Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Sunday, May 24, 2009

Laporan LADAP

Pada hari Sabtu yang lalu, blogger GPI SKSV telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan slot LADAP 'Membina Blog'. Walaupun beliau bukanlah penceramah terbaik dalam bidang ini, namun beliau menyahut cabaran untuk berkongsi maklumat dengan semua guru SKSV tentang ilmu asas membina blog dan kepentingannya.

Sesi bermula seawal jam 8.30 pagi, di mana kecekapan dan kepakaran Penyelaras Bestari SKSV (En. Halin) untuk menyediakan 2 router wireless dan juga beberapa cable sebagai 'standby' untuk semua guru. Semua guru telah diingatkan supaya membawa komputer riba (milik sekolah atau sendiri) bagi melancarkan proses pembelajaran.

Sesi berhenti rehat kira-kira jam 10.30 pagi dan disambung semula 30 minit kemudian.

Kelancaran proses PnP pada hari ini turut dibantu oleh beberapa fasilitator yang 'familiar' dengan alam blog seperti: Cikgu Zakaria, Cikgu Redza, Cikgu Halin, Cikgu Farhan dan Cikgu Adila. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana memudahkan urusan saya pada hari tersebut.

Masa berlalu begitu pantas. Jam 12.30 kebanyakan blog telah mula terhasil. Untuk peringkat awal, saya tidak menetapkan guru untuk menulis mengikut Panitia masing-masing. Cukuplah sekadar mengetahui asasnya, dan ditambah dengan beberapa gadget mudah. Hasilnya anda boleh saksikan link-link baru yang saya pautkan dari Blog SKSV 0029 (Blog Sekolah).

Turut dimuatkan di sana, beberapa gambar berkaitan ladap pada hari tersebut. Selamat...


Saturday, May 9, 2009

LADAP PKJR

Pada hari yang ceria ini, slot LADAP telah diisi oleh dua orang bidan terjun bagi menggantikan penceramah asal yang tidak dapat hadir atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, sebagai gantinya LADAP kali ini berkisar tentang Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.






Penyampainya ialah En. Zakaria dan En. Samsul Ali.

PKJR ini diselitkan dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 2 dan 4. Jangkamasa yang dicadangkan ialah satu jam seminggu.

Antara istilah yang diperkenalkan ialah PERABOT JALAN, RUANG SELA.

Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat buat semua tenaga pengajar.


Wednesday, May 6, 2009

Program LDP SK Slim Village (LADAP)

Senarai Program LDP SK Slim Village 2009
===================================

1. Hari Profesional Negeri Perak
28 Mac 2009

SK Aminuddin Baki


2. Peningkatan Kemahiran Profesionalisme Guru

Fokus: Sistem Kualiti JPN & Panduan Dasar Kurikulum Sekolah
En. Mohd Norani Khalid
4 April 2009

Bilik Gerakan SKSV


3. Peningkatan Kemahiran Profesionalisme Guru

Fokus: Panduan Dasar Kurikulum Sekolah

En. Mohd Norani Khalid

8 & 15 Mei 2009

Bilik Gerakan SKSV


4. Peningkatan Kemahiran Profesionalisme Guru
Fokus: PLBS, PKJR & SISTEM TAULAN

En. Samsul, En. Zakaria, En. Samsul Ali & Pn. Noredah

16 Mei 2009

Bilik Gerakan SKSV


5. Peningkatan Kemahiran Profesionalisme Guru

Fokus: TEKNOLOGI MAKLUMAT

En. Shariffuddin
23 Mei 2009

Bilik Gerakan SKSV


6. Peningkatan Kemahiran Profesionalisme Guru

Fokus: Pedagogi

Pn. Zalifah

20 Jun 2009
Bilik Gerakan SKSV


* Tertakluk pada pindaan
* Semua persoalan berkaitan program di atas, sila rujuk pada Setiausaha LADAP SKSV

Friday, February 27, 2009

Kursus MTQ & Mahrajan



Kursus Pemantapan Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam bagi guru-guru Pendidikan Islam Daerah Batang Padang tahun 2009 telah diadakan pada 24, 25 dan 26 Februari 2009 bertempat di Dewan SK Seri Besout, Sungkai, Perak. Kursus tersebut mengikut bidang yang telah ditetapkan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam persiapan menghadapi MTQ dan mahrajan.

Jadual Kursus & Wakil SKSV
24 Februari : Tilawah dan Tahfiz Al- Quran: Pn. Rosmawati
25 Februari : Kompang Selawat dan Nasyid : En. Shariffuddin
26 Februari : Bercerita Kisah-kisah dari Al-Quran.

Fasilitator @ Penceramah:

Tilawah: Us. Shamsul Ariffin (Qari Kebangsaan)
Tahfiz: Us. Shukri (Qari Wilayah)
Kompang & Nasyid: Us. Rezdwan (Hakim Nasyid KPM Kebangsaan )
Bercerita : -tiada info-

Kursus ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Diharap dengan adanya kursus sebegini akan dapat meningkatkan lagi kualiti serta kejayaan para pelajar Daerah Batang Padang ini diperingkat yang lebih tinggi.

* Kredit kepada SK Seri Bidor yang sudi berkongsi gambar untuk tatapan pengunjung. Syukran. GPI SKSV tidak membawa kamera semasa menghadiri kursus ini. Berita ini juga dipetik dari laman blog SK Seri Bidor (dengan izin Insya Allah)

Wednesday, November 19, 2008

Kursus di SK Tapah

Pada hari Isnin dan Selasa yang lalu penulis telah menghadiri dua kursus yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Batang Padang. Berikut adalah butiran kursus yang dihadiri..


Kursus 1
Isnin 17 Nov. 08

Kursus Kaedah IQRA' & BIG
Tempat: Bilik Gerakan SK Tapah
Masa: 8.00 - 5.00
Peserta: Seorang GPI dari setiap sekolah (Penulis)


Penceramah:
1. Usth. Norhayati Abd Ghani (SK Sg Lesong)
2. Us. Zamri Busu (SK Methodist TM)
3. Us. Shahrul Fadzly Jamari (SKDK)
4. Us. Mohd Jamil Mat Khatif
5. Us. Mohd Halim Musa

*tiada gambar pada hari pertama


Kursus 2
Selasa 18 Nov. 08

Kursus MKJ (Majlis Kecemerlangan jQAF)
Tempat: Dewan Terbuka SK Tapah
Masa: 8.00 - 5.00
Peserta: 2 orang GPI dari setiap sekolah (Penulis dan KP)

Penceramah:

1. Us. Mohd Fadzli Mustafa (SK Trolak)
2. Us. Nor Azlam Abd Rahman ( SK Bidor)
3. Us. Abd Munir Mohamed Noh (SK Sungkai)
4. Us. Mohd Afizi Yusuf
5. Us. Hasrul Afendi B. Abd. Hamid







* Penulis dan seorang GPI lain menginap di sebuah hotel murah di pekan Tapah kerana jarak untuk berulang alik dari Pusat Kursus ke rumah penulis mencecah 100KM sehala. Sedia maklum, kehadiran ke kursus adalah tambang teksi satu tempat duduk.. (sekitar RM 20-RM25). Sekurang-kurangnya adalah sedikit pertambahan ilmu dan pengalaman baru, berbanding pulang dan datang semula pada awal pagi keesokan harinya yang mungkin memenatkan..




Wednesday, November 12, 2008

Program Penempatan Guru di Pusat Sains Negara

TAHNIAH!

Itulah kata-kata yang paling sesuai diucapkan kepada seorang guru di SKSV kerana terpilih mengikuti PROGRAM PENEMPATAN GURU di PUSAT SAINS NEGARA..

Untuk pengetahuan, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah memilih EMPAT orang guru dari seluruh negara untuk mengikut program tersebut.. dan salah seorang daripadanya ialah warga SKSV iaitu En. Mohd Halin Othman.

Beliau merupakan Penyelaras Bestari di SKSV dan sememangnya calon yang layak untuk mengikuti program sedemikian..

Program selama 3 minggu ini akan diadakan di Pusat Sains Negara dan penginapan pula adalah di Hotel Kuala Lumpur International.

2 orang guru terpilih mewakili Sek Rendah dan 2 orang lagi mewakili Sek Menengah.

SR : En Halin dan seorang guru dari SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang.
SM : Guru dari SMK Seri Desa, Tjg Karang dan SMK Seri Saujana, Bndr Baru Petaling.

Semoga En. Halin dapat memberikan komitmen 100% terhadap kursus ini dan SKSV akan beroleh manfaat sekembalinya beliau dari kursus ini nanti.

MABRUK! MABRUK!
MABRUK! MABRUK!



Tuesday, November 4, 2008

Carian Hangat masakini...


Antara carian yang hangat sekarang.. PTK Keputusan peperiksaan Bulan Ogos yang baru diumumkan pada minggu lalu.. dan juga keputusan permohonan memasuki Program KDP Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Slik KLIK pada imej untuk terus masuk pada pautan..

Pastikan anda membaca basmalah sebelum klik.. dan anda juga perlu tenang menerima apa jua keputusan yang dipaparkan. Redha dengan ketentuanNya.. Jangan pula kita menyalahkan pihak lain..




Monday, November 3, 2008

Kursus..oh...kursus..




Salam untuk semua pelawat blog ini.. baik yg setia, ataupun yg 'terlawat' tanpa niat..maaf dipinta kerana lama betul rasanya tidak mengemaskini blog ini.. posting terakhir berkaitan kalkulator saintifik pd hari rabu yg lalu.. (mungkinkah penulis sudah 'addicted' pada dunia blog?) kerana dlm masa 4 hari itu penulis tidak berkesempatan online.. atas urusan peribadi.. ke negeri Serambi Mekah..

Untuk hari ini. Isnin.. penulis br shj pulang dari kursus sehari.. (seperti tajuk hari ini) iaitu Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Fasa 4 yang diadakan di Makmal Bahasa SMK Tapah. (sepanjang perkhidmatan penulis sejak mula bertugas.. adalah kali ke 3 menghadiri kursus seumpama...

1. di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan 2006
2. Hotel Seri Malaysia Ipoh 2007
(sebilik dengan Arwah Ustaz Rusli Din - meninggal dunia pada 4 Disember 2007 - Al-Fatihah)

Kehadiran peserta kursus pada hari ini adalah 77 orang.. Penghulu : Us. Mohd Fauzi SK Pendita Zaaba) dan antara pengisian kursus pada hari ini ialah:

1- Fiqh Awlawiyyat Dalam Pengurusan Pendidikan Islam
(oleh Al-fadhil Us. Abd Qahar Awang Karim GPI SMK Pasir Puteh, Ipoh)
2- PIPP dan Isu Semasa Dalam Pendidikan
(oleh Al- Fadhil Ust Hamizun, SK Pendita Zaaba, Tapah Road)
3- Sumbangan Guru Pendidikan Islam Melestarikan Negara Bangsa
(oleh Al- Fadhil Ghazali, SK Sg. Lesong)
4- Ucapan Majlis Perasmian Penutup
(oleh Tn Hj Mohd Shamsul B. Kamal, Pegawai Unit Dakwah SPI, JPN Perak.)

Untuk kursus hari ini. 2 GPI dr SKSV dikehendaki hadir ke kursus ini iaitu penulis sendiri.. dan juga KP Pend. Islam SKSV.

Esok pula 2 orang GPI (jQAF) iaitu Usth Ida dan Usth Kalsum akan menghadiri kursus yg dinamakan Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF) di tempat yang sama..

Pengisiannya pula (berdasarkan blog Us. Nazri) seperti berikut:

1- Peranan GPI Ke Arah Memartabatkan Negara Bangsa di Malaysia: Realiti dan Cabaran
2- Protokol dan Etika Kerja GPI
3- Diskusi: Dasar-dasar Kerajaan Dalam Pendidikan Islam
Ucapan Majlis Perasmian Penutup


itu saja untuk hari ini.. semoga kursus ini membawa 1001 manfaat untuk yg hadir..

Wednesday, October 29, 2008

Kursus Kalkulator Saintifik




Hari ini akan diadakan Kursus Penggunaan Kalkulator Saintifik khusus untuk murid Tahun 6 dan guru-guru yang berminat. Masa yang dicadangkan antara jam 9.00 AM hingga 12.00 PM. Kursus ini anjuran Panitia Sains dan Matematik dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan di samping penerangan tentang cara penggunaan kalkulator saintifik. Hadiah-hadiah juga disediakan kepada murid yang dapat menjawab kuiz.

Semoga aktiviti bermanfaat sebegini selalu dijalankan untuk mengisi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR.

Terima kasih kepada PSAS atas kerjasama yang diberikan.

Monday, August 25, 2008

Kursus Asas Bahasa Arab Komunikasi

Kursus Asas Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Batang Padang

Tarikh: 26-28 Ogos 2008
Tempat: Bilik Perkembangan Staf SMK Tapah
Masa: 8.00 - 4.00 ptg.

* Seorang GPI (Bukan jQAF) di setiap sekolah diminta hadir.

Antara Penceramah Undangan:
1. Us. Asad
2. Us. Paharuddin
3. Ust. Nornajwa

Thursday, July 24, 2008

Kursus JU j-QAF Negeri Perak

Kursus Jurulatih Pendidikan Islam (J-qaf) Peringkat Negeri Perak Tahun 2008 akan diadakan :

Tarikh : 28 Julai 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 - 8.30 pg (pendaftaran)
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri perak
Jln Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 20010 Ipoh Perak


*Wakil SKSV : Ustzh Nor Azian Bt. Ismail

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin