Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Sunday, May 23, 2010
Wednesday, July 22, 2009
Sistem Analisa Peperiksaan
Tuesday, July 14, 2009
UB3 & Percubaan UPSR
Selasa 14 Julai.. maka bermulalah peperiksaan percubaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6. Peperiksaan ini diadakan selaras bagi negeri Perak. Bagi murid Tahun 1-5 pula, mereka turut menduduki peperiksaan pada kali ini. Ujian Selaras 3 dijalankan serentak dengan peperiksaan percubaan UPSR.
Kertas Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6 akan diadakan pada hari Jumaat 17 Julai 2009. Manakala Murid Tahun 1-5 telah menjawab kertas ini pada hari ini.
Diharapkan agar para pelajar dapat menjawab segala soalan dengan baik dan tenang semoga kejayaan dapat dicapai. BIT TAWFIQ WAN NAJAH...

Tuesday, May 19, 2009
Ringkasan Hari ini..
Salam, pagi ini murid SKSV telah menyambung kembali menduduki PKSR 1. Khamis lepas adalah hari untuk ujian subjek tertentu seperti Muzik, PSV dan Kemahiran Hidup. Kertas Ujian kali ini sebahagiannya dibeli dari MGB Daerah Batang Padang. Semua guru memasuki kelas mengikut jadual pengawasan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Peperiksaan.
Hari ini, pihak sekolah menerima Kek Hari Guru dan minuman ringan (sumbangan Pengusaha Kantin SKSV) Terima kasih diucapkan.
PTK ? Bagaimana dengan keputusan anda? Untuk calon-calon di SKSV, hingga ke hari ini penulis belum mendengar mana-mana guru yang berjaya mendapat keputusan penuh 4 & 4. Namun, ada juga yang mendapat 4 pada satu kertas sahaja dan 2 @ 3 pada kertas yang lain..
Antaranya: Cikgu Azian, Cikgu Redza, Cikgu Yusry, Cikgu Noredah.
Ada juga dialog yang sempat didengari semalam..
Kepada yang berjaya.. TAHNIAH! kepada yang 'belum' berjaya.. kita teruskan perjuangan kita... hingga ke titisan darah yang terakhir..Insya Allah.

Selagi ada PTK.. selagi itulah aku akan jadi calonnya.. jangan mimpilah nak dapat 4 & 4!
Kepada yang berjaya.. TAHNIAH! kepada yang 'belum' berjaya.. kita teruskan perjuangan kita... hingga ke titisan darah yang terakhir..Insya Allah.
Thursday, May 14, 2009
Monday, October 27, 2008
Sedikit coretan..
Cuma tinggal 3 minggu lagi persekolahan pada tahun ini.. untuk pengetahuan semua, murid di SKSV akan menduduki PKSR2 pada awal bulan November nanti.. (kira-kiranya minggu depan la...)
Penulis doakan agar semua murid dapat menumpukan 100% perhatian pada ujian akhir ini.. al-maklumlah, mutakhir ini senario di SKSV agak sibuk dengan pelbagai program dan sambutan.. harap ianya tidak menjejaskan kualiti PnP seperti yang sepatutnya.
Dikhabarkan juga esok, Guru Besar SKSV akan kembali bertugas setelah cuti sakit sejak pertengahan bulan Ramadhan lalu. Para guru SKSV mendoakan agar Guru Besar dapat kembali bertugas seperti sediakala.
Kalau sebelum ini, para guru sibuk menyiapkan markah untuk Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) tetapi pada kali ini, ianya di'tunda' pada tahun berikutnya..
Oleh yang demikian, para guru akan menanda kertas-kertas PKSR pada masa cuti.. (baru la syoq) Harap-harap takda pula guru yang kehilangan skrip kertas jawapan dalam masa cuti panjang nanti.
Bagaimana pula dengan blog ini? Adakah ianya akan aktif seperti hari-hari persekolahan biasa? atau turut bercuti seperti sekolahnya juga? ~Allah a'alam~
Itu sahaja buat kali ini.. wa ilal liqa' ma'as salamah...
Monday, September 15, 2008
Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam 2008
Sepertimana yang kita sedia maklum, pagi esok akan diadakan peperiksaan khas untuk semua murid Tahun 6 di Negeri Perak untuk Sijil Pendidikan Islam Tahun 6.
Peperiksaan ini mempunyai 4 komponen iaitu:
a) Bacaan
b) Hafazan
c) Pendidikan Islam (bertulis)
d) Pelajaran Jawi (bertulis)
Komponen A & B telah dilaksanakan terlebih awal sebelum ini. Manakala komponen C & D akan diadakan pada esok (Selasa) seperti jadual di bawah:
Pendidikan Islam : 8.30 - 9.30 am
Pelajaran Jawi : 10.00 - 11.00 am
*Untuk kertas Pendidikan Islam, kertas disediakan dalam tulisan RUMI. Mengapakah ianya ditulis dalam RUMI? dan tidak dibuat dalam JAWI... Mungkin guru-guru yang mengajar tahun 6 ada jawapannya..
* Soalan pada kebiasaannya mengandungi pelbagai tajuk untuk pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Murid-murid perlu mengulangkaji kedua-dua buku. Mujurlah ada Buku Teks edisi komputer. Mudah ditunjukkan tajuk-tajuk yang dibincangkan menggunakan kemudahan ICT.
Berdasarkan soalan-soalan lalu:
* Bahagian Al-Quran (Bacaan, Hafazan, Tajwid, Surah Kefahaman) biasanya mewakili hampir 50% soalan manakala selebihnya ialah bahagian Ulum Syariyyah (Ibadah, Aqidah, Sirah, Akhlak)
* Bahagian Pelajaran Jawi turut menyelitkan beberapa soalan berkaitan Khat (sila bawa pensel Khat masing-masing)
~~~
Kelas Intensif Ulangkaji telah diadakan sehari suntuk pada hari ini. Moga apa yang dibincangkan tadi sedikit sebanyak dapat membantu 40 orang murid SKSV menjawab pada esok hari. (yang hadir pada hari ini 32 orang sahaja)

Labels:
Ikrar Guru Pendidikan Islam,
jawi,
peperiksaan,
ujian
Sunday, September 14, 2008
Soalan Pendidikan Islam / Jawi Tahun 5
Berikut adalah sample soalan Pendidikan Islam dan Jawi Tahun 5 bagi Ujian Selaras 4 Bulan September. Soalan ini telah digunakan pada 10 dan 11 September 2008. Sesiapa yang berminat boleh muat turun dari link di bawah:
1. Pendidikan Islam Tahun 5
2. Jawi Tahun 5
****
a) Sila pastikan anda mempunyai font Jawi Traditional supaya tulisan dari kedua-dua fail ini dapat dibaca dengan sempurna pada komputer anda...
b) Sekiranya pembaca merasakan kualiti soalan ini tidak mencapai tahap seperti murid di sekolah anda, mungkin ini adalah kelemahan penggubal soalan yang cuba menyesuaikannya dengan tahap murid di SKSV..
1. Pendidikan Islam Tahun 5
2. Jawi Tahun 5
****
a) Sila pastikan anda mempunyai font Jawi Traditional supaya tulisan dari kedua-dua fail ini dapat dibaca dengan sempurna pada komputer anda...
b) Sekiranya pembaca merasakan kualiti soalan ini tidak mencapai tahap seperti murid di sekolah anda, mungkin ini adalah kelemahan penggubal soalan yang cuba menyesuaikannya dengan tahap murid di SKSV..
Labels:
Ikrar Guru Pendidikan Islam,
jawi,
peperiksaan,
ujian
Friday, September 5, 2008
Jadual Ujian Selaras 4 SKSV
Jadual Ujian Selaras 4 SK SLIM VILLAGE
9 - 12 SEPT. 2008
9 - 12 SEPT. 2008
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selasa 9 Sept 2008
BM PEM : 8.00 - 850
BM PEN : 9.00 - 10.15
MATE 2 : 11.00 - 11.40
P.ISLAM / P. MORAL : 11.50 - 12.50
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rabu 10 Sept 2008
MATE 1 : 8.00 - 9.00
PJK : 9.10 -10.10
JAWI : 1100 - 12.00
KT : 12.10 - 1.10
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khamis 11 Sept 2008
ENG 1 : 8.00 - 8.50
ENG 2 : 9.00 - 10.15
SAINS: 11.00 - 12.15
PSK: 12.20 - 1.20
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jumaat 12 Sept 2008
PSV : 8.00 - 9.00
KH : 9.10 - 10.00
Disediakan oleh: SUP SKSV Disemak oleh: PK (P) SKSV
Tuesday, August 5, 2008
Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 (JPN Perak)
- Jabatan Pelajaran Perak telah menetapkan syarat minima 3A 1B dalam Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 2008..
- Analisa keputusan (Borang AK / 08) yang lengkap beserta data calon hendaklah dihantar ke PPD pada atau sebelum 30 September 2008 (u.p : Unit Pendidikan Islam).
- Maklumat tidak rasmi yang diterima semasa Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam 2 Ogos 2008, kemungkinan penghantaran markah SPI kali ini adalah secara "online" sahaja. Jika ia dapat dilaksanakan, GPI SKSV terlebih dahulu mengucapkan syabas kepada staff SPPIM yang begitu 'advanced' dalam TMK ini. Semoga kepakaran kalian dapat dikongsi bersama dengan GPI di seluruh PERAK.
- Berikut adalah jadual peperiksaan yang diselaraskan seperti dibawah:
Ujian Bacaan & Hafazan
Mulai 30.7.2008 hingga 30.8.2008
Masa: mengikut kesesuaian
Ujian Pendidikan Islam
Masa: 8.30 pg - 9.30 pg
Tarikh: 16.9.2008
Hari: Selasa
Ujian Pelajaran Jawi
Masa:10.00 pg - 11.00 pg
Tarikh: 16.9.2008
Hari: Selasa
Harap maklum.
Mulai 30.7.2008 hingga 30.8.2008
Masa: mengikut kesesuaian
Ujian Pendidikan Islam
Masa: 8.30 pg - 9.30 pg
Tarikh: 16.9.2008
Hari: Selasa
Ujian Pelajaran Jawi
Masa:10.00 pg - 11.00 pg
Tarikh: 16.9.2008
Hari: Selasa
Sunday, May 18, 2008
PKSR 1 akan bermula..
Kepada semua murid SKSV, diharap bersiap sedia untuk menduduki PKSR 1 yang akan bermula pada Selasa 20 Mei hingga Khamis 22 Mei 2008.
GPI SKSV mengharapkan murid-murid dapat menaikkan tahap pencapaian dalam Subjek Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi.
Murid-murid j-QAF dari Tahun 1 - 3 pula akan menduduki kertas tambahan Bahasa Arab Komunikasi pada hari Khamis.
Soalan Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah.
Bit-tawfiq wan najah...

Subscribe to:
Posts (Atom)