Showing posts with label Ikrar Guru Pendidikan Islam. Show all posts
Showing posts with label Ikrar Guru Pendidikan Islam. Show all posts

Friday, September 19, 2008

Download Tapak Pengisian Data Sijil Pendidikan Islam Tahun 6

Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini.. sekolah masih belum menerima arahan berhubung pengisian data pencapaian murid untuk peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 sesi 2008. Oleh itu, jika anda ingin mencari 'tapak lama' untuk pengisian data ini.. sila download dari sini (versi 2006)

DATA SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

-File ini diterima daripada U. Amir Hamzah SK Lambor Kanan pada bulan Oktober 2007

Monday, September 15, 2008

Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam 2008

Sepertimana yang kita sedia maklum, pagi esok akan diadakan peperiksaan khas untuk semua murid Tahun 6 di Negeri Perak untuk Sijil Pendidikan Islam Tahun 6.

Peperiksaan ini mempunyai 4 komponen iaitu:
a) Bacaan
b) Hafazan
c) Pendidikan Islam (bertulis)
d) Pelajaran Jawi (bertulis)

Komponen A & B telah dilaksanakan terlebih awal sebelum ini. Manakala komponen C & D akan diadakan pada esok (Selasa) seperti jadual di bawah:

Pendidikan Islam : 8.30 - 9.30 am
Pelajaran Jawi : 10.00 - 11.00 am

*Untuk kertas Pendidikan Islam, kertas disediakan dalam tulisan RUMI. Mengapakah ianya ditulis dalam RUMI? dan tidak dibuat dalam JAWI... Mungkin guru-guru yang mengajar tahun 6 ada jawapannya..

* Soalan pada kebiasaannya mengandungi pelbagai tajuk untuk pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Murid-murid perlu mengulangkaji kedua-dua buku. Mujurlah ada Buku Teks edisi komputer. Mudah ditunjukkan tajuk-tajuk yang dibincangkan menggunakan kemudahan ICT.

Berdasarkan soalan-soalan lalu:

* Bahagian Al-Quran (Bacaan, Hafazan, Tajwid, Surah Kefahaman) biasanya mewakili hampir 50% soalan manakala selebihnya ialah bahagian Ulum Syariyyah (Ibadah, Aqidah, Sirah, Akhlak)

* Bahagian Pelajaran Jawi turut menyelitkan beberapa soalan berkaitan Khat (sila bawa pensel Khat masing-masing)

~~~

Kelas Intensif Ulangkaji telah diadakan sehari suntuk pada hari ini. Moga apa yang dibincangkan tadi sedikit sebanyak dapat membantu 40 orang murid SKSV menjawab pada esok hari. (yang hadir pada hari ini 32 orang sahaja)

Sunday, September 14, 2008

Soalan Pendidikan Islam / Jawi Tahun 5

Berikut adalah sample soalan Pendidikan Islam dan Jawi Tahun 5 bagi Ujian Selaras 4 Bulan September. Soalan ini telah digunakan pada 10 dan 11 September 2008. Sesiapa yang berminat boleh muat turun dari link di bawah:

1. Pendidikan Islam Tahun 5

2. Jawi Tahun 5

****
a) Sila pastikan anda mempunyai font Jawi Traditional supaya tulisan dari kedua-dua fail ini dapat dibaca dengan sempurna pada komputer anda...

b) Sekiranya pembaca merasakan kualiti soalan ini tidak mencapai tahap seperti murid di sekolah anda, mungkin ini adalah kelemahan penggubal soalan yang cuba menyesuaikannya dengan tahap murid di SKSV..

Tuesday, July 29, 2008

Ikrar Guru Pendidikan Islam

SESUNGGUHNYA KAMI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
BERJANJI DAN BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN
TUGAS DENGAN SEMANGAT DEDIKASI
BERTANGGUNGJAWAB, DAN PENUH KOMITMEN
TERHADAP TUGAS YANG DIAMANAHKAN.

KAMI BERJANJI DAN BERIKRAR,
AKAN MENAMPILKAN IMEJ-IMEJ
PROFESIONAL SEPERTI BERIKUT:
IKHLAS, KEMAS, BERDISIPLIN, BERSATU HATI,
MEMPUNYAI AKAUNTABILITI YANG TINGGI,
DAN AKUR PADA ARAHAN.

KAMI BERJANJI DAN BERIKRAR
TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN
TANGGUNGJAWAB INI DEMI MENINGKATKAN PENDIDIKAN
NEGARA DAN MEMPERKASAKAN
PENDIDIKAN ISLAM SERTA MENGANGKAT MARTABAT
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM.

*dipetik dari buku keluaran Unit kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin