Showing posts with label jawi. Show all posts
Showing posts with label jawi. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

Kempen Membaca 1Malaysia



Bersempena Minggu Membaca 1Malaysia, GPI Tahun 6 mengambil inisiatif untuk mengadakan Pertandingan Membaca Buku Cerita Jawi Tertutup untuk murid Tahun 6.

Seramai 5 peserta telah menyahut cabaran membaca buku cerita versi Jawi ini. Mereka ialah:


Nor Khalida Bt. Ariffin


Asmi Hasna Abd. Rani

Mohd Hadi Islam B. Hamizon.



Siti Aisyah Bt. Mad Hanim


Mohd Faris Irwan Mohd Farid



Pertandingan yang diadakan di Pusat Sumber SKSV ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Hadiah disampaikan kepada para pemenang pada hari yang sama.

Monday, July 6, 2009

Bijak Jawi

Pada hari ini Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi para pemenang Program Bijak Jawi 2009.

Majlis disempurnakan oleh Guru Besar SKSV Pn. Hjh. Jamilah Bt. Ismail Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.



Monday, May 4, 2009

Murid Cemerlang UB2

Berikut adalah nama murid terbaik untuk setiap darjah bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan Pelajaran Jawi. Ujian Bulanan @ Selaras 2 2009.

PENDIDIKAN ISLAM


INSON ASNIDA BT. YAHAYA 1 MUSYTARI 100
KHAIRUL FIKRI AHMAD RASHID 1 MUSYTARI 100
NUR RAZANAH BT. KAMIL 1 MUSYTARI 100

NUR AFIFAH INSYIRAH M. TABARANI 2 MUSTARI 96
NUR HANIM AHMAD RASHID 2 MUSTARI 94
NUR SYAHIRAH ATIKAH BT. SAFRI 2 MUSTARI 92

HAMNA SYAHRAIN BT. AMIZAN 3 MARIKH 96
NUR SYAZWANI NAJWA BT. SHAHIDAN 3 MARIKH 96
INSON SURAYA BT. YAHAYA 3 MUSYTARI 96
HUSNOL KHOLILAH BT. MOHD RASHID 3 MUSYTARI 96

RAIZIL HAIDIE SHAMSUDDIN 4 MUSYTARI 98
MOHD FARHAN 4 MARIKH 96
MUHD FIRDAUS 4 MARIKH 96

AMIRUS SYAHIR B. AMIZAN 5 MUSYTARI 96
MOHD FIRDAUS B. SHAMSUL 5 MUSYTARI 94
MOHD SOBRI B. KAMIL 5 MUSYTARI 92

NURUL IZZATI BT. BADIUZZAMAN 6 MUSYTARI 93
NUR IZZATI BT. ABD. LATIFF 6 MUSYTARI 92
NUR AQILAH BT. AZIAN 6 MARIKH 90





PELAJARAN JAWI


MOHD IZHAM FIRDAUS B. JAMANI 1 MUSYTARI 100
NOR AISYAH BT. NASIR 1 MUSYTARI 100
INSON ASNIDA BT. YAHAYA 1 MUSYTARI 100
NUR LAILA BT. AYOB 1 MUSYTARI 100
SITI AMINAH BT. OSMAN 1 MUSYTARI 100

NUR HANIM AHMAD RASHID 2 MUSTARI 100
NUR AFIFAH INSYIRAH M. TABARANI 2 MUSTARI 100
AHMAD SYAMIL AHMAD RIDZUAN 2 MUSTARI 100

HAMNA SYAHRAIN BT. AMIZAN 3 MARIKH 100
NUR SYAZWANI NAJWA BT. SHAHIDAN 3 MARIKH 100
NOR FARIZATUL ZAFRISHA 3 MARIKH 100
AMIRUL AIZAT B. ZULKIFLI 3 MARIKH 100
NOR SHAHIRA RADZUN 3 MARIKH 100
INSON SURAYA BT. YAHAYA 3 MUSYTARI 100
MOHD SYAHMI HAZIQ B. M. LAILE 3 MUSYTARI 100
NUR AIRIN BT. AYOB 3 MUSYTARI 100

AHMAD FAIZ ZAFRAN AHMAD FAZLI 4 MUSYTARI 96
NURAINI 4 MARIKH 91
NURUL JANNAH 4 MUSYTARI 91

AMIRUS SYAHIR B. AMIZAN 5 MUSYTARI 100
AQILAH MOHD BASRI 5 MARIKH 98
MOHD FIRDAUS B. SHAMSUL 5 MUSYTARI 97

NUR IZZATI BT. ABD. LATIFF 6 MUSYTARI 100
FARHIAH BT. MOHAMED BASRI 6 MARIKH 99
NUR AQILAH BT. AZIAN 6 MARIKH 99





Wednesday, January 14, 2009

Pembahagian Tugas Pengajaran GPI SKSV 2009

Berikut adalah pembahagian tugas pengajaran GPI SKSV 2009

Subjek Pendidikan Islam & Jawi

PRA

Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli

Tahun 1(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad


Tahun 2(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)

Tahun 3(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)


Tahun 4 (jQAF)
Pn. Rosmina Mohamed
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)


Tahun 5
Pn. Rosmina Mohamed


Tahun 6
En. Shariffuddin Ahmad
Pn. Rosmina Mohamed

Bahasa Arab

Tahun 1
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad

Tahun 2
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad

Tahun 3
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad

Tahun 4
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad


Monday, September 15, 2008

Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam 2008

Sepertimana yang kita sedia maklum, pagi esok akan diadakan peperiksaan khas untuk semua murid Tahun 6 di Negeri Perak untuk Sijil Pendidikan Islam Tahun 6.

Peperiksaan ini mempunyai 4 komponen iaitu:
a) Bacaan
b) Hafazan
c) Pendidikan Islam (bertulis)
d) Pelajaran Jawi (bertulis)

Komponen A & B telah dilaksanakan terlebih awal sebelum ini. Manakala komponen C & D akan diadakan pada esok (Selasa) seperti jadual di bawah:

Pendidikan Islam : 8.30 - 9.30 am
Pelajaran Jawi : 10.00 - 11.00 am

*Untuk kertas Pendidikan Islam, kertas disediakan dalam tulisan RUMI. Mengapakah ianya ditulis dalam RUMI? dan tidak dibuat dalam JAWI... Mungkin guru-guru yang mengajar tahun 6 ada jawapannya..

* Soalan pada kebiasaannya mengandungi pelbagai tajuk untuk pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Murid-murid perlu mengulangkaji kedua-dua buku. Mujurlah ada Buku Teks edisi komputer. Mudah ditunjukkan tajuk-tajuk yang dibincangkan menggunakan kemudahan ICT.

Berdasarkan soalan-soalan lalu:

* Bahagian Al-Quran (Bacaan, Hafazan, Tajwid, Surah Kefahaman) biasanya mewakili hampir 50% soalan manakala selebihnya ialah bahagian Ulum Syariyyah (Ibadah, Aqidah, Sirah, Akhlak)

* Bahagian Pelajaran Jawi turut menyelitkan beberapa soalan berkaitan Khat (sila bawa pensel Khat masing-masing)

~~~

Kelas Intensif Ulangkaji telah diadakan sehari suntuk pada hari ini. Moga apa yang dibincangkan tadi sedikit sebanyak dapat membantu 40 orang murid SKSV menjawab pada esok hari. (yang hadir pada hari ini 32 orang sahaja)

Sunday, September 14, 2008

Soalan Pendidikan Islam / Jawi Tahun 5

Berikut adalah sample soalan Pendidikan Islam dan Jawi Tahun 5 bagi Ujian Selaras 4 Bulan September. Soalan ini telah digunakan pada 10 dan 11 September 2008. Sesiapa yang berminat boleh muat turun dari link di bawah:

1. Pendidikan Islam Tahun 5

2. Jawi Tahun 5

****
a) Sila pastikan anda mempunyai font Jawi Traditional supaya tulisan dari kedua-dua fail ini dapat dibaca dengan sempurna pada komputer anda...

b) Sekiranya pembaca merasakan kualiti soalan ini tidak mencapai tahap seperti murid di sekolah anda, mungkin ini adalah kelemahan penggubal soalan yang cuba menyesuaikannya dengan tahap murid di SKSV..

Tuesday, September 9, 2008

Usik-usik - Utusan 17 April



Kartun ini ringkas, padat, sinis dan humor. Namun, jika difikirkan secara mendalam... mungkin banyak pihak akan 'terkesan' dengan dialog pendek ini.. Fikir fikirkan..

Tuesday, July 8, 2008

Soalan Ujian Jawi Tahun 5

Untuk GPI Tahun 5 yang ingin melihat soalan Ujian Selaras 3 Jawi boleh ambil idea dan beri komen... Pastikan komputer anda tersedia dengan Word 2007 (docx) font jawi alhami.. Semoga dapat sama-sama bantu membantu..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Saya GPI baru mengajar,
Kalau salah.. jangan ditukarkan..


klik di sini

Monday, July 7, 2008

Soalan Ujian Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6

Salam.. Untuk GPI yang ingin melihat contoh soalan Ujian Selaras 3 Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6, boleh klik di sini.. dan beri komen... Pastikan komputer anda tersedia dengan Word 2007 (docx) font jawi alhami.. Semoga dapat sama-sama bantu membantu..

soalan Pendidikan Islam? klik sini ------>>> P. Islam Tahun 6
soalan Jawi? klik sini ----->>> Jawi Tahun 6

Monday, June 16, 2008

Syor Guna Kepala Surat Tulisan Jawi

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan agar semua kementerian dan jabatan turut menggunakan tulisan jawi pada kepala surat mereka.

Beliau berkata, penggunaan tulisan jawi, selain tulisan rumi itu adalah sebagai langkah memartabatkan tulisan jawi di negara ini.

"Pada hemat saya, penggunaan tulisan jawi ini tidak akan menghilangkan identiti kementerian dan jabatan terbabit. Kami telah memulakan langkah itu dan saya harap kementerian serta jabatan lain mengikutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program "Jawi Warisan Bangsa" anjuran Tabung Haji dan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Ahmad Hashim Makarudin.

Beliau berkata, usaha untuk memartabatkan tulisan jawi itu penting kerana ia adalah warisan bangsa yang harus dijaga dan dipertahan oleh semua lapisan masyarakat.

"Perubahan zaman menjadikan masyarakat kita tidak mengendahkan kepentingan tulisan ini, lebihlebih lagi di kalangan generasi muda. Justeru, amatlah wajar sekali masyarakat kita memainkan peranan untuk mengangkat martabat tulisan ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata program mengembangkan tulisan jawi seharusnya dirangka dan diperluas agar tulisan itu terus kekal sebagai warisan budaya bangsa. BERNAMA

-dipetik dari mstar.com.my

16-06-2008 03:41:34 PM

Sunday, May 18, 2008

Penekanan Kuasai Tulisan Jawi

MB Selangor mahu sekolah agama beri penekanan kuasai tulisan jawi

17-05-2008 05:15:03 PM

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua sekolah agama di negeri ini memberikan penekanan terhadap penguasaan tulisan jawi oleh kalangan pelajarnya.

Beliau berkata tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satu aspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yang diwarisi dari generasi terdahulu.

"Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti dan membantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kita memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik..." katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata apabila seseorang itu mengenali dan tahu tulisan Jawi mereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi.

Beliau berkata penekanan tulisan Jawi di sekolah agama boleh dilakukan dengan menambah satu kelas khas subjek itu.

Selain itu, katanya penguasaan tulisan Jawi juga boleh membantu kembali survival akhbar bertulisan jawi.

Abdul Khalid berkata dengan jumlah kira-kira 60 peratus orang Melayu di Malaysia sepatutnya akhbar tulisan Jawi (yang wujud dulu) mampu bertahan jika mereka menguasai dan mahir menulis serta membaca tulisan Jawi.

"Masyarakat India misalnya, hanya kira-kira 10 peratus sahaja di Malaysia tetapi akhbar menggunakan tulisan Tamil ada tiga kalau tidak silap saya dan semuanya sukses," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Abdul Khalid berkata guru agama perlu mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang ICT bagi menyampaikan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah agama JAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama'aiah Boyok dari Sepang (wanita).

Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidang pendidikan sejak 30 tahun lepas dan masih aktif sehingga kini walaupun telah bersara. BERNAMA

-bagaimana pula peran semua GPI dan jQAF di SK??? Tunjukkan pada semua, kita juga mampu menyumbang ke arah halatuju yang sama...

Monday, May 12, 2008

Minggu Semarak Jawi -Keputusan

KEPUTUSAN RASMI MINGGU SEMARAK JAWI 2008
14 – 18 APRIL 2008


ACARA 1: MEWARNA JAWI PRASEKOLAH

1. SYAZWAN BIN ROSTAM
2. NUR LAILA BT AYOB
3. NOR AISYAH BT NASIR

ACARA 2: MEWARNA JAWI TAHUN 1

1. NUR AFIFAH INSYIRAH BT. MOHD. TABRANI
2. AHMAD SYAMIL B. AHMAD RIDZUAN
3. ROHANA BT. JAMALUDDIN

ACARA 3: MEWARNA JAWI TAHUN 2

1. HAMNA SHAHRAIN BT. AMIZAN
2. SITI NOR AISYAH BT. ISMAIL
3. HUSNOL KHOLILAH BT. MOHD. RASHID

ACARA 4: TULISAN JAWI TAHUN 3

1. NURUL AINA MISHA BT. ABU KARI\
2. NURAINI BT. ZULKEPLI
3. MUHAMMAD MUMTAZ B. MOHD. TABARANI

ACARA 5: TULISAN JAWI TAHUN 4

1. AMIRUS SHAHIR B. AMIZAN
2. MOHD FIRDAUS B SHAMSUL
3. NUR HIDAYAH BT. SURIANTO

ACARA 6: TULISAN JAWI TAHUN 5

1. NOR IZZATI BT ABDUL LATIF
2. NURUL IZZATI BT BADIOZZAMAN
3. MUHAMMAD FIRDAUS AZRI B. SAFRI

ACARA 7: TULISAN JAWI TAHUN 6

1. NOOR SUHAIZA BT MUHAMMAD NOOR
2. NURAIN BT MAT ANISAN
3. FARRAH WAHIDAH BT ROSLI

ACARA 8: TULISAN KHAT (TERBUKA TAHAP 2)

1. MOHD MUSLIM HJ HASHIM
2. NUR HASANAH BT. MASRI
3. SITI KHADIJAH BT. ROSTAM

ACARA 9: BIJAK MEMBACA JAWI (TERBUKA TAHAP 2)

1. MOHD FIRDAUS B SHAMSUL
2. NURUL IZZATI BT BADIOZAMAN
3. NURUL IZZATI BT ABD LATIF

ACARA 10: DUGA GURU KITA

1. PN ADILA BT OSMAN (GURU PEND. KHAS)
2. PN HJH DALILAH BT MOHD SALLEH (GPK PENTADBIRAN)
3. CIK NUR RAINI BT MOHAMED HASDI (GURU PEND. KHAS)


Disediakan oleh, ,
SETIAUSAHA PROGRAM
MINGGU SEMARAK JAWI 2008

Disahkan oleh,
PN. HJH. SITI JAMALIAH RAMLI
PK KO-KURIKULUM SKSV

*Pihak penganjur memohon maaf atas kelewatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ini disebabkan, beberapa minggu yang lalu suasana di SKSV agak sibuk. (Lawatan Nazir, Ujian Bulanan) Kelapangan pada minggu ini telah digunakan dengan sebaiknya oleh pihak Penganjur. Perkara tersebut amat dikesali.
Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang kurang bernasib baik jangan berputus asa... Cuba lagi pada M.S.J 2009.

Saturday, May 10, 2008

Posting jawi : Satu percubaan

Salam. Jika anda telah membaca posting terdahulu mungkin anda dapati terlalu banyak kesalahan ejaan jawi dalam posting tersebut. Ianya adalah sekadar percubaan menghantar posting jawi dengan menggunakan khidmat automatik Pertukaran Jawi Online dari web ustaz Zainul . Untuk itu, penulis memohon maaf andai ianya tidak memuaskan hati pembaca. Harap maklum.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin