Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Lawatan Penyelia Pendidikan Islam

Hari ini, Panitia Pendidikan Islam SK Slim Village menerima kunjungan 'mengejut' daripada barisan Penyelia Pendidikan Islam Daerah Batang Padang.

Kunjungan yang dimaksudkan ialah kehadiran :
1. Tn. Hj. Baharuddin B. Sulaiman
- Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah

2. Tn. Hj. Mudakir B. Masrom
- Penyelia Pendidikan Islam Daerah

3. Tn. Hj. Mohd Halim B. Musa
- Pegawai Khas Pendidikan Islam Daerah.


Antara isu yang diperbincangkan dan perlu diberi perhatian ialah:

a) Pencapaian murid kelas jQAF
(terutamanya berkaitan Tasmi'
)
b) Gabungan / Cantuman kelas
c) Lebihan Guru Pendidikan Islam
d) Guru Pendidikan Islam memegang jawatan Guru Kaunseling
(tanpa tauliah)

e) Guru Pendidikan Islam menjadi Ketua Panitia Muzik
f) GPI tidak diarahkan membantu kelas Tasmi'
(termasuk dalam minit mengajar)

g) Pencapaian seorang murid Tahun 4 SKSV
yang berjaya menjadi Johan Tilawah (KAFA)

h) Galakan dalam Penghasilan "Inovasi Dalam Pendidikan"

Terima kasih atas kunjungan ke sekolah kami, semoga ianya membawa sedikit perubahan positif untuk warga Guru Pendidikan Islam khususnya dan semua murid SK Slim Village amnya.

* Turut dimaklumkan tentang kejayaan blog ini dalam Pertandingan Teknopen 2009... (berita selanjutnya akan menyusul)

Tuesday, November 24, 2009

Lawatan Ke Pantai Timur




Alhamdulillah pada 13-15 Nov. yang lalu, Penyelaras Lawatan SKSV telah berjaya mengadakan satu lagi Lawatan Sambil Belajar. Seramai 32 orang peserta, yang majoritinya terdiri daripada murid Tahun 6 manakala selebihnya Tahun 3, 4 dan 5.


Bas bertolak dari sekolah yang tercinta pada jam 12.15PM Jumaat dengan diiringi oleh sebuah van kepunyaan Cikgu Noredah.

Kami melalui jalan Grik - Jeli - Rantau Panjang - Kubang Kerian - Tawang untuk sampai ke destinasi penginapan kami yang pertama. Perjalanan yang mengambil masa hampir 10 jam sangat menyeronokkan (dan juga memenatkan). Bas singgah beberapa kali untuk tujuan wajib. Antara: makan tengahari di RnR Tasik Raban, mengisi minyak di Pekan Grik, berehat sebentar di Puncak Banjaran, Kedai Barangan Bukit Bunga dan sampai di Kg. Pauh Sembilan, Bachok pada jam 10.00 mlm.

Setibanya di rumah penginapan (milik seorang guru SKSV) kami dijamu dengan nasi dan lauk-lauk yang sangat enak. Mungkin agak lewat untuk kami menikmati makan malam namun semua peserta rombongan menjamu selera dengan penuh semangat.

Selesai khidmat diri dan Solat Jamak Takhir, semua peserta berehat dan tidur awal setelah mengharungi perjalanan yang panjang siang tadi.

Sabtu 14 Nov. 2009

Seawal jam 7.30AM semua peserta menikmati sarapan di rumah penginapan. Jutaan terima kasih kepada Usth Mina kerana menyediakan tempat penginapan untuk kami. Kira-kira jam 8.00AM kami memulakan perjalanan hari kedua. Destinasi kami seterusnya ialah Cik Minah Songket dan Batik. Lawatan sambil belajar cara-cara menenun songket. Selepas itu, bas singgah di gerai menjual pakaian sekitar Pantai Cahaya Bulan. Ramai peserta tidak melepaskan peluang membeli pakaian yang bermotifkan Kelantan, batik dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Kami sempat bergambar di tepian Pantai Cahaya Bulan sebagai kenangan.

Bas kami berhenti di hadapan Muzium berhampiran Pasar Buluh Kubu bagi memberi peluang kepada para guru meninjau barangan keperluan di pasar Siti Khadijah. Kami berada di situ sehingga melewati jam 12.00PM sambil menunggu makanan tengahari yang dibungkus oleh pihak penaja. (dalam bas itu juga telah dibekalkan makanan jam 10.00AM)

Destinasi kami seterusnya ialah Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3-4 jam. Kami singgah Solat Jamak Taqdim dan makan tengahari di Masjid Permaisuri, Setiu, Terengganu. Bas meneruskan perjalanan menuju ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu dan tiba kira-kira jam 4.45PM. Kami memasuki taman berkenaan pada jam 5.00PM dan keluar sejam setengah kemudian. Kelihatan para peserta sungguh berminat dengan 21 monumen yang dibina dalam taman tersebut. Nyata 90 minit yang dperuntukkan tidak mencukupi buat mereka.

Kami mengambil peluang untuk menunaikan Solat fardhu Maghrib di Masjid Kristal yang terletak di kawasan berhampiran. Kemudian, kami (para peserta) menunaikan Fardhu Isya' (Qasar) di bahagian belakang dewan Masjid Kristal bersama sekumpulan pelancong lain.

Kenderaan kami keluar dari kawasan Taman Tamadun Islam untuk ke chalet penginapan di pantai Batu Buruk. Di sana kami menyewa dua buah rumah (untuk lelaki dan perempuan). Makan malam itu juga kami tempah dari pengusaha chalet berkenaan.

Chalet lelaki mempunyai 4 bilik, yang mana dua buah bilik yang besar diperuntukkan kepada murid lelaki dan dua buah bilik yang bersaiz kecil untuk guru pengiring serta pemandu bas.

Jam 9.30PM selepas menikmati makan malam, para peserta dibawa bersiar-siar (berjalan kaki) ke Pantai Batu Buruk, Taman Awam dan Medan Selera Batu Buruk. Selepas itu semua peserta kembali ke penginapan dan tidur dengan selesa.

Ahad 15 Nov. 2009

Pagi ini kami menikmati sarapan di Pasar Payang Kuala Terengganu. Menu biasa ialah Nasi Lemak dan teh tarik. Selepas itu kami menjelajah bahagian bawah pasar, yang mana ada menjual keropok dan produk berkaitan.

Selepas itu, kami melawat @ memanjat Bukit Puteri. Ianya adalah salah satu tempat bersejarah di bawah seliaan Jabatan Muzium Terengganu. Selepas itu kami singgah bergambar di Waterfront @ Depan Air. Apa yang menarik di situ? TANDAS EKSLUSIF.

Kami menyambung lawatan pada hari terakhir ke Muzium Terengganu dan Gerai Keropok Losong Kak Yah. Solat Zohor dan Asar kami taqdimkan di Masjid Terapung Tunku Zaharah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Marang untuk membeli keropok di Kedai 008 yang dikatakan terkenal.

Jam 5.00 PM kami singgah untuk makan di Gerai makan bersebelahan Stesen Bas Chukai, Terengganu. Kelam kabut tuan kedai menyediakan makanan untuk satu bas. Jumlah yang beliau perolehi hampir RM200.00. Di kawasan Cherating, kami singgah lagi. Penyelaras rombongan ingin membeli baju cenderahati untuk semua peserta rombongan. Sudah menjadi tradisi beliau, setiap kali rombongan jarak jauh beliau akan membelikan baju tanda kenangan.

Bas kami meneruskan perjalanan pulang memasuki Lebuhraya Pantai Timur. Kira-kira jam 8.45PM kami singgah di RnR Temerloh untuk bertukar pakaian dan solat jamak. Itulah persinggahan kami yang terakhir.

Kurang 10 minit ke 12.OOAM kami sampai di Tol Tg. Malim dan seorang guru turun di situ. Bas tiba di SKSV melewati 12.30AM dan semua peserta sampai ke rumah dengan selamatnya.

*****

Jutaan syukur kepada Allah kerana sepanjang perjalanan di Pantai Timur, kami tidak terganggu dengan ancaman hujan atau banjir. Bas kami juga tidak menghadapi sebarang masalah besar. Semoga lawatan ini memberi 1001 pengajaran bermakna untuk semua peserta.





Thursday, August 13, 2009

Lawatan Sehari Ke KL

Selasa 11 Ogos 2009, kami telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Ianya dianjurkan dibawah program RIMUP. Seramai 40 orang murid dari pelbagai bangsa dan latarbelakang telah terpilih untuk mengikuti lawatan ini secara percuma.

Guru terbabit:
1. Cg Fazyan
2. Cg Redza
3. Us. Sharif
4. Cg Yong

* Topeng keselamatan turut dibekalkan sebagai langkah berjaga-jaga kerana berkunjung ke tempat awam dan ramai pelancong asing.. seperti Muzium negara, KL Tower & melalui Suria KLCC.

Destinasi pertama kami: Planetarium Negara.


Destinasi kedua kami: Muzium Negara.



Destinasi ketiga kami: Menara KL



Makan tengahari di Taman KLCC dan Solat Zohor di Surau As-Syakirin KLCC (under construction!)

Destinasi keempat kami: Jejantas Udara Menara Berkembar Petronas
(omputeh kata Skybridge KLCC)



Destinasi terakhir: Universiti Malaya KL.
(sekadar pusing-pusing atas bas.. Pesta Konvo sedang berlangsung, cikgu menunjukkan Fakulti yg pernah mereka belajar dulu-dulu.. buat semangat kepada semua murid untuk terus berjaya hingga ke Menara Gading)

Friday, June 26, 2009

Catatan Lensa di Haramain Syarifain

A: Kapalterbang - Gulf Air
B: Sedang melintasi Dubai
C: dalam flight
D: Perkuburan Baqi' - Madinah


A: Masjid Nabawi
B: Mimbar Nabi - Raudhah
C: Masjid Quba;
D: Makam Syuhada' Uhud



A: Kilang Cetakan Al-Quran - Madinah
B: Hotel penginapan - Wasel
C: Masjid Qiblatain
D: Pemandangan Masjid Nabawi pada jam 6.20 pagi.. (waktu Dhuha)


A: Gua Tsur
B: Puncak Jabal Rahmah - pertemuan Nabi Adam & Hawa
C: Khemah Jemaah Haji
D: Miqat @ Ja'ranah



Masjidil Haram & Kaabah


Masjidil Haram & Kaabah



Pameran di Muzium Haramain Syarifain



Jamal! Laban..

A: Laluan Saie Safa - Marwa
B: Pengajian Kitab di salah satu bahagian di Masjidil Haram (Melayu)
C: Pemandangan Malam
D: Laluan Saie Safa - Marwa Tingkat 2




Laut Mati, Masjid Terapung dan arca menarik sekitar Mekah & Jeddah.



Arca menarik.

Monday, March 9, 2009

Lawatan ke KL & Melaka

Salam Maulidur Rasul untuk semua pengunjung setia blog SKSV ini... dengan tema tahun ini..

"Wahdah Pemangkin
Khaira Ummah"


Selamat bercuti untuk semua. Penulis baru saja pulang dari melakukan tugas rasmi sebagai Guru Pengiring Lawatan sambil belajar murid SKSV ke beberapa tempat menarik di KL dan Melaka..

Berikut adalah beberapa gambar yang penulis pilih untuk tatapan awal para pengunjung. Insya Allah jika ada kelapangan, akan dipaparkan gambar-gambar di tempat lain.. gambar secara informal..








Friday, October 24, 2008

Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 4


Kelihatan peserta rombongan begitu ceria.
Ingat ya.. keputusan UPSR akan keluar tidak lama lagi..
Semoga berjaya!






Wednesday, October 22, 2008

Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 3


Di atas Gunung Mat Cincang.. Stesen terakhir Kereta Kabel.
Cuaca agak panas.. jam 3.50 pm.
Kalau di Genting cuacanya sejuk berkabus... tapi di Langkawi.. panasnya...



Pn. Noredah sedang menjaga keselamatan murid-murid sebelum naik kereta kebal..
Terpancar kegembiraan murid menaiki Kereta Kabel.. buat kali pertama..
Takut pun ada... seram pun ada... rasa nak terkucil, ada juga???
(Diskaun untuk rombongan sekitar 50%,
kalau harap harga normal.. alamat tak merasa la.. RM 25 untuk dewasa!)



Dont judge the bus by it color...
kenderaan penting setiap rombongan di Langkawi..
Hehehe...



Zuhair: antara wajah yang menghidupkan suasana lawatan kali ini..
Ringan tulang rupanya dia ni.. Sedia membantu sesiapa yang memerlukan...
(termasuk Pakcik drebar bas, Pak cik troli di Jeti Kuah dan juga KTM Stesen Master di Arau.. hehehe...)







Tuesday, October 21, 2008

Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 2


Sedang membeli produk gamat... dan barang-barang cenderahati..
"dua singgit..dua singgit..dua singgit.."


"Takkan tengok aje? Sedekahkan Al-Fatihah" Itulah dialog yang kudengar dari salah seorang guru semasa murid-murid sedang sibuk membaca tulisan di Makam Mahsuri...


Prestasi guru pengiring sentiasa dinilai.. 4 Guru berdiri di depan Balai Indera Mambang ... Rumah Mahsuri. Murid-murid yang masuk merasakan 'aura' lagenda Mahsuri dari gambar di dalamnya..


Murid-murid sedang khusyuk membaca penerangan
tentang sejarah peristiwa BERAS TERBAKAR.


Inilah baki pinggan cenderahati yang tidak dituntut.. Hampir separuh telah habis dijual dengan harga RM10. Gambar diambil semasa turun bas di Kedai Gamat. Sempat juga kami pekena Laksa di depan gerai-gerai Beras Terbakar. Di sini juga Ketua Rombongan membeli baju 'Langkawi' untuk semua ahli rombongan.








Gambar Lawatan Tahun 6 - Siri 1

Berikut ialah gambar-gambar terpilih sepanjang Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 dari SK Slim Village ke Pulau Langkawi Bandar Pelancongan...




Semua peserta dan guru berkumpul di Stesen KTM Slim River.
Menunggu kedatangan tren yang dijadualkan pada jam 9.55 PM.
(ada juga guru yang terlalu punctual, sampai di stesen ini jam 8PM)



Bersama ketua rombongan...



Sekitar jam 6 AM, kami di kawasan antara Butterworth dan Aloq Setaq. Guru-guru kejutkan murid untuk solat Subuh, di Koc kelas 2 ini ada sedikit ruang untuk solat secara duduk. Kiblat berpandukan kompas yg dibawa. Ketepatan kiblat? tawakkal...
(Di dalam gambar ialah Mohd Naqiyuddin - murid 5 Bijak)



Suasana di dalam koc kelas 2. Selesa? Lampu cerah sangat. murid-murid pula over excited. Lambat juga mereka tidur.. selesa? boleh la tu... sesuai dengan harganya. Bersyukurlah dengan apa yang ada... walau terdengar rungutan tentang isu 'ketidakselesaan dan keadilan'



Menaiki Feri di Kuala Perlis jam 9.15AM.
Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam.
baca doa: Bismillah majreha wa mursaha
...



Di bawah Hostel penginapan di Pekan Kuah. Beratur menunggu bas untuk aktiviti lawatan sebelah petang. Selesa? Tanyalah peserta-peserta rombongan.. tentu mereka senyum...



Di hadapan kedai Gamat..
biarlah murid-murid dan guru perempuan bershopping produk gamat..
Kami sekadar bergambar sahaja..





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin