderaan penting setiap rombongan di Langkawi..
Hehehe...



Zuhair: antara wajah yang menghidupkan suasana lawatan kali ini..
Ringan tulang rupanya dia ni.. Sedia membantu sesiapa yang memerlukan...
(termasuk Pakcik drebar bas, Pak cik troli di Jeti Kuah dan juga KTM Stesen Master di Arau.. hehehe...)







Tuesday, October 21, 2008

Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 2


Sedang membeli produk gamat... dan barang-barang cenderahati..
"dua singgit..dua singgit..dua singgit.."


"Takkan tengok aje? Sedekahkan Al-Fatihah" Itulah dialog yang kudengar dari salah seorang guru semasa murid-murid sedang sibuk membaca tulisan di Makam Mahsuri...


Prestasi guru pengiring sentiasa dinilai.. 4 Guru berdiri di depan Balai Indera Mambang ... Rumah Mahsuri. Murid-murid yang masuk merasakan 'aura' lagenda Mahsuri dari gambar di dalamnya..


Murid-murid sedang khusyuk membaca penerangan
tentang sejarah peristiwa BERAS TERBAKAR.


Inilah baki pinggan cenderahati yang tidak dituntut.. Hampir separuh telah habis dijual dengan harga RM10. Gambar diambil semasa turun bas di Kedai Gamat. Sempat juga kami pekena Laksa di depan gerai-gerai Beras Terbakar. Di sini juga Ketua Rombongan membeli baju 'Langkawi' untuk semua ahli rombongan.








Friday, September 19, 2008

Download Tapak Pengisian Data Sijil Pendidikan Islam Tahun 6

Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini.. sekolah masih belum menerima arahan berhubung pengisian data pencapaian murid untuk peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 sesi 2008. Oleh itu, jika anda ingin mencari 'tapak lama' untuk pengisian data ini.. sila download dari sini (versi 2006)

DATA SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

-File ini diterima daripada U. Amir Hamzah SK Lambor Kanan pada bulan Oktober 2007

Monday, July 7, 2008

Soalan Ujian Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6

Salam.. Untuk GPI yang ingin melihat contoh soalan Ujian Selaras 3 Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6, boleh klik di sini.. dan beri komen... Pastikan komputer anda tersedia dengan Word 2007 (docx) font jawi alhami.. Semoga dapat sama-sama bantu membantu..

soalan Pendidikan Islam? klik sini ------>>> P. Islam Tahun 6
soalan Jawi? klik sini ----->>> Jawi Tahun 6

Tuesday, July 1, 2008

Perjumpaan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6

Tarikh: 3 Jun 2008 (Khamis)
Masa: 8.30 AM
Tempat: Dewan SKSV

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV akan mengadakan perjumpaan bersama ibubapa dan penjaga murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Perjumpaan berkenaan akan dihadiri para ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dalam UPSR. Perjumpaan akan diadakan di Dewan SKSV dan ucaptama dijangka akan disampaikan oleh GB SKSV. Slot khas bersama bahagian Disiplin & Keselamatan turut diadakan dalam perjumpaan kali ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin