Showing posts with label Result PTK. Show all posts
Showing posts with label Result PTK. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

PTK Jun 2010

Selamat menyemak keputusan masing-masing... kepada yang berjaya, diucapkan tahniah!!!

Tuesday, May 19, 2009

Ringkasan Hari ini..

Salam, pagi ini murid SKSV telah menyambung kembali menduduki PKSR 1. Khamis lepas adalah hari untuk ujian subjek tertentu seperti Muzik, PSV dan Kemahiran Hidup. Kertas Ujian kali ini sebahagiannya dibeli dari MGB Daerah Batang Padang. Semua guru memasuki kelas mengikut jadual pengawasan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Peperiksaan.

Hari ini, pihak sekolah menerima Kek Hari Guru dan minuman ringan (sumbangan Pengusaha Kantin SKSV) Terima kasih diucapkan.

PTK ? Bagaimana dengan keputusan anda? Untuk calon-calon di SKSV, hingga ke hari ini penulis belum mendengar mana-mana guru yang berjaya mendapat keputusan penuh 4 & 4. Namun, ada juga yang mendapat 4 pada satu kertas sahaja dan 2 @ 3 pada kertas yang lain..
Antaranya: Cikgu Azian, Cikgu Redza, Cikgu Yusry, Cikgu Noredah.
Ada juga dialog yang sempat didengari semalam..
Selagi ada PTK.. selagi itulah aku akan jadi calonnya.. jangan mimpilah nak dapat 4 & 4!

Kepada yang berjaya.. TAHNIAH! kepada yang 'belum' berjaya.. kita teruskan perjuangan kita... hingga ke titisan darah yang terakhir..Insya Allah.


Friday, May 15, 2009

Keputusan PTK Mac 09

Keputusan PTK Mac '09, akan dikeluarkan pada hari:

Isnin, 18 Mei 2009.

(Kebanyakan sekolah akan membuat Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari tersebut)

Didoakan semoga guru-guru yang mengambil PTK Mac lepas lulus dapat IV/IV amin...


Cara menyemak keputusan PTK melalui SMS:

PTK No.K/P dan hantar ke 39003

Contoh: PTK 830909135971 hantar ke 39003

(mulai jam 12.01 pagi pada hari tersebut)

Cara menyemak keputusan PTK melalui Online:

www.mpm.edu.my

(mulai jam 8.30 pagi pada hari tersebut)

Monday, January 12, 2009

PTK & Skim Pencen

Penulis ingin bertanya kepada pelawat tentang dua isu di atas.. sesiapa yg ada jwpn nya silalah beri komen.


PTK

Jika seseorang itu telah lulus PTK Tahap 4 pada kedua-dua kertas yang diambilnya.. apakah tindakan yang perlu dilakukan? Adakah guru sekadar duduk saja dan mengajar macam biasa? Atau perlu mengambil apa-apa tindakan?

Yang pastinya, mereka ini tidak dibenarkan mengambil PTK 2009 kerana belum ada perubahan gaji.. dan masih tidak memasuki P2.. (seperti yang sepatutnya)


Skim Pencen

Mengikut fahaman penulis, prosedur untuk memasuki Skim Pencen..

1. Setelah diSAHkan jawatan.. guru akan menandatangani satu borang.. DENGAN INI SAYA BERSETUJU TIDAK MEMILIH SKIM KWSP... (sehingga akhirnya)

2. Borang itu akan dihantar ke JPN masing-masing.. untuk tindakan JPN.

3. Pihak JPN pula akan memanjangkan surat untuk masuk Skim Pencen ini kepada pihak SPP.

4. Pihak SPP akan mengeluarkan surat pengakuan 'telah memasuki Skim Pencen'

5. Surat itu dihantar kepada guru berkenaan.

6. Guru berkenaan layak untuk menutup akaun KWSP dan mengeluarkan wang carumannya selama ini.

7. Potongan KWSP setiap bulan akan dihentikan.

PERSOALAN.. berapa lamakah masa yang sepatutnya diambil untuk sampai ke PERKARA ke 7 itu? Adakah ia berbeza-beza mengikut kecekapan pengurusan masing-masing? Atau pun ada jangka masa yang perlu ditunggu... Harap para pembaca yg mempunyai jawapan.. boleh berkongsi dengan semua.



Tuesday, November 4, 2008

Carian Hangat masakini...


Antara carian yang hangat sekarang.. PTK Keputusan peperiksaan Bulan Ogos yang baru diumumkan pada minggu lalu.. dan juga keputusan permohonan memasuki Program KDP Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Slik KLIK pada imej untuk terus masuk pada pautan..

Pastikan anda membaca basmalah sebelum klik.. dan anda juga perlu tenang menerima apa jua keputusan yang dipaparkan. Redha dengan ketentuanNya.. Jangan pula kita menyalahkan pihak lain..




Tuesday, May 6, 2008

Result PTK Mac 2008

SEMAK KEPUTUSAN PTK MAC 2008 MELALUI SMS
mulai jam 12:01 pagi, 8 Mei 2008 (Khamis)

Untuk semak keputusan terkini:
taip PTK dan hantar ke 39003

keputusan terbaik: taip PTKBAIK
dan hantar ke 39003

SECARA ON-LINE:
mulai jam 9.00 pagi, 8 Mei 2008 (Khamis) di www.mpm.edu.my

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin